Kawasan Giza atau El Giza atau dikenal juga Gizeh atau El Gizeh (Al Jizah) adalah kawasan yang terletak di berhampiran Kaherah (Mesir), piramid-piramid yang ditemui disini adalah kategori terbesar dibandingkan dengan piramid lain yang ada di bumi.

Kompleks Piramid Giza

Jumlah Piramid sunting

 
Peta Giza

Piramid Giza atau piramid agung yang terbentang di padang pasir bersuhu lebih dari 35 darjah Celsius itu terdiri atas 3 Piramid besar bersama satu buah Sphinx. Ketiga-tiga piramid itu adalah Khufu (Cheops), Khafre (Rakhaef/Chephren) dan Menkaure (Mycerinus) dan ditambah lagi tiga piramid kecil. Setiap piramid Khufu, Khafre dan Menkaure memiliki kesamaan dalaman. Terdapat ruang raja, ruangan permaisuri, pintu terowongan (yang berdiameter suku meter dengan panjang 40 meter).

Keanehan sunting

Kompleks Piramid Giza yang dibina oleh masyarakat Mesir purba sekitar 5000 tahun yang lalu memiliki keluasan yang boleh disamakan antara jarak dari St. Peter (Rom), Katedral Florence (Milan) hingga ke St. Paul (London). Dipercayai apabila batu-batu di Piramid Giza disatukan, kesemuanya mampu membuat tembok setinggi 3 meter dengan ketebalan 0.3 meter yang boleh mengelilingi seluruh Perancis.

 
Peta Bintang Orion yang dijadikan panduan kompleks piramid Giza

Jika dibandingkan dengan Empire State Building di New York, piramid ini 30 kali ganda lebih besar malah boleh dilihat dari bulan tetapi masyarakat Mesir purba telah membinanya sendiri dalam waktu 30 tahun. Terdapat banyak pendapat tentang kaedah memindahkan batuan dan menyusunnya menjadi ke atas untuk piramid yang tinggi (ada pakar mengatakan mereka membuat struktur lereng atau ulir seperti pada skru yang kemudian dikapur dengan batu kapur pada lapisan luar. Ada juga yang menyatakan bahawa batu-batu tersebut adalah hasil tuangan), pembinaan yang tepat serta pusat jisimnya. Pendapat yang pelbagai muncul hingga timbul pendapat yang mengatakan bahawa Piramid dibina oleh UFO dengan mengkaitkannya dengan gambaran piramid di Marikh. Ada lagi yang berspekulasi bahawa piramid dibina oleh manusia zaman akan datang yang terdampar di masa dahulu. Didapati juga piramid berhubungan dengan buruj Orion ditinjau dari piramid Giza dan Piramid Maya turut diyakini mempunyai kedudukan yang sama berdasarkan buruj Orion. Selain itu, dipercayai juga terdapatnya ruang di bawah Sphinx (yang dinamakan Hall off Records) yang merupakan kunci rahsia menuju Zep Tepi iaitu suatu zaman keemasan masa dahulu ketika Piramid Giza ini dibina.

 
Piramid Giza

Menurut penelitian dari para cendekiawan dan ahli arkeologi, bahan asal pembuatan piramid diambil dari beberapa tempat. Contohnya, batu kapur dari Tura, granit dari Aswan, tembaga dari Sinai dan kayu untuk peti dari Lubnan yang kesemuanya diangkut melalui Sungai Nil. Kemudian buruh-buruh pekerja secara puratanya meningal pada usia muda antara 30 tahun kerana mengalami kecederaan tulang belakang disebabkan membawa beban yang sangat berat. Kebelakangan dekad ini, para pengkaji turut menemui kaedah dan peralatan pertolongan cemas bagi buruh yang cedera di tapak sekitar komplek ini.

Pautan luar sunting