Gunung Persahabatan Israel-Palestin

Gunung Persahabatan Israel-Palestin merupakan puncak puncak setinggi 2,770-meter (9,090 ka) berhampiran dataran tinggi Bruce di Antartika. Ia telah didaki dan dinamakan oleh 8 orang pendaki yang terdiri daripada empat orang Israel dan empat lagi orang Palestin pada tahun 2004.[1][2]

Fail:The Mountain of Israeli-Palestinian Friendship.jpg
Pasukan pendaki dari Israel dan Palestin yang memaparkan bendera negara masing-masing di atas Gunung Persahabatan Israel-Palestin

Latar belakang dan persiapan sunting

Ekspedisi ini diaturkan oleh organisasi Breaking the Ice. Pengasas organisasi ini, Nathaniel Heskel mahu membuktikan bahawa orang Palestin dan Israel boleh kerja bersama walaupun mempunyai konflik negara.[3] The expedition was arranged by the organization Breaking the Ice. The founder of this organization, Nathaniel Heskel, wanted to prove that Palestinians and Israelis could work together despite the troubles in Israel.[3]

Ahli ekspedisi berlatih berlayar di Tel Aviv, dan dilatih di Alpen Perancis, kira-kira dua bulan sebelum berangkat ke Antartika.[3]

Ahli ekspedisi sunting

Israel sunting

Pada ketika ekspedisi tersebut, Heskel Nathaniel berusia 40 tahun merupakan seorang pemaju hartanah di Jerman. Beliau pernah berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Israel selama 10 tahun.[4][5] Doron Erel pula berusia 44 tahun yang juga merupakan orang Israel pertama yang mendaki Gunung Everest pada tahun 1992. Erel pernah berkhidmat dalam Sayeret Matkal, pasukan komando elit dalam askar Israel.[4][6]Ibu bapanya merupakan mangsa Holokus dari Poland yang terselamat.[5] Peguam berusia 44 tahun, Avihu Shoshani merupakan sebahagian daripada ahli politik sayap kanan Israel dan pernah menghabiskan masa selama empat tahun sebagai komando elit dalam Pasukan Pertahanan Israel.[4][5] Yarden Fanta pula merupakan pendaki termuda Israel yang berusia 33 tahun dan merupakan calon PhD. Ketika berusia 14 tahun, dalam keadaan buta huruf, Fanta berjalan dari Ethiopia ke Israel melalui Sudan. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan membantu keluargana di Ethiopia.[4]

Palestin sunting

Pada ketika ekspedisi dijalankan, Nasser Quos merupakan jurulatih bola sepak yang berusia 35 tahun. Beliau pernah dipenjarakan di dalam penjara Israel kerana menyerang tentera Israel dengan bom api ketika Intifadah Pertama. Quos kemudiannya bekerja sebagai pengawal peribadi wakil PLO, Faisal Husseini.[4] Suleiman al-Khatib, 32 tahun merupakan ahli parti Fatah yang pernah dipenjarakan di penjara Israel selama 10 tahun sejak berusia 14 tahun kerana menentang tentera Israel. Ketika di penjara, beliau mempelajari Ibrani, Inggeris, kesusasteraan dan sejarah.[4][5] Seorang wartawan, Ziad Darwish, 53 tahun pula merupakan adik kepada ahli gerakan Palestin radikal yang terbunuh dalam serbun tentera Israel pada tahun 1982. Sepupunya pula merupakan pensyair Palestin, Mahmoud Darwish.[4][5] Seorang lagi ahli dari Palestin adalah Olfat Haider, 33 tahun, iaitu satu-satunya rakyat Palestin yang bermain bola tampar untuk pasukan kebangsaan Israel. Beliau bekerja sebagai guru gimnastik.[4][5][7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Israelis, Palestinians scale Antarctic summit". Ministry of Foreign Affairs (Israel). January 2004.
  2. ^ "Our Peoples can Live Together in Peace and Friendship". The Guardian. 19 January 2004.
  3. ^ a b c "Mid-East Rivals Seek Polar Harmony" (PDF). BBC. 22 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-12. Dicapai pada 2018-01-30.
  4. ^ a b c d e f g h "Mid-East Rivals Seek Polar Harmony". BBC. 28 December 2003.
  5. ^ a b c d e f "Team Members for the 2004 Antarctic Journey were Chosen from Israel and the Palestinan Authorities". www.breakingtheice.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-15. Dicapai pada 2018-01-30.
  6. ^ "Doron Erel - Jewish Mountain Climber". J-Grit.com.
  7. ^ "New Immigrants". eretz.com.

Koordinat: 66°0′0″S 65°0′0″W / 66.00000°S 65.00000°W / -66.00000; -65.00000