Buka menu utama
Hazara

Hazāra (Bahasa Parsi: هزاره‎) ialah sebuah kumpulan etnik yang kebanyakannya berada di Afghanistan. Populasi Hazara juga dapat ditemui di Iran, Pakistan, Scandinavia, Australia dan New Zealand.

AgamaSunting

Orang Hazara secara majoritinya ialah penganut yang beragama Islam Syiah, walaupun ada beberapa populasi yang menganut Sunni dan Ismaili di daerah utara dan barat laut Afghanistan.

BahasaSunting

Orang Hazara bertutur dalam bahasa Hazara dengan dialek bahasa Parsi dengan beberapa kata-kata daripada Bahasa-bahasa Turkik dan bahasa Mongolia. Banyak orang Hazara di kota-kota yang lebih besar seperti Kabul dan Mazari Sharif menuturi bahasa Dari, sementara orang Hazara dari provinsi Daykundi dan daerah Dai Zangi mempunyai banyak pengaruh Bahasa-bahasa Turkik dan bahasa Mongolia dalam bahasa mereka. Orang Hazara di Quatta, Pakistan lebih banyak menggunakan perkataan-perkataan bahasa Urdu dan bahasa Inggeris.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Macgregor, Central Asia, (Calcutta, 1871)