Hemiphaga novaeseelandiae
Merpati New Zealand atau kererū (Hemiphaga novaeseelandiae) ialah spesies burung merpati yang berasal dari New Zealand. Johann Friedrich Gmelin, seorang ahli alamiah memerikan burung tersebut pada 1789. Merpati berukuran besar dan menyerlah ini mempunyai panjang sehingga 50 sentimeter (20 in) dan berat di antara 550–850 gram (19–30 oz) dengan dada berwarna putih dan buluan berwarna hijau-biru. Dua subspesies telah dikenal pasti; dimana jenis yang kedua—merpati Norfolk dari pulau Norfolk—telah pupus pada awal kurun ke-20. Pasangan merpati ini bersifat monogami, membiak sepanjang musim dan kekal bersama apabila tidak membiak. Burung tersebut juga menghasilkan sarang mereka dengan ranting-ranting di pokok dengan sangkak telur tunggal.
Merpati New Zealand Kererū | |
---|---|
Merpati New Zealand yang dijumpai di tasik Matheson, New Zealand | |
Pandangan dekat burung | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Hemiphaga
|
Spesies: | H. novaeseelandiae
|
Nama binomial | |
Hemiphaga novaeseelandiae | |
Sinonim | |
|
Dijumpai di pelbagai habitat di merata New Zealand, kererū kebanyakan memakan buah-buahan serta daun, tunas dan bunga. Walaupun habitatnya tersebar di hutan dan bandar, bilangan burung ini telah menurun dengan ketara sejak penjajahan Eropah dan ketibaan mamalia invasif seperti tikus, stoat dan posum. Walau bagaimanapun, hasil daripada tinjauan burung di seluruh negara mendapati pemulihan populasi burung yang signifikan di kawasan pinggir bandar. Setakat tahun 2021, Senarai Merah IUCN mengelaskan spesies burung ini sebagai "hampir terancam", manakala Jabatan Pemuliharaan (DOC) mengelaskannya sebagai "tidak terancam" tetapi bergantung kepada pemulihan.
Dianggap sebagai taonga (khazanah budaya) kepada orang Māori, burung kererū secara sejarahnya merupakan sumber makanan utama dalam budaya Māori. Bagaimanapun, disebabkan jumlah populasinya yang menurun sebelum ini, pemburuan burung ini telah diharamkan. Adat penggunaannya dihadkan kepada bulu pelepah dan tulang yang diperoleh daripada burung yang telah mati yang dikutip oleh pihak DOC. Permasalahan ini telah menarik perhatian awam dan siasah yang besar, apabila sesetengah orang berhujah bahawa larangan pemburuan burung ini menjejaskan tradisi orang Māori. Pada 2018, merpati New Zealand ditetapkan sebagai Burung Tahun Ini oleh Persatuan Perlindungan Hutan dan Burung Diraja New Zealand, dan pada 2019 planet luar HD 137388 b dinamakan sebagai Kererū.
Taksonomi dan penamaan
suntingSejarah dan binomial
suntingAhli kaji burung John Latham menulis tentang merpati New Zealand di dalam karya beliau A General Synopsis of Birds pada tahun 1783 tetapi tidak memberikan nama saintifik.[2] Ahli alamiah Jerman Johann Friedrich Gmelin memberikan pemerian rasmi pertamanya pada 1789, meletakkan burung tersebut di dalam genus Columba sebagai C. novaeseelandiae,[3] dengan Latham menamakannya sebagai Columba zealandica dalam Index Ornithologicus 1790.[4] Genus Hemiphaga diperkenalkan oleh ahli alamiah Perancis Charles Lucien Bonaparte pada tahun 1854 dengan merpati New Zealand (Hemiphaga novaeseelandiae) sebagai spesies jenis bagi genus itu.[5] Nama tersebut menggabungkan kata Yunani purba hēmi yang bermaksud "separuh/separa" atau "kecil" dengan penghujung nama genus Carpophaga, "memakan buahan", apabila Bonaparte melihat genus itu berkait dengan kedua-dua genus tersebut dan Megaloprepia (kini dimasukkan ke dalam Ptilinopus).[6]
Subspesies
suntingDua subspesies telah dikenal pasti iaitu H. n. subspesies novaseelandiae yang ditemui di merata New Zealand dan merpati Norfolk (H. n. subspesies spadicea) dari pulau Norfolk yang telah pupus. Subspesies itu berbeza dari segi warna dan bentuk buluan.[7] Pada tahun 2001, subspesies ketiga telah dicadangkan—H. n. chathamensis atau merpati Chatham—untuk diangkat kepada status spesies penuh H. chathamensis atas dasar buluannya yang tersendiri, saiz yang lebih besar dan struktur tulang yang berbeza.[8] Sejak itu, perkara ini telah diterima secara meluas.[9][10] Analisis DNA mitokondrion mengesahkan bahawa merpati New Zealand dan merpati Norfolk lebih berkait rapat antara satu sama lain daripada merpati Chatham, dan penyebaran di antara tiga daratan berkemungkinan besar berlaku semasa epok Pleistosen.[11]
Pengelasan
suntingMerpati New Zealand tergolong dalam keluarga Columbidae dan subkeluarga Ptilinopinae, yang ditemui di Asia Tenggara, Tanah Melayu, Australia dan New Zealand. Anggota-anggota subkeluarga ini kebanyakan memakan buah-buahan, terutamanya pepauh.[12] Di dalam subkeluarga itu, merpati New Zealand dan merpati Chatham berada satu klad dengan keturunan yang sama dengan merpati toncet (Lopholaimus antarcticus) dari Australia dan merpati gunung (Gymnophaps) dari New Guinea, seperti yang ditunjukkan oleh rajah kladogram berikut:[13]
| |||||||||||||||||||
Nama umum
sunting"Merpati New Zealand" telah ditetapkan sebagai nama umum rasmi bagi burung Hemiphaga novaeseelandiae oleh Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa.[14] Perkataan "kererū" (digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak) merupakan nama paling umum dalam bahasa Māori,[15] dan pelbagai sumber arus perdana menggunakan nama kererū untuk spesies itu.[16][17][18][19][20][21] Ejaan kata pinjaman Māori dengan makron—yang menandakan vokal panjang—kini lebih umum dalam bahasa Inggeris New Zealand, di mana secara teknikal adalah mungkin.[22][23] Burung tersebut juga dikeali sebagai "kūkupa" dan "kūkū" di beberapa bahagian di pulau Utara, terutamanya di Northland,[15] manakala ahli kaji burung John Latham melaporkannya sebagai "Hagarrèroo" pada tahun 1783.[2] Burung ini juga dikenali sebagai "merpati kayu".[24]
Pemerian
suntingKererū merupakan merpati arboreal besar dengan berat 550–850 g (19–30 oz),[25] panjang sehingga 50 cm (20 in) dengan rentang sayap sekitar 75 cm (30 in).[7] Penampilannya seperti merpati biasa iaitu kepala yang kecil, paruh lembut yang lurus dan pelepah yang bercantum dengan longgar.[12] Kedua-dua jantina burung ini mempunyai buluan yang sama. Kepala, leher dan bahagian atas dada mempunyai warna hijau tua dengan serlahan emas-gangsa, manakala tengkuk, bahagian atas belakang dan bulu selindung sekunder pula berwarna ungu dengan kilauan tembaga, berkilat dengan warna yang lebih kelabu-hijau pada bahagian bawah belakang, pinggul dan selebihnya di permukaan atas kepak. Ekornya berwarna perang tua dengan serlahan hijau dan sisi yang pudar. Dadanya berwarna putih dan ditandakan dengan tajam dari bahagian buluan yang lebih gelap. Selindung di bahagian bawah ekor dan kepak biasanya kelabu pucat. Warna paruhnya merah dengan hujung berwarna jingga, merah tua pada kaki serta mata berwarna merah dengan gegelang merah jambu di sekelilingnya.[7] Bagi anak burung pula, mereka mempunyai warna yang sama dengan burung dewasa tetapi umumnya lebih pucat dengan warna kusam pada paruh, mata dan kaki dan ekor yang lebih pendek.[26] Subspesies pulau Norfolk yang pupus memiliki mantel perang berangan, lebih kelabu pada sayap luar dan pinggul, ekor ungu tua dan warna putih pada selindung bahagian bawah kepak dan ekor.[7]
Kererū sekali-sekala menghasilkan bunyi kuu halus dan kepak mereka membuat bunyi "whoosh" semasa terbang.[27] Cara burung ini terbang juga berbeza, burung selalunya akan naik perlahan-lahan sebelum membuat junaman parabola yang curam.[26]
Persekitaran dan taburan
suntingKebiasaannya merpati New Zealand boleh dijumpai dari Northland hingga ke pulau Stewart/Rakiura dan pulau-pulau luar pesisir,[28] dan dahulunya mereka boleh ditemui dengan banyak di seluruh negara.[17] Kekurangan kepelbagaian genetiknya mencadangkan bahawa spesies itu berundur ke refugium hutan semasa tempoh pengglasieran kuarternari dan merebak dengan cepat ke seluruh negara lagi apabila iklim semakin hangat.[11] Tulang-tulang burung ini telah ditemui semula dari pulau Raoul di Kepulauan Kermadec, mengesahkan spesies itu pernah menghuni pulau tersebut, walaupun ia telah pupus secara tempatan melalui pemburuan dan pemangsaan kucing pada akhir 1800-an.[29] Mereka boleh dijumpai di pelbagai habitat termasuklah hutan tanah pamah asli, belukar, desa, serta kebun dan taman bandar.[30]
Merpati New Zealand hidup di habitat yang terdiri daripada altitud pantai hingga ke pergunungan.[31] Walau bagaimanapun, bilangan mereka berkurangan secara signifikan selepas penjajahan Eropah. Ini disebabkan oleh kekuranga habitat, pemangsa dan pemburuan.[17] Pada masa kini, sama ada burung ini wujud di lokasi tertentu di New Zealand bergantung pada pelbagai faktor seperti litupan dan jenis hutan serta jumlah pemangsa.[17] Walaupun sedentari, merpati ini boleh bergerak agak jauh dalam lingkungan mereka; menurut kebanyakkan kerja lapangan mendapati mereka bergerak sehingga 25 km (16 bt), biasanya untuk mencari makanan.[7] Dalam kajian 2011 di Southland mendedahkan bahawa tiga daripada empat merpati yang telah ditandakan sekitar Invercargill merentasi selat Foveaux ke pulau Stewart/Rakiura dan mengembara sehingga 100 km (62 bt).[32]
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2016). "Hemiphaga novaeseelandiae". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (dalam bahasa Inggeris). 2016: e.T22727557A94952579. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22727557A94952579.en. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ a b Latham, John (1783). General Synopsis of Birds (dalam bahasa Inggeris). 2. London, England: Benj. White. m/s. 640. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2021. Dicapai pada 21 September 2021.
- ^ Gmelin, Johann Friedrich (1789). Systema naturae per regna tria naturae : secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1. Leipzig, Jerman: Impensis Georg Emanuel Beer. m/s. 773. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2021. Dicapai pada 21 September 2021.
- ^ Latham, John (1790). Index ornithologicus (dalam bahasa Inggeris). 2. London, England: Leigh & Sotheby. m/s. 603. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2021. Dicapai pada 21 September 2021.
- ^ Bonaparte, Charles Lucien (1854). "Coup d'oeil sur les pigeons (deuxième partie)". Comptes Rendus Hebdomadaires des Séances de l'Académie des Sciences (dalam bahasa Perancis). 39: 1072–1078 [1076–1077]. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2021. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
- ^ Gray, Jeannie; Fraser, Ian (2013). Australian Bird Names: A Complete Guide (dalam bahasa Inggeris). Collingwood, Australia: CSIRO Publishing. m/s. 23. ISBN 9780643104709. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2022. Dicapai pada 23 Oktober 2021.
- ^ a b c d e Higgins, P. J.; Davies, S. J. J. F., penyunting (1996). Handbook of Australian, New Zealand and Antarctic Birds: Volume 3: Snipe to Pigeons (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Melbourne, Victoria: Oxford University Press. m/s. 1016–1025. ISBN 978-0-19-553070-4. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
- ^ Millener, P. R.; Powlesland, R. G. (2001). "The Chatham Islands pigeon (Parea) deserves full species status; Hemiphaga chathamensis (Rothschild 1891); Aves: Columbidae". Journal of the Royal Society of New Zealand (dalam bahasa Inggeris). 31 (2): 365–383. doi:10.1080/03014223.2001.9517659. ISSN 0303-6758.
- ^ "Updates & Corrections – Clements Checklist". Makmal Ornitologi Cornell (dalam bahasa Inggeris). Universiti Cornell. December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2021. Dicapai pada 23 Januari 2020.
- ^ "SPECIES UPDATES – Version 1.5". World Bird List (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. 16 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2021. Dicapai pada 23 January 2020.
- ^ a b Goldberg, Julia; Trewick, Steven A.; Powlesland, Ralph G. (2011). "Population structure and biogeography of Hemiphaga pigeons (Aves: Columbidae) on islands in the New Zealand region". Journal of Biogeography (dalam bahasa Inggeris). 38 (2): 285–298. doi:10.1111/j.1365-2699.2010.02414.x.
- ^ a b Falla, R. A.; Sibson, R. B.; Turbott, E. G. (1979). The New Guide to the Birds of New Zealand and Outlying Islands (dalam bahasa Inggeris). Auckland, New Zealand: Collins. ISBN 978-0-00-216928-8. OCLC 6061643.
- ^ Gibb, Gillian C.; Penny, David (2010). "Two aspects along the continuum of pigeon evolution: A South-Pacific radiation and the relationship of pigeons within Neoaves". Molecular Phylogenetics and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 56 (2): 698–706. doi:10.1016/j.ympev.2010.04.016. PMID 20399870.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2021). "Pigeons". World Bird List Version 11.2 (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2021. Dicapai pada 14 September 2021.
- ^ a b "New Zealand pigeon / kererū / kūkū / kūkupa" (dalam bahasa Inggeris). Department of Conservation, Government of New Zealand. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
- ^ Ward, Janelle (2019). Rehabilitation guide for Kererū (dalam bahasa Inggeris). Wellington, New Zealand: Jabatan Pemuliharaan. ISBN 978-0-473-50912-5. OCLC 1195888312.
- ^ a b c d Carpenter, Joanna K.; Walker, Susan; Monks, Adrian; Innes, John; Binny, Rachelle N.; Schlesselmann, Ann-Kathrin V. (2021). "Factors limiting kererū (Hemiphaga novaeseelandia) populations across New Zealand" (PDF). New Zealand Journal of Ecology (dalam bahasa Inggeris). 45 (2): 15. ISSN 0110-6465. Wikidata Q107407131. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Jun 2021.
- ^ Weaver, S. (1997). "The Call of the Kererū: The Question of Customary Use". The Contemporary Pacific (dalam bahasa Inggeris). 9 (2): 383–398. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2022. Dicapai pada 3 Julai 2021.
- ^ Emeny, Myfanwy T.; Powlesland, Ralph G.; Henderson, Ian M.; Fordham, Robin A. (2009). "Feeding ecology of kererū (Hemiphaga novaeseelandiae) in podocarp–hardwood forest, Whirinaki Forest Park, New Zealand". New Zealand Journal of Ecology (dalam bahasa Inggeris). 33 (2): 114–124. JSTOR 24060614. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
- ^ "Help us save the kererū" (dalam bahasa Inggeris). World Wide Fund for Nature (New Zealand). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2021. Dicapai pada 28 September 2021.
- ^ "Public asked to help with Great Kererū Count". Stuff (dalam bahasa Inggeris). 17 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2021. Dicapai pada 28 September 2021.
- ^ Crewdson, Patrick (10 September 2017). "Why Stuff is introducing macrons for te reo Māori words". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2021. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
- ^ Nicholls, Jenny (23 April 2021). "These grumpy old pūkeko need to get off the grass". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2021. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
- ^ Mills, Laura; Bayer, Kurt (22 Februari 2013). "Drunk kereru fall from trees". New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2020. Dicapai pada 3 Julai 2021.
- ^ Clout, M. N. (1990). "The kereru and its forests". Birds International (dalam bahasa Inggeris). 2 (4): 10–19.
- ^ a b Robertson, Hugh A.; Heather, Barrie D. (2017). The Hand Guide to the Birds of New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Derek J. Onley (ed. ke-3). Auckland, New Zealand: Penguin Random House New Zealand. m/s. 146. ISBN 978-0-14-357093-6. OCLC 917304045.
- ^ Moon, Geoff (1988). New Zealand Birds in Focus (dalam bahasa Inggeris). Auckland, New Zealand: Weldon New Zealand. m/s. 71–72. ISBN 978-0-86866-120-9.
- ^ Powlesland, Ralph (2017). "New Zealand pigeon". New Zealand Birds Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2021. Dicapai pada 24 Januari 2020.
- ^ Worthy, T. H.; Brassey, R. (2000). "New Zealand pigeon (Hemiphaga novaeseelandiae) on Raoul Island, Kermadec Group" (PDF). Notornis (dalam bahasa Inggeris). 47 (1): 36–38. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 Februari 2019.
- ^ "Kererū begin winter wandering" (dalam bahasa Inggeris). Majlis Bandaraya Christchurch. 16 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2018. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
- ^ Clout, M. N.; Gaze, P. D.; Hay, J. R.; Karl, B. J. (1986). "Habitat use and spring movements of New Zealand pigeons at Lake Rotoroa, Nelson Lakes National Park" (PDF). Notornis (dalam bahasa Inggeris). 33: 37–44. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 Februari 2021.
- ^ Powlesland, Ralph G.; Moran, Less R.; Wotton, Debra M. (2011). "Satellite tracking of Kereru (Hemiphaga novaeseelandiae) in Southland, New Zealand: impacts, movements and home range". New Zealand Journal of Ecology (dalam bahasa Inggeris). 35 (3): 229–235. JSTOR 24060733.
Pautan luar
sunting- "The Kererū Discovery Project" (dalam bahasa Inggeris). Suatu program untuk warga New Zealand membantu menahan penurunan spesies melalui kesedaran dan tindakan di kebun mereka sendiri
- "The Great Kererū Count" (dalam bahasa Inggeris). Suatu projek sains tahunan bagi menghitung bilangan kererū di New Zealand
- "Project Kererū" (dalam bahasa Inggeris). Projek pemuliharaan berdasarkan komuniti sukarelawan