Holger Felix Badstuber (lahir 13 Mac 1989) merupakan pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pertahanan kini bermain untuk kelab Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Holger Badstuber
Maklumat peribadi
Nama penuh Holger Felix Badstuber[1]
Tarikh lahir (1989-03-13) 13 Mac 1989 (umur 35)
Tempat lahir Memmingen, Jerman Barat
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Bek tengah / Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor 28
Kerjaya remaja
1995–2000 TSV Rot an der Rot 1890
2000–2002 VfB Stuttgart
2002–2007 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2009 Bayern Munich II 55 (7)
2009–2017 Bayern Munich 119 (1)
2017FC Schalke 04 (dipinjam) 10 (0)
2017– VfB Stuttgart
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Jerman B19 2 (0)
2008 Jerman B20 3 (0)
2009–2010 Jerman B21 8 (2)
2010– Jerman 31 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 April 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Mac 2015 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Dari tahun 2002 sehingga 2007, beliau merupakan pemain muda yang bermain di Bayern Munich. Beliau bermain untuk Bayern Munich II sebelum menandatangani kontrak profesional pada Julai 2009 bersama Thomas Müller. Beliau menunggu sebelum bermain pada musim 2008-09. Beliau membuat debut pada perlawanan liga pertamanya ketika menentang Hoffenheim. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Borussia Mönchengladbach melalui sepakan percuma pada 4 Disember 2009. Pada musim 2009-10, beliau bermain hampir kesemua perlawanan untuk Bayern.

Pada 4 Februari 2010, Bayern Munich mengumumkan bahawa Badstuber telah menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2014. Pada musim 2010-11, Badstuber menjalani hubungan rapat dengan jurulatih Louis van Gaal, yang menaruh harapan tinggi kepaad beliau. Selepas ketibaan Jupp Heynckes, Badstuber bersama Jérôme Boateng menguatkan lagi benteng pertahanan Bayern yang tidak ditembusi sebarang gol sebanyak 11 perlawanan berturut-turut. Beliau menjaga benteng Bayern sehingga membawa pasukannya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas mengalahkan Real Madrid, Napoli dan Manchester City sebelum tumpas kepada wakil Inggeris, Chelsea pada perlawanan akhir.

Pada 3 Februari 2013, Badstuber melanjutkan kontraknya bersama Bayern sehingga 2017. Badstuber mengalami kecederaan pada anteriornya semasa menentang Borussia Dortmund pada 1 Disember 2012 dan terpaksa terlepas banyak perlawanan untuk musim 2013-14. Beliau kembali semula dan menjalani latihan bersama skuad pada 5 Mei 2014 dan bermain pada perlawanan pertamanya sejak cedera pada 18 Julai 2014 pada perlawanan persahabatan menentang FC Memmingen, Bayern menang 3-0. Beliau tidak beraksi bersama Bayern selama mengalami kecederaan selama 594 hari.

Badstuber mengalami kecederaan paha ketika menentang VfB Stuttgart pada 13 September yang menyebabkan beliau terpaksa berehat sepanjang tahun. Beliau kembali ke sebelasan utama semasa Bayern menumpaskan Hamburger SV 8-0 pada 14 Februari dan beliau menjadi pemain pilihan pertama dalam skuad Pep Guardiola. Pada 11 Mac 2015, Badstuber menjaringkan gol pada minit ke-63 pada aksi Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk, Bayern menang besar 7-0 dan layak ke pusingan seterusnya. Ini merupakan gol pertama buat Badstuber sejak Disember 2009 dan juga aksi pertamanya sejak 20 November 2012 menentang Valencia. Pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang FC Porto, beliau mengalami kecederaan otot yang menyebabkan beliau terpaksa berehat sepanjang musim sambil menyaksikan Bayern membelasah Porto 6-1.

Kerjaya antarabangsa sunting

Beliau menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Jerman untuk senarai skuad Piala Dunia FIFA 2010. Beliau membuat debut pada perlawanan pemanasan badan Piala Dunia menentang Hungary pada 29 Mei selepas menggantikan Arne Friedrich dan beliau bermain pada kesebalasan utama pemain buat pertama kali pada perlawanan seterusnya menentang Bosnia dan Herzegovina sebelum aksi Piala Dunia. Badstuber kemudian termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan diberi jersi 14 oleh Joachim Löw. Beliau bermain sehingga tamat permainan pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang Australia yang menyaksikan Jerman menang dengan bergaya 4-0. Beliau bermain pada perlawanan seterusnya menentang Serbia pada 18 Jun 2010. Beliau bermain selama 77 minit sebelum digantikan oleh Mario Gómez. Beliau dikritik kerana aksinya di posisi bek kiri yang menggantikan Jerome Boateng yang berehat sepanjang kejohanan. Kekalahan memalukan 1-0 kepada Serbia adalah antara perlawanan Badstuber di Piala Dunia.

Beliau bermain kesemua perlawanan Jerman di kelayakan Euro 2012 yang menyaksikan skuad Jerman memenangi kesemua perlawanan tersebut. Pada perlawanan menentang Azerbaijan pada 7 September 2010, beliau menjaringkan gol pertamanya hasil daripada sepakan penjuru oleh Mesut Özil pada minit ke-86, Jerman menang 6-1. Badstuber sebahagian daripada skuad Jerman yang melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Itali 1-2.

Pada 19 Mac 2015, Badstuber dipanggil oleh pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Australia dan kelayakan Euro 2016 menentang Georgia. Beliau bermain menentang Australia pada 25 Mac 2015. Perlawanan terakhir beliau baru-baru ini untuk Jerman ketika seri 4-4 bertemu Sweden.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 7 September 2010 Cologne, Jerman   Azerbaijan 5–1 6–1 Kelayakan Euro 2012

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Bayern Munich

Antarabangsa sunting

Jerman

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 8 December 2013.

Pautan luar sunting