Ikan dan kentang goreng

Ikan dan kentang goreng atau juga dikenali dengan nama Inggersinya fish and chips ialah sejenis makanan bawa pulang berasal dari United Kingdom. Ia terdiri dari ikan goreng jeluk (biasanya ikan kod, ikan hadok atau ikan sebelah) bersadur tebung atau serbuk roti dengan kentang berpotongan jejari yang digoreng.Saya sayang suriani

Ikan dan kentang goreng

Tradisi masyhur mengaitkan makanan ini dengan United Kingdom; dan ikan dan kentang goreng tetap menjadi masyhur di United Kingdom dan di kawasan-kawasan yang dijajah oleh orang dari UK pada abad ke-19, seperti Australia, New Zealand, dan sebahagian dari Amerika Utara (New England, Barat Daya Pasifik dan Kanada umumnya). Ikan dan kentang goreng juga agak masyhur di Republik Ireland dan Afrika Selatan. Kedai di Denmark dan di sesetengah pekan pantai di Norway menghidang filet goreng. Di Belanda, makanan filet goreng jeluk bersadur yang masyhur digelar lekkerbek kadangkala dihidang dengan kentang goreng.

Pembuatan

sunting

Ikan goreng (fish)

sunting

Jenis ikan yang lazim dipakai bergantung kepada keberadaan ikan sumber di kawasan setempat: cod dan haddock merupakan jenis ikan yang lazim dipakai di United Kingdom dan Ireland misalnya.[1]

Daging ikan ini kemudiannya disadurkan dengan bater bancuhan tepung, air serta bahan penggelembung untuk menjadikan bater membuih ringan - baik menggunakan campuran cuka dan natrium bikarbonat atau bir - sebelum digoreng jeluk.

Kentang goreng (chips)

sunting

Orang British biasanya menyediakan kepingan kentang yang lebih tebal berbanding potongan bentuk jejari yang lazim dipakai waralaba Amerika Syarikat - potongan kentang jenis ini digelar "home fries" atau "steak fries".[2][3]

Selain dari perbezaan pada istilah, gabungan kepingan isi kentang dihidang panas dengan ikan masih mempunyai nama "ikan dan kentang goreng" di kebanyakan restoran A.S. yang menghidang makanan itu, tetapi sedikit restoran A.S. akan memberikan "kentang garing" berbanding "kentang goreng" apabila seorang pelanggan memesan "ikan dan kentang goreng".[4][5]

Hidangan sampingan

sunting

Garam dan cuka sering ditambahkan sebagai bahan perasa selepas jamuan siap dimasak.[6] Kacang pis lenyek (mushy peas)[7] serta pelbagai jenis jeruk turut dihidangkan bersama.[8]

Amerika Syarikat pula lebih menggunakan sos tartar sebagai sos lazim hidangan.

Sejarah

sunting

Fish and chips adalah makanan populer di kalangan kelas pekerja di Britania Raya sebagai hasil dari cepatnya perkembangan penangkapan ikan dengan pukat di Laut Utara, diiringi pembangunan jalan kereta api yang menghubungkan pelabuhan-pelabuhan dengan kota-kota industri utama semasa paruh kedua abad ke-18. Sebagai akibatnya, ikan segar dapat diangkut dengan cepat ke kawasan berpenduduk padat.[9] Pada tahun 1860, toko fish and chips pertama dibuka oleh Joseph Malin.[10] jmpl|ka|lurus|Fish and chips di Brighton, Inggris

Potongan kentang goreng sebagai hidangan juga mungkin pertama muncul di Britania sekitar periode yang sama. Kata chips menurut Oxford English Dictionary pertama kali digunakan oleh Charles Dickens dalam cerita A Tale of Two Cities (terbitan 1859): "Husky chips of potatoes, fried with some reluctant drops of oil".

Toko fish-and-chip modern (disebut "chippy" atau "chipper" dalam bahasa slang modern Britania[11][12]) berasal dari Britania Raya, meskipun gerai penjualan makanan gorengan umum terdapat di seluruh Eropa. Pada awalnya, toko-toko fish-and-chip hanya memiliki fasilitas sangat terbatas. Di toko seperti ini biasanya memiliki kuali besar berisi lemak untuk menggoreng dengan api dari arang. Selama Perang Dunia II fish and chips bertahan sebagai salah satu jenis makanan di Britania Raya yang tidak dijatah.[13]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Alan Masterson, tictoc design. ""Seafish. On Plate. Fish & chips" (UK Sea Fish Industry Authority website)". Seafish.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2008. Dicapai pada 22 June 2009.
  2. ^ "Online recipes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada 2009-05-17.
  3. ^ "More online recipes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-17. Dicapai pada 2009-05-17.
  4. ^ Townsend, Bob (2005-02-09). "Neighborhood Nosh". Atlanta Journal. Dicapai pada 2007-01-04.
  5. ^ "Whitey's Fish Camp - Restaurant". Menu. Whitey's Fish Camp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-09. Dicapai pada 2008-05-27.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama onplate2
  7. ^ "Crispy fish & chips with mushy peas recipe". BBC. Dicapai pada 7 March 2010.
  8. ^ "British Food: A History". Britishfoodhistory.wordpress.com. 23 September 2012. Dicapai pada 16 July 2013.
  9. ^ "Fish and chips - A great British tradition". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-16. Dicapai pada 2009-06-22.
  10. ^ Rayner, Jay (2005-11-03). "Enduring Love". The Guardian. London. Dicapai pada 2003-01-19.
  11. ^ "Chippy smells of chips complaint". BBC News. 2006-11-07. Dicapai pada 2009-06-22.
  12. ^ Hegarty, Shane (3 November 2009). "How fish and chips enriched a nation". The Irish Times. Dublin, Ireland. m/s. 17.
  13. ^ "Resources for Learning, Scotland: Rationing". Rls.org.uk. 1998-01-05. Dicapai pada 2009-06-22.

Pautan luar

sunting
 
Wikibooks