Ikan tengas (Neolissochilus hexagonolepis,[1] dulu Acrossocheilus hexagonolepsis[2]) juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.

Ikan Tengas
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
N. hexagonolepsis
Nama binomial
Neolissochilus hexagonolepis

Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia. Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di Hulu Perak, Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.

Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan. Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi ikan tengas ialah di daerah Batu Kurau seperti Sungai Lata Sempeneh, Sungai Lata Air Hitam, Sungai Lata Telaga Tujuh dan Sungai Lata Puteh.

Taksonomi dan morfologi sunting

Sekurang-kurangnya terdapat 2 spesies ikan tengas yang utama iaitu Neolissochilus soroides & Neolissochilus hendersoni. Hendersoni saiz ikan dewasanya lebih kecil dari spesies soroides. Ikan tengas spesies Neolissochilus hexagonolepis sebenarnya sukar ditemui di Malaysia. Ikan daun (Poropuntius smedleyi) juga mirp dengan ikan tengah tetapi berlainan genus dari Neolissochilus sp.

Rujukan & bacaan lanjut sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting