Jalur merupakan pecahan spektrum frekuensi komunikasi radio yang digunakan atau ditetapkan untuk kegunaan saluran komunikasi tertentu.

ContohSunting

Setiap jalur ini mempunyai pelan jalur asas yang menentukan kegunaan dan kongsiannya untuk mengelakkan gangguan serta menetapkan protokol demi keserasian pemancar dan penerima.

Lazimnya, jalur-jalur disempadankan mengikut panjang gelombang 10n meter, atau frekuensi 3&kali;10n hertz. Contohnya, 30 MHz atau 10 m memisahkan gelombang pendek (lebih rendah, lebih panjang) dari VHF (lebih tinggi, lebih pendek). Inilah bahagian-bahagian spektrum radio, bukan peruntukan frekuensinya.