Jering (Jawi: جريڠ), jengkol (Jawi: جيڠكول‎), kenuak, atau nama saintifiknya Archidendron pauciflorum ialah spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang bertaburan asal meliar di hutan-hutan Asia Tenggara.[3] Tumuhan ini dimakan buahnya dalam kalangan masyarakat di Myanmar, Thailand, Malaysia, dan Indonesia.[4]

Jering
جريڠ
YosriJering.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. jiringa
Sinonim
  • Archidendron jiringa (Jack) I.C.Nielsen
  • Archidendron pauciflorum[1] (Benth.) I.C.Nielsen
  • Pithecellobium jiringa[2] (Jack) Prain
  • Pithecellobium lobatum (Benth.) I.C.Nielsen

MorfologiSunting

Pokok jering jenis saka yang tumbuh sederhana besar rendang setinggi 15-25 meter pokok saka yang besar.[5] Kanapi bulat atau tiada bentuk. Batang pokok berwarna kemerahan dan licin di mana warna kayunya boleh menggelap menjadi perang tua apabila semakin berusia.[5] Daun-daunnya majmuk setiap helai mempunyai 2-3 pasang anak daun, sederhana besar, bujur dengan hujung menirus. Pucuk muda kemerahan bertukar hijau tua setelah matang.

Bunga yang dhasilkan pokok jering kecil dan berwarna putih kuning muda menjambak banyak di celah ketiak daun. Ia aktif berbunga serta berbuah dari bulan Jun hingga Ogos dan di luar musim iaitu dari Disember hingga Februari.[5] Lenggai yang terhasil berkulit keras, dan berwarna perang ungu. Ia tergelung apabila masak lalu terbelah untuk menyebarkan biji benihnya yang besar dan berwarna perang kemerah-merahan; setiap lenggai mempunyai antara 3 hingga sembilan biji.[6]

Benih-benih ini sederhana besar, berkulit tebal dan berjerut serta berwarna perang keunguan. Isi kulit biji berwarna biji hijau ketika muda, bertukar coklat tua setelah tua; ia mempunyai rasa yang pahit dan berbau yang adakala tidak disukai sesetengah orang.

Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat.

KegunaanSunting

Buah dan bijiSunting

 
Biji-biji jering dihamparkan, duit syiling menunjukkan skala saiz

Buah jering yang mentah lazim dimakan sebagai ulam.[7][8] Ia juga boleh dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Biji-biji ini juga dapat dibuat menjadi kerupuk secara ditumbuk pipih, dikeringkan, kemudian digoreng mirip membuat kerepek belinjo, makanan ini digemari dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat.[9]

Biji-biji jering mentah dipercayai secara tradisional mampu mencuci darah[10][11] mahupun mengubati penyakit cirit darah.[12]

Bahagian lainSunting

Jering sering dimakan sebagai ulam tetapi kurang popular kerana baunya yang tidak menyenangkan. Sisa lenggai buah jering digunakan untuk mencelup sutera berwarna ungu; begitu juga dengan kulit kayu pokok ini yang memberi warna hitam.[3]

Daun muda yang dibakar dan ditumbuk menjadi serbuk menjadi petua merawat luka,[13][3] manakala daun matang pula digunakan untuk melegakan rasa gatal miang.

Kayu pokok ini ringan dan tahan lama sederhana. W. Kayu ini amat mudah dikerjakan dan telah digunakan untuk kerja kayu halus, almari, dan perabot lain.

Sifat kimiaSunting

Biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang merangsang penghasilan air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.[perlu rujukan]

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid jengkol iaitu sejenis asid amino yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut".[14] Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan mereka yang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.[15] Keadaan ini boleh dikurangkan dengan banyak meminum air kosong selepas memakannya bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan dan melawaskan kencing.

PembiakanSunting

Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh liar. Tupai Dahan adalah penyebar utama pokok ini.

Buah jering dimakan untuk merawat kencing manis. Daunya pula digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit dan gatal-gatal.

KandunganSunting

Biji - mengandungi air, protein, karbohidrat, abu, lemak, gentian, asid jenkolik, serat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C, minyak (mengandungi belerang, alkaloid yang melawaskan buang air kecil). Pucuk - mengandungi karbohidrat, alkaloid, serat, air, mineral dan vitamin.

PerubatanSunting

Dikatakan biji dan daun muda dimakan bagi merawat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, lawas buang air kecil serta besar, dan tiada selera makan.

RujukanSunting

  1. ^ Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.; Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A.; Didžiulis V. (2019). "Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist". Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-18. Dicapai pada 11 November 2019.
  2. ^ SENARAI POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN DAN POKOK-POKOK SUMBER MAKANAN FAUNA KHUSUSNYA BURUNG (YANG TIDAK BOLEH DITEBANG).
  3. ^ a b c Lim, T. K. "Archidendron jiringa." Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants. Springer Netherlands, 2012. 544-548.
  4. ^ Larson, JAMES L., and RICHARD F. Clark. "Plant toxins in the tropics." Tropical Infectious Diseases (Second Edition)(2006): 102-19.
  5. ^ a b c "Buah, pucuk, kulit jering boleh diguna". Harian Metro. 19 Julai 2016. Dicapai pada 19 Julai 2018 – melalui PressReader.
  6. ^ Barceloux, Donald G. "Djenkol Bean [Archidendron jiringa (Jack) IC Nielsen]". Disease-a-Month 55.6 (2009): 361–364.
  7. ^ Siew, Yin-Yin, et al. "Ethnobotanical survey of usage of fresh medicinal plants in Singapore". Journal of Ethnopharmacology 155.3 (2014): 1450–1466.
  8. ^ Rukayah Aman (1999). Buah-buahan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836264831 – melalui Google Books.
  9. ^ Novia Harlina (12 September 2020). "'Karupuak Jariang', Sensasi Unik Makan Jengkol ala 'Urang' Minang". Liputan6. Dicapai pada 25 November 2020.
  10. ^ Ong, H. C., and J. Norzalina. "Malay herbal medicine in Gemencheh, Negri Sembilan, Malaysia." Fitoterapia 70.1 (1999): 10-14.
  11. ^ Sridaran, Ashuwini, Alias A. Karim, and Rajeev Bhat. "Pithecellobium jiringa legume flour for potential food applications: Studies on their physico-chemical and functional properties." Food Chemistry 130.3 (2012): 528-535.
  12. ^ Roosita, Katrin, et al. "Medicinal plants used by the villagers of a Sundanese community in West Java, Indonesia." Journal of Ethnopharmacology 115.1 (2008): 72-81.
  13. ^ Muslim, Nahdzatul, and Amin Malik Shah Abdul Majid. "Pithecellobium Jiringa: A Traditional Medicinal Herb." (2010).
  14. ^ Wong, J. S., et al. (2007). Acute anuric renal failure following jering bean ingestion. Asian J Surg 30:1 80-1.
  15. ^ Adler, S. G. and J. J. Weening. (2006). A case of acute renal failure. Clin J Am Soc Nephrol 1: 158-165.