Kampung Changkat Ibol

Kampung Changkat Ibol merupakan sebuah kampung yang terletak di Changkat Jering, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Nama kampung diambil daripada nama pokok ibol, juga dikenali sebagai pokok ibul, ibol, iboi, ibor, ibo atau ibong, nama botaninya: orania sylvicola, atau orania macrocladus atau macrocladus sylvicola, nama panggilan biasa pokok ini adalah ibol, ibul, iboi atau palma hutan. Ia terletak bersebelahan dengan kampung Chengal Jantan dan kampung Senduk Tengah. Kampung Changkat Ibol adalah sebuah kampung yang berada di dalam mukim Bukit Gantang. Kebanyakan penduduk di kampung ini bertutur dalam loghat Patani atau loghat utara (Kedah, Pulau Pinang) dan ada juga bertutur dalam loghat kuala (Kuala Kangsar).

Kampung Changkat Ibol
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Changkat Ibol
Mohor rasmi Kampung Changkat Ibol
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPerak
Daerah Changkat Jering
KampungKampung Changkat Ibol
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
34850
Kod kawasan+605
Lokasi Kampung Changkat Ibol di Peta Google

.

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Di Kampung Changkat Ibol, terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul dan sebuah sekolah rendah agama (KAFA) yang telah dibina demi pendidikan anak-anak termasuklah dari Kampung Changkat Ibol sendiri, Kampung Senduk Tengah, Kampung Senduk Hulu, Kampung Tengah, Kampung Sungai Petai, Kampung Cengal Jantan dan juga beberapa kampung yang berhampiran.

SK Changkat Ibul (sekolah ini menggunakan perkataan 'Ibul' berbanding perkataan 'Ibol' pada nama kampung, perkataan 'ibol' atau 'ibul' ialah sejenis tumbuhan palma hutan yang beracun. Menurut cerita mulut orang tua-tua, dulu pokok 'ibol' di kampung ini sangat banyak, tetapi lama kelamaan ia pupus dalam kampung ini kerana ia ditebang kerana pokok ini kurang manfaat untuk kegunaan seharian. Pokok ibol ini sekarang banyak didapati di kawasan bandar-bandar sebagai pokok hiasan. Perbezaan sebutan dan ejaan ini berlaku disebabkan oleh sebutan orang dulu-dulu yang dituturkan dalam loghat yang berbeza.

SK Changkat Ibul juga telah melahirkan banyak cendekiawan-cendekiawan yang berjiwa besar. Bahkan ada dalam kalangan mereka menjawat jawatan yang besar dan menjadi ahli agama yang tersohor.

Tempat beribadat sunting

Kampung Changkat Ibol ini mempunyai satu masjid yang menyatukan semua penduduk dari kampung-kampung yang berdekatan yang diberi nama Masjid Al-Ahmadi (Nama diambil sempena nama tokoh ilmuan yang lahir dari kampung ini iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad (beliau banyak mengajar ilmu menerusi pengajian-pengajian di masjid-masjid dan surau-surau pada suatu ketika dahulu dan juga melahirkan anak-anak yang tidak kurang hebatnya. Almarhum adalah seorang ulamak yang sangat tinggi ilmunya dan menjadi rujukan bagi penduduk kampung-kampung sekitar. Almarhum juga adalah seorang AJK Majlis Fatwa Perak semasa hayatnya). Nama Kampung Changkat Ibol dikenali kerana tuan-tuan guru seperti Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad ini dan Almarhum Ustaz Abdul Wahab bin Abdul Rahman yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau di daerah-daerah dalam Taiping dan sekitarnya.

Keistimewaan sunting

Kampung Changkat Ibol merupakan sebuah kampung yang sangat istimewa. Ini yang menjadikan Kampung Changkat Ibol sangat unik berbanding kampung-kampung yang lain.

Kampung Yang Hidup sunting

Kampung Changkat Ibul adalah sebuah kampung yang bergerak sebagai pusat tumpuan. Titik tumpuan utama adalah terletak di kawasan Masjid Al-Ahmadi yang mana di kawasan ini mempunyai kedai-kedai runcit, pasar sayur dan ikan, lokasi pasar pagi, sekolah dan sebagainya. Rata-rata penduduk di kawasan Kampung Changkat Ibol dan kampung sekitar tidak perlu bersusah payah untuk ke pekan berdekatan untuk membeli barangan basah (ikan,sayur dan sebagainya). Semua keperluan runcit boleh didapati dengan mudah di sini.

Kampung Yang Nama Tertera Pada Papan Tanda Jalan Persekutuan sunting

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Changkat Ibol, Changkat Jering, Perak adalah 34850.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting