Kampung Kuala Pari

Kampung Kuala Pari
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Kuala Pari
Mohor rasmi Kampung Kuala Pari
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Perak
Daerah Ipoh
MukimUlu Kinta
KampungKampung Kuala Pari
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
 • Ketua KampungEncik Mohd Tahir bin Mohd Ramly
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
31450
Kod kawasan+605

Sejarah sunting

Kampung Kuala Pari adalah sebuah perkampungan Melayu. Terletak berhampiran bandaraya Ipoh dan di antara pekan Menglembu. Kampung ini merupakan sebuah kampung yang unik kerana terletak di persimpangan dua sungai terkenal di Ipoh iaitu Sungai Kinta dan Sungai Pari.[1]

Kampung Kuala Pari telah berusia hampir 100 tahun menurut tarikh yang didaftarkan di pejabat Tanah Negeri Perak pada tahun 1937[2]. Ini menjadikan kampung ini antara kampung yang paling tua di Ipoh, selain Kampung Paloh dan Kampung Kuchai yang terletak berhampiran.[3]

Kampung Kuala Pari terbahagi kepada tiga bahagian yang berbeza. Ia bermula dengan Kuala Pari Hulu dan dipisahkan oleh sebatang anak sungai[4]. Nama Kuala Pari Hulu, Kuala Pari Tengah dan Kuala Pari Hilir begitu sinonim dengan penduduk kampung termasuklah mereka yang telah lama bermastautin di Ipoh.

Berdasarkan cerita dari generasi terdahulu, Kampung Kuala Pari telah diterokai oleh seorang individu yang dikenali sebagai Pak Sangkan.[5] Beliau dan rakan-rakannya, termasuk Haji Yunus dan Pak Kulup Hitam, telah meneroka tanah di Kuala Pari Hulu. Haji Yunus kemudiannya diangkat sebagai ketua kampung yang pertama.[6] Beberapa tahun kemudian, semakin ramai orang Melayu mula meneroka tanah di Kuala Pari disebabkan kepadatan penduduk di Kampung Paloh dan Kampung Kuchai.

 
Bekas ketua kampung Pak Sangkan

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

  1. Sebuah institusi pendidikan telah didirikan untuk memenuhi keperluan penduduk kampung serta kampung-kampung di sekitarnya. Sekolah Kebangsaan Kuala Pari telah dibangunkan pada tahun 1951 dengan status sebagai sekolah luar bandar[7].
 
Sekolah Kebangsaan Kuala Pari (SKKP)

Tempat beribadat sunting

  1. Dengan penambahan penduduk di kampung ini yang semakin ramai,sebuah surau didirikan bagi tujuan ibadat dan pengurusan kampung[8]. Surau yang pertama didirikan terletak di Kuala Pari Hulu. Sekian lama, surau berkenaan tidak dapat lagi menampung sejumlah ahli kariah kampung. Ketua kampung ketika itu mengambil inisiatif memohon kepada Jabatan Ugama Islam Perak untuk mendirikan sebuah masjid untuk keperluan kampung . Secara kebetulan sekitar kampung- kampung berhampiran tidak mempunyai kemudahan masjid selain Masjid Kampung Paloh ketika itu. Setelah diluluskan dan mendapat peruntukan dari Jabatan Ugama Islam Perak sebuah masjid didirikan di Kuala Pari Tengah pada tanggal 11 September 1963[9]. Masjid bersturuktur batu ini dinamakan sebagai Masjid Idrisiah. Nama ini diambil sempena nama Sultan Idris Shah yang ketika itu yang memayungi kerajaan negeri Perak[10].
 
Masjid Idrisiah Kampung Kuala Pari

Dewan Komuniti

  1. Dewan orang ramai juga dibina untuk kegunaan masyarakat kampung supaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kampung yang dibina pada tahun 60-an[11]. Ianya dinamakan sebagai Dewan Komuniti Kuala Pari[12]. Selain aktiviti kampung ia juga dapat menjana hasil kepada kampung dengan penyewaan dewan untuk majlis-maslis kahwin dan sebagainya.
 
Dewan Komuniti Kampung Kuala Pari

Medan Selera

  1. Berhampiran dewan terdapat lot-lot kedai sebanyak 4 buah dengan kemudahan tandas untuk menjana ekonomi penduduk kampung. Ia dinamakan Benteng Selera[13].
     
    Benteng Selera di Kampung Kuala Pari

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Kuala Pari, Ipoh, Perak ialah 31450.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  2. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  3. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  4. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  5. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  6. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  7. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  8. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  9. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  10. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-16.
  11. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-19.
  12. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-19.
  13. ^ kampung, Dicatat oleh orang. "MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG KUALA PARI". Dicapai pada 2024-02-19.
  14. ^ https://postcode.my/perak-ipoh-kuala-pari-31450.html

Pautan luar sunting