Kampung Mek Eyat (Jawi: كامڤوڠ ميق اييت; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Mek Eyat) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Mek Eyat ialah 06300 Kuala Nerang.

Kampung Mek Eyat
Kampong Mek Eyat
Kampung Mek Eyat yang terletak di Kedah
Kampung Mek Eyat
Lokasi di Kedah, Malaysia
Kampung Mek Eyat yang terletak di Malaysia
Kampung Mek Eyat
Kampung Mek Eyat (Malaysia)
Koordinat: 6°14′40″N 100°42′59″E / 6.24437°N 100.71648°E / 6.24437; 100.71648Koordinat: 6°14′40″N 100°42′59″E / 6.24437°N 100.71648°E / 6.24437; 100.71648
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
70 m (230 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Latar belakang

sunting

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Mek Eyat telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Mek Eyat telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Mek Eyat turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 44 dan garisan timuran 70 (rujukan grid RG4470, dengan paparan nama sebagai "Kg. Mek Eyat").[3] Toponim kampung ini iaitu Kampung Mek Eyat telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 8 April 2023. Pengenal pasti Kampung Mek Eyat dalam GeoNames ialah 12522657.[1]

Kedudukan koordinat geografi mengenai Kampung Mek Eyat pula direkodkan dalam gazetir, Gazetter (No. 11) – Malay States yang diterbitkan pada tahun 1944. Gazetir ini telah diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Hydrographic Office, United States Department Of The Navy). Dalam gazetir tersebut, kedudukan koordinat geografi bagi Kampung Mek Eyat terletak di 6°14′N 100°43′E / 6.233°N 100.717°E / 6.233; 100.717.[2]

Pentadbiran

sunting

Kampung Mek Eyat secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[3] Kampung Mek Eyat diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi

sunting

Bentuk muka bumi

sunting

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Mek Eyat ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 70 meter (229.7 ka).[1] Kawasan perkampungan ini juga terletak di lembah Sungai Pedu. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian timur Kampung Mek Eyat. Bukit Bendang Seberang yang mempunyai kemuncak tertinggi iaitu 174 meter (570.9 ka) di atas permukaan laut merupakan bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 3.22 kilometer (2.0 bt) ke arah timur dari Kampung Mek Eyat.[1] Terdapat juga anak sungai Sungai Pedu yang menelusuri kawasan Kampung Mek Eyat.[3]

Guna tanah kawasan

sunting

Dalam peta Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang tiga buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Mek Eyat. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Mek Eyat ialah petempatan berkelompok di suatu kawasan. Kesemua kediaman manusia di Kampung Mek Eyat dibina di kawasan lapang yang membentuk sebuah pulau yang dikelilingi sawah padi. Hampir guna tanah di Kampung Mek Eyat ialah belukar. Terdapat juga padang ragut di bahagian timur laut Kampung Mek Eyat. Di bahagian utara dan selatan Kampung Mek Eyat, terdapat kawasan pertanian di sepanjang lembah anak sungai Sungai Pedu. Di lembah sungai itu, penduduk mengunakan tanah itu sebagai kawasan bercucuk tanam padi (atau dikenali sebagai sawah padi atau bendang). Di tenggara kampung ini, terdapat sebuah kawasan ladang kelapa sawit dan buah-buahan di Kampung Pulau Badak.[3]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Mek Eyat, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[4] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes versi kedua pada tahun 2000, kawasan perkampungan Kampung Mek Eyat dilitupi dengan tanah yang dikategori sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu tanah yang melibatkan kegunaannya untuk pembangunan kediaman manusia, tanah pertanian, dan tanah semula jadi, yang sentiasa diairi dengan air hujan.[4][5]

Kejiranan serantau

sunting

Kampung Mek Eyat merupakan sebuah petempatan di luar bandar. Kampung Mek Eyat dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah dan sungai. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Mek Eyat adalah seperti berikut.[1][3]

Meteorologi kawasan

sunting

Iklim di kawasan perkampungan Kampung Mek Eyat ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di Kampung Mek Eyat untuk tahun 1995 yang direkodkan ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan April merekodkan bulan yang paling panas dalam tahun 1995 di Kampung Mek Eyat dengan dengan suhu mencecah 28.4 °C (83.1 °F). Manakala, bulan yang paling sejuk atau kurang panas terjadi di Kampung Mek Eyat ialah pada bulan Novemver, dengan suhu mencecah 26.5 °C (79.7 °F).[7][8] Seterusnya, purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,219.8 milimeter (87.4 in). Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan yang paling tinggi iaitu, sebanyak 367.1 milimeter (14.5 in). Manakala, bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari iaitu sebanyak 47.5 milimeter (1.9 in) sahaja.[7][8]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f "Kampung Mek Eyat, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) – Negeri-negeri Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: United States Goverment Printing Office. m/s. 1–205. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2E/15 (2 ed.). Kedah, Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  5. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Peel, M. C.; Finlayson, B. L.; McMahon, T. A. (2007). "Updated world map of the Köppen−Geiger climate classification". Hydrol. Earth Syst. Sci. 11: 1633–1644. ISSN 1027-5606.
  7. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  8. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.