Kampung Sungai Balak

Kampung Sungai Balak merupakan sebuah penempatan perdesaan tengah bandar yang terletak di mukim Kajang, daerah Hulu Langat , Selangor , Malaysia . Kampung ini terletak lebih kurang 3.2 km dari pekan Kajang .

Kampung Sungai Balak
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Sungai Balak
Mohor rasmi Kampung Sungai Balak
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSelangor
Daerah Kajang
KampungKampung Sungai Balak
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
43000
Kod kawasan+603
Lokasi Kampung Sungai Balak di Peta Google

Nama Sungai Balak ini diambil sempena fungsi sebatang sungai yang digunakan untuk menghanyutkan kayu balak kerana suatu ketika dahulu kaedah bagi mengurangkan kos pengangkutan bahan sumber asli dilakukan secara tradisional . Sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian baik dari segi sosial dan ekonomi . Pergantungan sungai ini sebagai pengangkutan bahan sumber asli tidak lagi digunakan setelah sekian lama. Sungai ini masih lagi berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab , sungai ini semakin tercemar tambahan sisa buangan kilang di sekitarnya dilepaskan ke sungai . Salah satu ciri pencemaran tersebut dapat dilihat dengan mata kasar adalah terdapat perubahan warna dan bau.

Kampung Sungai Balak juga dijadikan laluan yang memudahkan warga untuk ke Balakong dengan sebuah jambatan . Juga merupakan laluan alternatif dari Lebuhraya Kajang SILK . Tidak hairanlah kesesakan jalan raya sering berlaku disebabkan kebanyakan kenderaan akan menggunakan jalan di kampung ini . Salah satu punca kesesakan ialah keadaan jalan raya itu sendiri . Keadaan ini menyebabkan jalan raya yang sempit tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutama pada waktu puncak . Tambahan , terdapat lampu isyarat di persimpangan yang menjadi laluan utama untuk ke kampung ini dan jambatan yang kecil juga antara punca . Jambatan tersebut tidak dapat digunakan sebagai 2 haluan sekiranya bas perantara MRT dari Taman Sutera - Stesen MRT Bukit Dukung Pintu B melalui jambatan di kampung ini . Maka kenderaan lain perlu memberi laluan untuk bas tersebut .

Tidak dapat dipastikan siapakah orang pertama yang membuka kawasan ini , tapi apa yang pasti Sungai Balak hari ini merupakan antara kampung yang terancam kerana arus kemodenan dan perkembangan teknologi yang kini menuntut warganya berenang seiring dengan kemajuan .

Puisi untuk Sungai Balak sunting

Kehadapan Yang Berhormat di pejabat dengan selamatnya ,

Yang mematikan kelazatan itu adalah maut .

Kau binasakan memori dipandanganku ,

Kau hapuskan ingatan disekelilingku ,

Kau ranapkan kenangan dirumahku ,

Kau hancurkan nostalgia di kampungku .

Bagaimana aku meraih kehidupan ?

Ketika nafsu kau tiada batas ,

Ketika nafsu kau yang juara .

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

-Sekolah Rendah Agama Sungai Balak

-Tabika Kemas Kampung Sungai Balak

Tempat beribadat sunting

-Surau Al-Hidayah

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Sungai Balak, Kajang, Selangor ialah 43000.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting