Kelanang
Kampung Kelanang کامڤوڠ کلانڠ merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Selangor. Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisi orang Melayu dan dipercayai telah dibuka kira-kira 100 tahun yang lalu.
Kampung Kelanang | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Banting |
Kampung | Kampung Kelanang |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 42700 |
Kod kawasan | +603 |
Lokasi Kampung Kelanang di Peta Google |
Sejarah سجاره
suntingKampung Kelanang dibuka pada tahun 1888 oleh Haji Kiai Abdul Kadir dari Padang, Muar, Johor. Pada mulanya, dalam tahun 1887 Haji Kiai Abdul Kadir telah menulis surat kepada Collector Magistrate Langat untuk memohon tanah di daerah Kuala Langat. Permohonan beliau diterima dan Kampung Kelanang pun dibuka oleh beliau. Sehingga akhir tahun 1880-an, Haji Kiai Abdul Kadir terus berusaha mendapatkan tanah baru di Kelanang dan usaha beliau itu telah diikuti oleh penghijrah Jawa yang lain.[1] Pada tahun 1896, Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat telah melaporkan bahawa,[2][3]
...the great feature of the development of the district at present in the marked activity in planting circle at Klanang, which may without much exaggeration be described as booming in respect of Javanese.
Terjemahan,
...ciri utama pembangunan di daerah ini pada masa kini adalah dalam aktiviti penanaman yang ketara di kawasan Klanang, yang boleh tanpa banyak keterlaluan digambarkan sebagai pesat berkembang berkaitan dengan orang Jawa.
Sejarah nama Kelanang
suntingPada ketika itu, keadaan muka bumi yang dipenuhi dengan hutan rimba dan tumbuhan pelbagai jenis seperti pokok besar dan rotan manau. Mata pencarian bagi orang kampung ketika itu kebanyakannya ialah bertani dan menangkap ikan. Mereka terdiri daripada para petani dan nelayan manakala Orang Asli pula mencari Rotan di hutan untuk dijual.
Menurut bahasa orang Asli, rotan dipanggil lanang. Oleh kerana terdapat terlalu banyak rotan yang ada, maka mereka menyebut "lanang, lanang, lanang..". Memandangkan kampung ini pada ketika itu masih tidak mempunya nama, maka orang kampung ini menambah sukukata 'KE' kepada nama 'LANANG' lalu menjadilah perkataan 'KELANANG' dan nama ini telah mendapat persetujuan daripada penduduk kampung. Kampung ini dengan rasminya diisytiharkan sebagai 'Kampung Kelanang' dan nama ini masih diguna pakai sehinggalah ke hari ini.
Nama Jalan
suntingTerdapat banyak jalan yang paling utama di kampung ini dan antaranya ialah:
- Jalan Gelanggang Buaya
- Jalan Kenanga
- Jalan Parit Sembilan
- Jalan Batu Enam
- Jalan Revolusi
- Jalan Sungai Yu
- Jalan Pantai Baru
- Jalan Permatang Buah
- Jalan Tanjung Medan
- Jalan Tanjung Rasau Luar
- Jalan Tanjung Rasau Dalam
Senarai Ketua Kampung سناراي کتوا کامڤوڠ
sunting- Hj Kiai Kadir (1890 hingga 1927)
- Salleh bin Mohammed (1927 hingga 1949)
- Ismail bin Mahmud (1949 hingga 1952)
- Sali bin Wahab (1952 hingga 1957)
- Haji Kasim bin Petol (1957 hingga 1971)
- Haji Maulana bin Haji Ehsan (1971 hingga 2002)
- Haji Rahmat bin Ramli (2002 hingga 2008)
- Haji Mustakim bin Mohammad Din (01 Ogos 2008 hingga 10 Jun 2016)
- Rashidi bin Haji Mustakim (11 Jun 2016 hingga 1 Jun 2018)
- Haji Mohd Apandi bin Mohd Yusuf (Jun 2018 hingga Februari 2021)
- Norhairi Bin Mohd Yulah (March 2021 hingga kini)
Jumlah Penduduk
suntingKampung Kelanang telah diduduki lebih 2900 orang penduduk dan majoriti daripadanya ialah orang Melayu.
Pecahan bagi Jantina
Lelaki: 51%
Perempuan: 49%
Pecahan bagi Kaum
Melayu: 58%
Cina: 24%
India: 13%
Lain-lain: 5%
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingTempat beribadat
suntingPoskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Kelanang, Banting, Selangor ialah 42700.[4]
Rujukan
sunting- ^ Khazin Mohd Tamrin (1987). Orang Jawa Di Selangor : Penghijrahan Dan Penempatan 1880-1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Kuala Langat Monthly Report, September 1896
- ^ Selangor Government Gazzette, no. 30,20 November 1896
- ^ Carian Poskod