Kertas Putih 1939, yang juga dikenali sebagai Kertas Putih MacDonald sesuai dengan nama Malcolm MacDonald, Setiausaha Tanah Jajahan United Kingdom yang memimpin penulisannya, adalah sebuah dokumen yang berisi kebijaksanaan yang diterbitkan oleh kerajaan United Kingdom di bawah Arthur Neville Chamberlain yang memutuskan untuk meninggalkan gagasan tentang pembahagian Mandat British atas Palestin, dan sebaliknya membentuk Palestin yang merdeka yang diperintahkan bersama-sama oleh orang-orang Arab dan Yahudi.

Pra-Kertas Putih 1939 sunting

Dokumen-dokumen sebelumnya telah menyatakan bahawa Deklarasi Balfour bukanlah sebuah pernyataan setuju United Kingdom tentang pembentukan sebuah negara Yahudi yang sesungguhnya di Palestin.

Pada Januari 1938, Jawatankuasa Woodhead dibentuk untuk menjejaki cara-cara untuk menerapkan saranan-saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Peel (1936). Laporan Jawatankuasa Woodhead diterbitkan pada 9 November 1938. Gagasan pembahagian wilayah didukung, namun negara Yahudi yang diusulkan pada intinya jauh lebih kecil, wilayahnya hanyalah dataran pantai saja.

Pada Februari 1939, Persidangan St. James (juga dikenal sebagai Persidangan Meja Bundar 1030) diadakan di London; karena delegasi Arab menolak untuk resmi bertemu dengan delegasi Yahudi atau mengakuinya, usul-usul itu diajukan oleh pemerintah secara terpisah kepada kedua belah pihak, yang tetap tidak boleh menyetujuinya. Persidangan berakhir pada 17 Mac tanpa kemajuan apapun.

Isi Kertas Putih 1939 sunting

Kertas Putih 1939 diterbitkan pada 17 Mei 1939, dan pokok-pokok utamanya adalah:

  • Bahagian I. Perlembagaan: Dinyatakan bahawa kerana lebih dari 450,000 orang Yahudi kini telah bermukim di wilayah mandat itu, Deklarasi Balfour tentang "sebuah tanah air nasional untuk bangsa Yahudi" telah terpenuhi dan diserukanlah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dalam tempoh 10 tahun, yang diperintah bersama-sama oleh orang Arab dan Yahudi:

    "Pemerintah Sri Baginda percaya bahawa para penyusun Mandat yang di dalamnya Deklarasi Balfour terkandung tidak mungkin memaksudkan bahawa Palestin harus diubah menjadi sebuah Negara Yahudi berlawanan dengan kehendak penduduk Arab negara itu. [...] Kerana itu Pemerintah Sri Baginda kini menyatakan dengan tegas bahawa bukanlah kebijakannya bahawa Palestin harus menjadi sebuah Negara Yahudi. Bahkan Pemerintah akan menganggap hal itu berlawanan dengan kewajibannya terhadap orang-orang Arab di bawah Mandat ini, dan juga dengan jaminan-jaminan yang telah diberikan kepada bangsa Arab di masa lampau, bahawa penduduk Arab di Palestin harus dijadikan kawula dari sebuah Negara Yahudi, yang berlawanan dengan kehendak mereka."

    "Tujuan dari Pemerintahan Sri Baginda adalah pembentukan dalam waktu 10 tahun sebuah Negara Palestin yang merdeka dalam hubungan-hubungan perjanjian dengan United Kingdom sehingga akan memberikan kebutuhan-kebutuhan komersil dan strategis dari kedua negara itu dengan memuaskan di masa depan. [...] Negara yang merdeka itu haruslah satu saja, di mana orang Arab dan Yahudi bersama-sama memerintah dengan cara yang demikian rupa sehingga memastikan perlindungan kepentingan-kepentingan yang hakiki dari masing-masing komuniti."

  • Bahagian II. Imigrasi: Imigrasi Yahudi ke Palestin di bawah Mandat British akan dibatasi hingga 75,000 orang saja untuk lima tahun pertama, dan kelak akan ditetapkan berdasarkan persetujuan Arab:

    "Pemerintah Sri Baginda tidak menemukan [..] apapun di dalam Mandat ini ataupun di dalam Pernyataan-pernyataan Kebijakan yang sesudahnya yang mendukung pandangan bahawa pembentukan sebuah Tanah Air Nasional Yahudi di Palestin tidak dapat dilakukan kecuali apabila imigrasi diizinkan berlanjut tanpa batas. Bila imigrasi menimbulkan akibat-akibat yang tidak dikehenadki terhadap posisi ekonomi negara ini, imigrasi harus dengan tegas dibatasi; demikian pula bila hal itu menimbulkan akibat yang merugikan secara serius terhadap posisi politik di negara ini, maka itu adalah faktor yang tidak boleh diabaikan. Meskipun tidak sulit orang berdebat bahawa imigran Yahudi dalam jumlah besar yang akan diterima sejauh ini telah diserap secara ekonomi, rasa takut orang-orang Arab bahawa arus masuk ini akan berlanjut tanpa batas hingga populasi Yahudi mendominasi mereka telah menghasilkan akibat-akibat yang sangat parah bagi orang-orang Yahudi maupun Arab, dan bagi perdamaian dan kemakmuran Palestin.

Untuk teks penuh Kertas Putih 1939, lihat:[1] Diarkibkan 2016-04-21 di Wayback Machine

Reaksi Kertas Putih 1939 sunting

Kertas Putih ini diluluskan dalam Dewan Rakyat dengan 268 melawan 179 bersetuju.


Notat kaki sunting

Rujukan sunting

Lihat juga sunting