Yangban: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:51, 21 November 2018

Yangban (Korea: 양반, 兩班) ialah kelas sosial tertinggi dalam sistem kasta Korea selepas raja, terutamanya selepas Dinasti Joseon. Kelompok ini ini terdiri daripada golongan bangsawan serta pegawai kerajaan yang dianggap melambangkan tanggapan seorang "pegawai berilmu" menurut fahaman Konfusianisme setempat. Ia merupakan kesinambungan kepada orang-orang kaya kerajaan Goryeo yang terpelajar dalam ilmu Buddha dan Kongzi.

Keanggotaan pegawai kerajaan dalam masyarakat Joseon ditentukan berdasarkan keputusan peperiksaan awam kerajaan khas iaitu gwageo (과거, 科擧) yang meliputi pengetahuan karya sastera Konfusianisme dan sejarah, di mana peperiksaan tersebut bisa dijalankan beberapa kali.

Lihat juga

Rujukan