Claudio Bravo

Chilean footballer

Claudio Andrés Bravo Muñoz (lahir 13 April 1983) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Manchester City dan pasukan kebangsaan Chile. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Claudio Bravo
Maklumat peribadi
Nama penuh Claudio Andrés Bravo Muñoz
Tarikh lahir (1983-04-13) 13 April 1983 (umur 41)
Tempat lahir Viluco, Chile
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1][2][3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 1
Kerjaya remaja
Colo-Colo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2006 Colo-Colo 123 (0)
2006–2014 Real Sociedad 229 (1)
2014–2016 Barcelona 70 (0)
2016– Manchester City 12 (0)
Pasukan kebangsaan
2004 Chile B23 7 (0)
2004– Chile 110 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Disember 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2016

Kerjaya kelab sunting

Colo-Colo sunting

Bravo membuat debut profesional untuk Colo-Colo pada 2002. Di situ, beliau diberi nama samaran Cóndor Chico, dinamakan selepas bekas penjaga gol, Roberto Rojas. Selepas penjaga gol Eduardo Lobos tercedera, pengurus Jaime Pizarro memberikan Bravo sebagai peluang pertama. Bravo kemudian mengalami kecederaan dan Lobos menggantikan tempatnya.

Bravo pulih dari kecederaan pada pertengahan 2003 dan Lobos masih menjadi penjaga gol pertama. Pada 2006, beliau menjuarai gelaran pertama selepas berjaya menyelamat tendangan penalti pada perlawanan akhir menentang C.F. Universidad de Chile.

Real Sociedad sunting

Pada musim 2006-07, Bravo menandatangani kontrak lima tahun bersama Real Sociedad dengan bayaran yang dilaporkan €1.2 juta. Beliau kebanyakannya duduk di bangku simpanan dan membuat debut liga pada 22 Oktober 2006, seri 0-0 menentang Mallorca.

Pada 14 Februari 2010, Bravo menjaringkan gol pertama dalam kerjayanya apabila menjaringkan dari sepakan percuma ketika menentang Gimnàstic de Tarragona. Walau bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan lutut ketika Real tewas 2-0 kepada Córdoba CF dan beliau terpaksa rehat sepanjang musim.

Barcelona sunting

Bravo berpindah ke FC Barcelona pada 18 Jun 2014 dan menandatangani kontrak empat tahun dengan bayaran €12 juta pada 1 Julai 2014 berikutan aksi beliau di Piala Dunia 2014. Beliau menjadi pemain kedua Chile selepas Alexis Sánchez yang pernah bermain di kelab Catalan itu. Selepas sertai Barcelona, beliau mencipta rekod selama 754 minit tanpa bolos.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Bravo bermain untuk Chile menentang Sepanyol pada 2013.

Bravo membuat debut untuk pasukan kebangsaan Chile pada 11 Julai 2004 menentang Paraguay pada saingan Copa América 2004. Bravo dipanggil untuk mewakili Chile di Copa América 2007 di Venezuela. Beliau bermain keempat-empat perlawanan. Bravo menjadi kapten pasukan kebangsaan selepas Marcelo Salas mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Pada Piala Dunia 2014 di Afrika Selatan, Bravo bermain kesemua perlawanan untuk Chile dan dibolos lima gol. Beliau dipilih sebagai penjaga gol pertama di bawah jurulatih baru, Jorge Sampaoli untuk senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia 2014.

Statsitik sunting

Sehingga 6 September 2014
Pasukan kebangsaan Chile
Tahun Kmncln Gol
2004 1 0
2005 3 0
2006 5 0
2007 12 0
2008 10 0
2009 9 0
2010 8 0
2011 14 0
2012 4 0
2013 12 0
2014 6 0
Jumlah 84 0

Statistik sunting

Kelab sunting

Sehingga 5 Januari 2015
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Colo-Colo 2003 25 0 1 0 26 0
2004 40 0 5 0 45 0
2005 39 0 2 0 41 0
2006 19 0 2 0 21 0
Jumlah 123 0 10 0 133 0
  Real Sociedad 2006–07 29 0 1 0 30 0
2007–08 0 0 0 0 0 0
2008–09 32 0 0 0 32 0
2009–10 25 1 0 0 25 1
2010–11 38 0 0 0 38 0
2011–12 37 0 0 0 37 0
2012–13 31 0 0 0 31 0
2013–14 37 0 0 0 7 0 44 0
Jumlah 229 1 1 0 7 0 237 1
  Barcelona 2014–15 17 0 0 0 0 0 17 0
Jumlah 17 0 0 0 0 0 17 0
Jumlah kerjaya 369 1 1 0 17 0 387 1

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Colo-Colo
Real Sociedad

Catatan sunting

Pautan luar sunting