George Herbert Walker Bush (12 Jun 1924 – 30 November 2018; Tulisan Jawi: جورج هربرت وولکر بوش) ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut ke-41 dari tahun 1989 hingga tahun 1993.

George H. W. Bush
جورج ايچ. دابليو. بوش
Potret rasmi, 1989
Presiden Amerika Syarikat ke-41
Dalam jawatan
20 Januari, 1989 – 20 Januari, 1993
Naib PresidenDan Quayle
Didahului olehRonald Reagan
Digantikan olehBill Clinton
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43
Dalam jawatan
20 Januari, 1981 – 20 Januari, 1989
Pemangku Presiden Amerika Syarikat pada 13 Julai, 1985
PresidenRonald Reagan
Didahului olehWalter Mondale
Digantikan olehDan Quayle
Pengarah Perisikan Pusat A.S. ke-11
Dalam jawatan
20 Januari, 1976 – 20 Januari, 1977
PresidenGerald Ford
Didahului olehWilliam E. Colby
Digantikan olehAdm. Stansfield Turner
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah ke-7 Texas
Dalam jawatan
3 Januari, 1967 – 3 Januari, 1971
Didahului olehJohn V. Dowdy
Digantikan olehBill Archer
Butiran peribadi
Lahir(1924-06-12)12 Jun 1924
Milton, Massachusetts, A.S.
Meninggal dunia30 November 2018(2018-11-30) (umur 94)
Kennebunkport, Maine, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganBarbara Pierce (k. 1945; m. 2018)
Anak-anak6, termasuk George
Alma materUniversiti Yale
PekerjaanPeniaga
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Nama samaran"Skin"
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1942–1945
Pangkat Leftenan
UnitPasukan Petugas Pengangkut Pantas
Pertempuran

Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres dari Texas (1967 – 1971), duta untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1971 – 1973), pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (1973 – 1974), Ketua Pejabat Perhubungan Amerika Syarikat di Republik Rakyat China (1974 – 1976), Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) (1976 – 1977), Pengerusi Bank Antarabangsa Pertama di Houston (1977 – 1980), dan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43 di bawah Presiden Ronald Reagan (1981 – 1989).

Seorang penerbang tentera laut yang dikurniai pingat, Bush juga merupakan bekas perajurit Perang Dunia II terakhir yang pernah berkhidmat sebagai Presiden. Bush ialah bapa kepada George Walker Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43. Bapanya, Prescott Bush, ialah Senator Amerika Syarikat.

Untuk kedua-dua dasar dalam negeri dan luar negara, Presiden Bush mengamalkan dasar-dasar yang sederhana. Pada hari-hari terakhir Perang Dingin, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dasar luar negara Amerika Syarikat semasa peralihan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur daripada negara komunis kepada negara demokrasi liberal yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Bush memperjuangkan konsep Aturan Dunia Baru yang menggantikan konfrontasi ketenteraan dan strategik dengan undang-undang antarabangsa dan sepersetujuan sejagat sebagai cara untuk mencapai matlamat-matlamat diplomasi. Idea ini diamalkan semasa Perang Teluk apabila Amerika Syarikat menghimpunkan sebuah gabungan sejagat untuk menterbalikkan serangan Kuwait oleh Iraq di bawah Saddam Hussein.

Untuk dasar dalam negeri, inisiatif Bush yang paling ketara ialah Akta Penyelarasan Peruntukan Pelbagai (Omnibus Budget Reconciliation Act) 1990 yang merupakan suatu tolak ansur dengan ahli-ahli Parti Demokrat dalam Kongres yang penuh dengan perbalahan. Akta itu bertujuan untuk menukarkan kawalan perbelanjaan dengan kenaikan cukai untuk mengimbangkan belanjawan persekutuan.

Beliau meninggal dunia pada 30 November 2018, pada usia 94 tahun.[1] Beliau sendirinya merupakan bekas Presiden paling lama hidup sebelum dalam sejarah negara itu melampaui hayat melepasi Gerald Ford yang berusia 93 tahun, dan 165 hari apabila beliau meninggal dunia pada 26 Disember 2006 sehingga Jimmy Carter yang masih hidup sehingga kini.

Kehidupan awal sunting

George Herbert Walker Bush lahir di Milton, Massachusetts kepada Prescott Bush dan Dorothy Walker Bush.

Beliau memulakan pendidikan formalnya di Greenwich Country Day School di Greenwich, Connecticut. Beliau kemudiannya memasuki Phillips Academy di Andover, Massachusetts dari tahun 1936 hingga 1942.

Kehidupan peribadi sunting

Bush telah menderita penyakit Parkinson dan telah memaksa beliau untuk menggunakan kerusi roda sejak tahun 2012. Pada Julai 2015, Bush telah menderita kecederaan leher yang teruk. Beliau telah menggunakan pendakap leher pada umur 91. Pada 18 Januari 2017, Bush telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Methodist Houstan, di mana beliau telah diberi ubat pelali untuk prosedur untuk merawat masalah pernafasan akut yang berpunca daripada pneumonia.[2].

Pada 14 April 2017, Bush telah dimasukkan ke hospital di Houston akibat pneumonia sekali lagi.[3]

Bush meninggal dunia pada 30 November 2018 pada usia 94 tahun di kediaman keluarganya di Maine, ketika beliau sedang menjalani rawatan untuk tekanan darah rendah di sebuah hospital berdekatan beberapa hari sebelum itu.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "George H.W. Bush, 41st president, dies at 94" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-01.
  2. ^ [1]
  3. ^ "Former President George HW Bush hospitalised in Houston".
  4. ^ Nagourney, Adam (30 November 2018). "George Bush, 41st President, Dies at 94". The New York Times. Dicapai pada 30 November 2018.

Pautan luar sunting