Kinosternidae ialah keluarga kebanyakan kura-kura lumpur dan kura-kura kesturi. Keluarga kura-kura ini mengandungi 25 spesies dengan empat genus, walaupun pengelasan tatanamanya masih lagi dalam perdebatan, disebabkan terlalu banyak sumber dengan pelbagai bilangan jumlah sebenar spesies dan subspesies yang ditemui. Kura-kura ini mendiami kawasan berair yang mengalir perlahan seperti lumpur dan paya dengan tahap kesuburan tanahnya yang tinggi.

Kinosternidae
Kura-kura Kesturi Biasa, Sternotherus odoratus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Superkeluarga: Kinosternoidea
Keluarga: Kinosternidae
Agassiz, 1857[1]
Genera

Kinosternon
Sternotherus
Claudius
Staurotypus

Sinonim[1]
  • Cinosternoidae - Agassiz, 1857
  • Kinosterna - Gray, 1869
  • Kinosternidae - Hay, 1892

Ciri-ciri sunting

Kebanyakan kura-kura dari keluarga ini bersaiz kecil, iaitu sekitar 10–15 cm (3.9–5.9 in) panjang. Bentuk karapas (cangkerang belakang)nya tinggi dan berlunas. Genus Staurotypus pula lebih besar, iaitu sekitar 30 cm (12 in). Kura-kura betinanya lebih besar berbanding jantan, dan berekor pendek. Mereka mempunyai warna badan hitam, coklat, hijau, atau kuning. Kebanyakan spesiesnya tidak memiliki tanda-tanda tertentu pada cangkerang, tetapi hanya garisan-garisan radiasi pada setiap skut karapasnya. Sesetengah spesies pula mempunyai garisan kuning tertentu di kedua-dua sisi kepala hingga ke leher.

Kura-kura Kesturi dinamakan sedemikian kerana boleh menghasilkan bau busuk, (kesturi) dari kelenjar yang terletak berhampiran cangkerangnya apabila diusik. Mereka ialah kura-kura yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Diet sunting

Kesemua ahli dari keluarga kura-kura ini bersifat maging, menjadikan krustasia, serangga akuatik , moluska, annelida, amfibian, ikan kecil, dan bangkai sebagai makanan.

Pembiakan sunting

Haiwan ini menghasilkan empat biji telur semasa penghujung musim bunga dan awal musim panas. Selepas menetas, sesetengah spesiesnya menghabiskan masa di dalam sarang ketika musim sejuk, dan hanya keluar ketika musim bunga seterusnya. Manakala sesetengah kura-kura dewasa menghabiskan musim sejuknya di atas darat dengan menggali lubang, menanam dirinya dan membuat lubang kecil sebagai pengudaraan.

Taksonomi sunting

Keluarga Kinosternidae[1]:

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Rhodin 2011, halaman 000.175-000.178
Bibliografi
  • Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Roger, Bour (2011-12-31). "Turtles of the world, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting

Templat:Kinosternidae