Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu

Jangan dikelirukan dengan Markas Tertinggi Kuasa Bersekutu Eropah (SHAPE).

Markas Tertinggi,
Angkatan Ekspedisi Bersekutu
(SHAEF)
Insignia bahu lengan SHAEF
Aktif1943–1945
Dibubarkan14 Julai 1945
NegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
United Kingdom United Kingdom
 Kanada
 Perancis
 Poland
 Norway
 Australia
 New Zealand
 Belanda
 Belgium
KesetiaanPihak Bersekutu
JenisMarkas Berpadu
PerananKancah Operasi
Sebahagian daripadaKetua Turus Gabungan
Nama samaranSHAEF
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Pemerintah TertinggiDwight D. Eisenhower
Timbalan Pemerintah TertinggiArthur Tedder

Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu atau Supreme Headquarters Allied Expeditionary Force (SHAEF; /ˈʃf/ SHAYF-'), ialah ibupejabat bagi Panglima Tentera Bersekutu di barat laut Eropah, dari hujung tahun 1943 hingga pengakhiran Perang Dunia II. Jeneral A.S. Dwight D. Eisenhower adalah pemerintah SHAEF disepanjang tempoh tersebut. Kedudukan itu sendiri berkongsi keturunan yang sama dengan Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah dan Atlantik, tetapi mereka berlainan jawatan.

Sejarah semasa Perang Dunia Kedua sunting

Eisenhower ditukarkan dari Kancah Operasi Mediterranean untuk memerintah SHAEF, yang telah dibentuk di Kem Griffiss, Taman Bushy, Teddington, London, dari Disember 1943; satu jalan bersebelahan dinamakan Lebuh Shaef kekal hingga ke hari ini. Stafnya merangka pelan bagi Operasi Overlord yang direka oleh Leftenan Jeneral Sir Frederick E. Morgan, COSSAC (Ketua Staf kepada Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu), dan Mejar Jeneral Ray Barker. Morgan, yang baru dilantik ketua staf kepada (bakal) Pemerintah Bersekutu Tertinggi pada pertengahan Mac 1943 mula merancang penyerbuan Eropah sebelum pelantikan Eisenhower dan disusun kedalam versi terakhir, yang telah dijalankan pada 6 Jun 1944. Proses tersebut telah dibentuk oleh Eisenhower dan panglima pasukan tentera darat bagi peringkat awal penyerbuan, iaitu Jeneral Sir Bernard Montgomery.

SHAEF kekal di United Kingdom sehingga pasukan-pasukan yang mencukupi mendarat di pantai Perancis. Pada ketika itu, Montgomery tidak lagi memerintah keseluruhan angkatan darat tetapi terus sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Ke-21 (21 AG) British di sayap timur pangkalan hadapan Normandy. Kumpulan Tentera Darat Ke-12 A.S. (12 AG) yang diperintah oleh Leftenan Jeneral Omar Bradley telah dibentuk sebagai sayap barat pangkalan hadapan. Sewaktu memecah keluar dari Normandy, Pihak Bersekutu melancarkan penyerbuan selatan Perancis pada 15 Ogos 1944 berserta dengan Kumpulan Tentera Darat Ke-6 A.S. (6 AG) dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral Jacob L. Devers. Sewaktu penyerbuan di selatan Perancis, 6 AG berada dibawah Markas Tentera Bersekutu (AFHQ) Kancah Operasi Mediterranean, tetapi sebulan kemudian ia diserahkan kepada SHAEF. Pada masa ini tiga Kumpulan Tentera Darat tersebut telah mengambil tempat di Perbatasan Barat yang mana mereka akan kekal hingga ke pengakhiran perang—21 AG British ke Utara, 12 AG Amerika di tengah dan 6 AG ke arah Selatan. Menjelang Disember 1944, SHAEF telah menubuhkan markasnya di Hotel Trianon Palace di Versailles, Perancis. Pada 26 April 1945 SHAEF berpindah ke Frankfurt.

Senarai Tempur sunting

SHAEF memerintah beberapa formasi terbesar yang pernah ditempatkan dalam satu-satu operasi di Barisan Barat, dengan angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat, tentera pembebasan Perancis, British dan Kanada. Ia mempunyai tiga Kumpulan tentera darat dibawah pemerintahannya, yang menguasai sejumlah lapan Tentera darat medan;

SHAEF juga menguasai sejumlah besar angkatan tentera laut semasa Operasi Neptune, iaitu serangan pembukaan Overlord, dan dua Tentera udara taktikal: Tentera Udara Kesembilan AS dan Tentera Udara Taktikal Kedua RAF. Pasukan pengebom strategik Bersekutu di UK juga berada dibawah pemerintahannya sewaktu Operasi Neptune.

Para panglima sunting

 
Para panglima SHAEF di sebuah mesyuarat di London
Kiri ke kanan: Leftenan Jeneral Omar Bradley, Laksamana Sir Bertram Ramsay, Ketua Marsyal Udara Sir Arthur Tedder, Jeneral Tentera Darat Dwight D. Eisenhower, Jeneral Sir Bernard Montgomery, Ketua Marsyal Udara Sir Trafford Leigh-Mallory dan Leftenan Jeneral Walter Bedell Smith

Selepas Perang Dunia II sunting

Selepas penyerahan kalah Jerman, SHAEF telah dibubarkan pada 14 Julai 1945 dan, sebagai menghormati tentera AS, telah digantikan oleh Tentera AS, Medan Eropah (USFET). USFET telah disusun semula sebagai EUCOM (Markas Eropah, Tentera AS) pada 15 Mac 1947.

Pautan luar sunting