Mohamed Salleh Ismael

Tun Mohamed Salleh bin Ismael (7 Julai 1917 – 31 Januari 1973) ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang kedua dari 29 Mac 1966 hingga 31 Januari 1973. Beliau merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam Pasukan Polis. Usaha gigih beliau telah melahirkan 'Sistem Salleh', di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973.


Mohamed Salleh Ismael

SSM, PMN; SPMP (Perak); JMN; PJK
Ketua Polis Negara Malaysia ke-2
Dalam jawatan
29 Mac 1966 – 31 Januari 1973
Didahului olehClaude Fenner
Digantikan olehAbdul Rahman Hashim
Butiran peribadi
Lahir(1917-07-07)7 Julai 1917
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Negeri-Negeri Selat
Meninggal dunia31 Januari 1973(1973-01-31) (umur 55)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PasanganToh Puan Hajah Sa'odah @ Annie Zedah Abdul Aziz
Anak-anak2

Sebelum beliau menjadi Ketua Polis Negara, antara jawatan yang pernah disandang :

  • Menjadi Setiausaha Polis Persekutuan kepada Pesuruhjaya Polis pada 31 Ogos 1957
  • Timbalan Pesuruhjaya Polis pada 1 April 1961 - 31 Mac 1962
  • Pengarah Hal Ehwal Polis pada 1 April 1962 - 12 Julai 1962
  • Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 13 Julai 1962 - 8 Februari 1966
  • Ketua Polis Negara pada 29 Mac 1966 - 31 Januari 1973

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Malaysia
29 Mac 196631 Januari 1973
Penyandang Kemudian
Tan Sri Sir Claude Fenner
Tan Sri Abdul Rahman Hashim