Tarzan (filem 1999)

Tarzan ialah sebuah filem animasi keluaran Walt Disney yang ditayangkan di pawagam seluruh dunia oleh Buena Vista Pictures mulai 16 Jun 1999 (kecuali Malaysia yang tarikh tayangannya pada 17 Jun 1999).[1][2] Filem ke-37 dalam siri Senarai filem panggung animasi Disney ini berdasarkan cereka Tarzan of the Apes karya Edgar Rice Burroughs, dan satu-satunya adaptasi filem cetera utama dari francais Tarzan yang berbentuk animasi. Filem ini juga merupakan filem hit bona fide terakhir sebelum Disney mengalami kemerosotan pada awal 2002-an, iaitu kutipan kasar $171,091,819 di Amerika Syarikat dan $448,191,819 di seluruh dunia, mengatasi filem-filem klasik Disney sebelumnya iaitu Mulan dan Hercules. Sehingga kini, filem Disney ini adalah filem terakhir yang berasaskan watak cereka Tarzan yang memasuki pawagam, dan juga memegang rekod sebagai filem animasi Disney yang termahal pernah diterbit, iaitu melibatkan perbelanjaan sebanyak $150 juta, di samping juga menjadi filem cetera animasi Disney pertama yang menduduki tangga #1 semenjak filem Pocahontas. Inilah filem terakhir yang dihasilkan dalam zaman Disney Renaissance.

Tarzan
PengarahChris Buck
Kevin Lima
PenulisTab Murphy
Bob Tzudiker
Noni White
Dihasilkan olehChris Buck
DibintangiTony Goldwyn
Minnie Driver
Rosie O'Donnell
Glenn Close
Brian Blessed
Lance Henriksen
Wayne Knight
Nigel Hawthorne
Muzik olehPhil Collins
Mark Mancina
Diedarkan olehBuena Vista Pictures
Tarikh tayangan
  • 16 Jun 1999 (1999-06-16)
Masa tayangan
88 minit
BahasaInggeris
Bajet$150,000,000
Pecah panggung$448,191,819

Filem Tarzan juga mencatat sejarah di Malaysia sebagai filem luar negara pertama terbitan syarikat animasi terkenal, Walt Disney Pictures, yang dialih suara ke Bahasa Malaysia untuk tayangan di pawagam tempatan. Filem versi alih bahasa ini menampilkan suara penyanyi, pelakon filem dan teater, serta pengalih suara terkenal tanah air pada masa itu, antaranya Amir Yussof, Ramona Rahman, Sandra Sodhy, Zaibo dan Hafidzuddin 'Fish' Fazil; serta lagu-lagu runut bunyi filem (original motion picture soundtrack) yang menampilkan suara dan lirik dalam bahasa Malaysia oleh Zainal Abidin. Personaliti radio bahasa Inggeris terkenal tanah air, Patrick Teoh, telah dipilih untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah alih suara untuk filem versi alih bahasa ini.

Tarzan (versi Bahasa Malaysia)
PengarahPatrick Teoh
(pengarah alih suara)
PenulisNorina Yahya
(penterjemah/pengadaptasi)
DibintangiAmir Yussof
Ruvi Yamin
Ramona Rahman
Norina Yahya
Ali Rahman
Sandra Sodhy
Zaibo
Adibah Ali
Hafidzuddin 'Fish' Fazil
Chris Ng
Muzik olehPhil Collins
Mark Mancina
Phithun (Dui) Bunyapana
(pengarah muzik untuk versi Bahasa Malaysia)
Diedarkan olehBuena Vista Pictures
Tarikh tayangan
  • 17 Jun 1999 (1999-06-17)
BahasaBahasa Malaysia

Plot sunting

Pada zaman 1880-an, di luar pesisiran pantai Afrika, sepasang suami isteri muda dan anak bayi mereka menyelamatkan diri dari kapal yang marak terbakar, lalu mendarat dalam kawasan hutan hujan yang belum diterokai. Pasangan ini membina sebuah ran dari bangkai kapal tersebut. Malangnya, mereka berdua dibaham oleh seekor harimau bintang betina bernama Sabor. Kala, seekor gorila yang baru kehilangan anaknya dalam gigi taring Sabor, terdengar pekikan si bayi yang kuat, lalu menemuinya dalam ran itu. Kala diserang oleh Sabor yang juga hendak membaham bayi itu, tetapi Kala sempat melarikan diri bersama bayi tersebut. Kala yang pengasih membawa bayi itu ke penempatan gorila untuk membesarkannya seolah-olah anaknya sendiri, walaupun dibantah oleh Kerchak. Kala memberikan nama Tarzan kepada bayi ini. Walaupun boleh berkawan dengan gorila-gorila dan haiwan-haiwan lain, termasuk anak gorila betina bernama Terk dan seekor gajah bernama Tantor, Tarzan menyedari dirinya sukar mengatasi kebolehan mereka, maka dia berusaha meningkatkan kemahiran diri, termasuk membuat perkakas sekali-sekala, agar setanding dengan gorila-gorila lain. Sebagai dewasa muda, Tarzan mampu menghapuskan Sabor dengan lembing buatan sendirinya untuk melindungi kawan-kawan gorilanya, sekaligus meraih penghormatan Kerchak.

Kehidupan aman kawanan gorila terganggu oleh ketibaan sekumpulan pengembara dari England, yang terdiri daripada Profesor Archimedes Q. Porter, anaknya Jane dan pembantu mereka Clayton yang juga seorang pemburu. Jane terpisah dari kumpulannya lalu dikejar segerombolan babun. Tarzan lekas menyelamatkan Jane dari ancaman babun-babun itu, lalu menyedari Jane sama jenis dengannya, iaitu manusia. Tarzan pun dibawa oleh Jane ke tapak perkhemahan pengembara, lalu menarik minat Prof. Porter dan Clayton. Prof. Porter hendak mengkaji perkembangan saintifik Tarzan menetara Clayton mengingini Tarzan membawanya ke habitan gorila agar dia boleh menangkap dan membawa mawas-mawas itu ke England. Walaupun Kerchak mengingatkan semua agar berwaspada dengan manusia-manusia itu, Tarzan tetap berulang alik ke khemah untuk belajar berbahasa manusia, menghayati alam manusia, lama-kelamaan hubungan Tarzan dan Jane semakin erat. Sungguhpun demikian, Clayton gagal memujuk Tarzan untuk membawanya berjumpa dengan gorila kerana Tarzan bimbang akan keselamatan keluarga mawasnya.

Apabila kapal pengembara tiba untuk mengangkut mereka, Clayton memperdaya Tarzan untuk membawa mereka bertiga berjumpa dengan gorila, barulah dia boleh bersama Jane buat selamanya. Tarzan menerima pelawaan itu lalu membawa mereka ke penempatan gorila, sementara Terk dan Tantor mengalihkan perhatian Kerchak. Porter dan Jane teruja kerana dapat bersuka ria dengan gorila, tetapi Kerchak akhirnya kembali lalu naik berang. Tarzan terpaksa menahan Kerchak untuk membolehkan manusia itu melepaskan diri, lalu membawa dirinya jauh dari sanak-saudara mawasnya kerana kesal atas tindakan dirinya. Kala membawa Tarzan kembali ke ran lama di mana terjumpanya Tarzan sewaktu bayi, untuk menunjukkan masa silam Tarzan yang sebenar (termasuk gambar lama ibu bapa kandung Tarzan dan dirinya sewaktu kecil). Kala menggalakkan anak angkatnya menuruti nuraninya, dan menyertai Jane dan Professor Porter (walaupun tidak sampai hati melepaskan anaknya). Sekembali mereka di penempatan gorila, mereka ditangkap oleh Clayton dan konco-konconya bersama sanak saudara mereka, lalu dibawa ke kapal yang menunggu (di dalam kapal itu, Kapten dan anak kapalnya juga ditahan). Tarzan berjaya melepaskan diri dengan bantuan Tantor dan Terk, lalu bergegas balik ke penempatan gorila. Kerchak dan Tarzan bersama-sama melawan Clayton; Kerchak terkena tembakan maut, sementara Clayton mengejar Tarzan hingga ke dalam hutan belukar yang bersalut pokok menjalar, di mana Tarzan mengatasi Clayton dengan menghancurkan senapangnya. Clayton yang gopoh-gapah hendak menamatkan riwayat Tarzan, terkena sekatan pokok menjalar pada lehernya, dan apabila mencantas dahannya lehernya terpatah pula. Kerchak, sambil menghembuskan nafas-nafas terakhir, akhirnya mengiktiraf Tarzan sebagai anaknya sendiri, lalu melantik Tarzan sebagai ketua gorila yang baru. Gorila-gorila yang lain pula (termasuk Kala) dibebaskan oleh Jane, Profesor Porter, Terk dan Tantor, dan banyak lagi sahabat-sahabat haiwan Tarzan, setelah melawan atau mengusir semua orang suruhan Clayton lalu mengurungkan mereka semua dalam sangkar yang sepatutnya dikurungkan gorila-gorila tangkapan mereka tadi.

Pada hari seterusnya, sewaktu Porter dan Jane hendak menaiki kapal, Tarzan mengumumkan hasratnya untuk kekal bersama sanak-saudara gorilanya. Sebaik sahaja kapal berlepas, Porter menggalakkan anaknya agar mendampingi lelaki yang dicintainya, maka Jane menerjun dari kapal hingga mencapai daratan, diikuti bapanya sebentar kemudian. Anak-beranak Porter diterima menyertai kawanan gorila, agar mereka semua hidup bersama dengan damainya bak "dua dunia, satu keluarga".

Pelakon suara sunting

Watak Pelakon suara
Bahasa Inggeris     Bahasa Malaysia  [3]
Tarzan Tony Goldwyn (dewasa)
Alex D. Linz (kanak-kanak)
Amir Yussof (dewasa)
Ruvi Yamin (kanak-kanak)
Jane Porter Minnie Driver Ramona Rahman
Terk Rosie O'Donnell Sandra Sodhy
Kala Glenn Close Norina Yahya
William Cecil Clayton Brian Blessed Hafidzuddin 'Fish' Fazil
Kerchak Lance Henriksen Ali Rahman
Tantor Wayne Knight Zaibo (dewasa)
Adibah Ali (muda)
Profesor Archimedes Q. Porter Nigel Hawthorne Chris Ng
Anak Babun Frank Welker

Pelakon suara tambahan sunting

Reza Zainal Abidin
Farouk Hussain
Patrick Teoh
Indi E. Nadarajah
Rodney Michael
Colin Chong
Chan Wai Onn
Leong Kuei Sheong
Fazlin Mustapha
Chan Hui Min
Veronica Ng
Lynne Abdullah

Kredit sunting

Pengarah alih suara:
Patrick Teoh

Pengarah muzik:
Phithun (Dui) Bunyapana

Penterjemah/Adaptasi:
Norina Yahya

Penulis lirik:
Zainal Abidin

Jurutera bunyi (dialog):
Veronica Ng

Pembantu jurutera bunyi (dialog):
Chan Wai Onn
Leong Kuei Sheong

Jurutera bunyi (lagu):
Paul Morrison

Penyelaras penerbitan:
Lynne Abdullah

Penyelaras kreatif:
Jeremy Cheam

Studio alih suara:
Addaudio EX Sdn. Bhd.

Studio rakaman lagu:
Synchrosound Studio Sdn. Bhd.

Runut bunyi sunting

Tarzan: An Original Walt Disney Records Soundtrack
 
Runut bunyi oleh
Phil Collins, Mark Mancina, lain-lain
Dilancarkan pada18 Mei 2000 (  Amerika Syarikat)
TempatAmerika Syarikat  
GenreKomedi-drama, filem muzikal, filem pengembaraan, traditionally animated film (en)  , film based on literature (en)  , filem keluarga dan drama fiction (en)    
Panjang88:00  
BahasaBahasa Inggeris  
SyarikatWalt Disney Records
PengedarWalt Disney Studios Motion Pictures  
PengarahChris Buck dan Kevin Lima  
PenerbitWalt Disney Animation Studios dan Bonnie Arnold (en)    
Ulasan profesional
Kronologi Phil Collins, Mark Mancina, lain-lain
Tarzan   Tarzan & Jane (en)    
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini


Lagu-lagu dalam album Tarzan: An Original Walt Disney Records Soundtrack dibuat oleh Phil Collins, sementara skor instrumental pula diolah oleh Mark Mancina. Lagu "You'll Be in My Heart," memenangi anugerah Akademi untuk Lagu Oscar dan Golden Globe untuk lagu asli terbaik.

Tarzan merupakan runut bunyi Disney pertama yang dirakam dalam pelbagai bahasa untuk pelbagai negara, adanya lagu versi lain yang dinyanyikan oleh Collins sendiri. Collins dibantu oleh komposer Eric Serra untuk merakam dan menerbitkan versi Perancis. Di Malaysia, Zainal Abidin mengambil alih suara Phil Collins untuk versi bahasa Melayu bagi lagu-lagu berikut: "Dua Dunia" ("Two Worlds"), "Kau di Hatiku" ("You'll Be in My Heart"), "Son of Man", dan "Yang Asing Seperti Ku" ("Strangers Like Me").

Senarai runut sunting

Versi Inggeris
No.TajukGubahanArtisMasa
1."Two Worlds" (Jungle Version) Phil Collins3:20
2."You'll Be in My Heart"Glenn Close & Phil Collins1:36
3."Son of Man"Phil Collins2:43
4."Trashin' the Camp"Rosie O'Donnell & Phil Collins2:16
5."Strangers Like Me"Phil Collins3:01
6."Two Worlds Reprise"0:51
7."Trashin' the Camp"Phil Collins & *NSYNC2:22
8."You'll Be in My Heart"Phil Collins4:18
9."Two Worlds" (Phil Collins version) Phil Collins2:43
10."A Wondrous Place"Mark Mancina5:16
11."Moves Like an Ape, Looks Like a Man"Mark Mancina2:57
12."The Gorillas"Mark Mancina4:28
13."One Family"Mark Mancina3:49
14."Two Worlds Finale"Phil Collins1:16


Versi Malaysia
No.TajukGubahanArtisMasa
1."Dua Dunia"Zainal Abidin3:18
2."Kau Di Hatiku"Zainal Abidin3:15
3."Son of Man"Zainal Abidin2:44
4."Trashin' the Camp"Rosie O'Donnell & Phil Collins2:16
5."Yang Asing Seperti Ku"Zainal Abidin3:00
6."Dua Dunia" (reprise) Zainal Abidin1:05
7."Trashin' the Camp"Phil Collins & *NSYNC2:22
8."Kau di Hatiku" (Versi Zainal) Zainal Abidin2:44
9."Dua Dunia" (Versi Zainal) Zainal Abidin5:15
10."A Wondrous Place"Mark Mancina5:16
11."Moves Like an Ape, Looks Like a Man"Mark Mancina2:58
12."The Gorillas"Mark Mancina4:27
13."One Family"Mark Mancina3:45
14."Dua Dunia Finale"Zainal Abidin1:15


Rujukan sunting

  1. ^ Klik. (Tiada tarikh). Tarzan Melayu mula ditayang. Dicapai pada 12 Oktober 2023.
  2. ^ Fandom. (Tiada tarikh). ALIH SUARA Tarzan. Dicapai pada 12 Oktober 2023.
  3. ^ Zainal Alam Kadir (27 Mei 1999). "Local talents lend their voices". New Straits Times. Dicapai pada 5 Oktober 2009.

Pautan luar sunting

Templat:Filem Tarzan Templat:Kevin Lima