Tentera Darat Ke-6 Panzer

Tentera Darat Ke-6 Panzer (6. Panzer-Armee) adalah sebuah formasi Tentera Darat Jerman, dibentuk pada musim gugur 1944. Tentera Darat Ke-6 Panzer adalah yang pertama digunakan sebagai pasukan ofensif semasa Pertempuran Bulge, dimana ia beroperasi sebagai elemen paling utara dari serangan Jerman. Ketumbukan ini kemudiannya dipindahkan ke Hungary pada awal tahun 1945 dan digunakan sebagai gerakan ofensif dan defensif disana. Pertempuran terakhir Tentera Darat Ke-6 Panzer telah dilakukan di Austria sehingga tumbangnya Jerman Nazi, dimana ketumbukan ini telah hilang semangat sepenuhnya. Saki baki ketumbukan akhirnya menyerah kalah kepada Tentera Darat A.S. Panglima Panzer Ke-6, SS-Oberstgruppenführer Josef Dietrich berkata pada awal tahun 1945:

6. Panzer Armee
Tentera Darat Ke-6 Panzer SS
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
SS
JenisPanzer
PerananPeperangan berperisai
SaizTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Josef "Sepp" Dietrich

"Kami memanggil diri kami "Tentera Darat Ke-6 Panzer", kerana kami hanya ada 6 Panzer (kereta kebal) yang tinggal".[1]

Sejarah unit sunting

Command structure of 6th Panzer Army[2] (December 16, 1944)
Parent unit Kumpulan Tentera Darat B
Components Kor I Panzer SS
1st SS Panzer Division
12th SS Panzer Division
3rd Parachute Division
12th Infantry Division
277th Infantry Division
Kor II Panzer SS
2nd SS Panzer Division
9th SS Panzer Division
LXVII Corps
272nd Infantry Division
326th Infantry Division
388th, 402nd, and 405th Artillery Corps
4th, 9th, and 17th Roket Brigades
150th Panzer Brigade
394th and 667th Assault Gun Brigades
301st and 506th Heavy Tank Battalions
519th and 683rd Antitank Battalions
217th Assault Panzer Battalion
Command structure of 6th Panzer Army (March 31, 1945)
Parent unit Kumpulan Tentera Darat Selatan
Components Kor I Panzer SS
1st SS Panzer Division
3rd SS Panzer Division
12th SS Panzer Division
232nd Panzer Division
• Hungarian 2nd Armored Division (-)
II SS Panzer Corps
2nd SS Panzer Division
6th Panzer Division
• Hungarian 1st Mountain Brigade
• Hungarian 1st Cavalry Division (-)

Tentera Darat Ke-6 Panzer paling dikenali dengan peranan utamanya dalam Pertempuran Bulge (16 Disember 1944 – 25 Januari 1945). Pada 2 April 1945, ia telah dipindahkan ke Waffen-SS. Tentera Darat Ke-6 Panzer kemudian dikenali sebagai Tentera Darat Ke-6 Panzer SS (6. SS-Panzerarmee).

Walaupun ia tidak menerima gelaran SS sehingga selepas Pertempuran Bulge, gelaran SS menjadi penggunaan umum dalam kesusasteraan sejarah tentera selepas Perang Dunia II bagi formasi ini dikumpulkan sebelum kempen itu. Selepas Penyerangan Ardennes, Tentera Darat Ke-6 Panzer SS telah dipindahkan ke Hungary, dimana ia berjuang menentang kemaraan Tentera Merah Soviet.

Serangan Tentera Darat Ke-6 Panzer kedalam Ardennes pada Disember 1944 gagal memecahkan garisan defensif Amerika dan kehilangan masa berharga kerana gerakan defensif A.S. di lokasi seperti Monschau. Walaupun pengagihan divisyen panzer SS, Tentera Darat Ke-6 Panzer hanya mendapat penembusan kecil kedalam sektor utara defensif Kor VIII A.S. dan kemaraannya disekat oleh ketibaan bala bantuan A.S. di rusuk utara ofensif.[3]

Pada bulan Mac 1945, selepas kejatuhan Budapest, Tentera Darat Ke-6 Panzer SS melancarkan salah satu ofensif terakhir Jerman dalam peperangan, Operasi Frühlingserwachen disekitar Tasik Balaton. Ini merupakan cubaan untuk melindungi sumber terakhir petroleum yang dikawal oleh pihak Jerman. Ofensif itu kekurangan kejutan operasi, tetapi panglima barisan depan Soviet Fyodor Tolbukhin sedar akan kehadiran unit elite SS (Unit peribadi Hitler, iaitu Divisyen Pertama Panzer SS mengambil bahagian dalam operasi ini), dibawah arahan terus dari STAVKA Tolbukhin telah diarah menggunakan kekuatan minimum terhadap SS sehingga penyerangan balas dapat dibuat di utara Tasik Balaton.[4] Pada 16 Mac Barisan Ke-3 Ukraine melancarkan penyerangan balas utamanya dan Joseph Goebbels mengakui dalam diarinya bahawa kegagalan telah berlaku. Tiga hari kemudian, tentera Jerman ditolak kembali dari kedudukan awal mereka. Walaupun kalah, antara Divisyen Pertama, Ke-2, Ke-9, dan Ke-12 Panzer SS, setiap divisyen masih mempunyai 31 kenderaan tempur berperisai yang berfungsi pada 15 Mac 1945,[5] manakala Kumpulan Tentera Darat Selatan secara keseluruhannya memiliki 772 kereta kebal yang beroperasi dan meriam serangan pada 16 Mac 1945.[6]

Bagaimanapun, tentera Jerman berpecah selepas penyerangan balas Tentera Merah Soviet dan berundur ke arah Austria untuk mempertahankan Vienna. Pada April 1945, Tentera Darat Ke-6 Panzer SS mempertahankan Vienna dari kemaraan Soviet, tetapi tidak dapat menghalang penaklukan Soviet ke atas kotaraya itu. Apabila perang berakhir pada 8 Mei 1945, Tentera Darat Ke-6 Panzer SS berada di Austria antara Vienna dan Linz, dimana ia menyerahkalah kepada tentera Soviet dan A.S.

Surrender of 6th SS Panzer Army formations (order of battle as of May 7, 1945)
Source 1: Rolf Stoves, Die gepanzerten und motorisierten deutsche Grossverbände 1935–1945
Source 2: Georg Tessin, Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939–1945 Volume 3
Unit Date of Surrender Surrender Location To which forces
1st SS Panzer Division May 8/9, 1945 SE of Linz, Austria U.S. Army
3rd SS Panzer Division May 8, 1945 S of Linz, Austria U.S. Army
12th SS Panzer Division May 8, 1945 near Enns, Austria U.S. Army
Führer Grenadier Division ? May 1945 Zwettl, Austria U.S. Army
117th Light Infantry Division ? May 1945 Steyr, Austria U.S. Army
356th Infantry Division ? May 1945 Wiener-Neustadt, Austria U.S. Army
710th Infantry Division ? May 1945 Steyr, Austria U.S. Army
10th Parachute Division ? May 1945 Jihlava, Czechoslovakia Red Army

Rujukan sunting

  1. ^ Mitcham, Samuel W. (2006). Panzers in Winter: Hitler's Army and the Battle of the Bulge. m/s. 166.
  2. ^ Bruce Quarrie, The Ardennes Offensive Virgin Islands Panzer Armee, p. 21, Botley: Osprey, 1999, ISBN 1-85532-853-4
  3. ^ Hugh M. Cole, The Ardennes: Battle of the Bulge, pp. 669–670, Washington: GPO, 1965. Available online here
  4. ^ David Glantz, When Titans Clashed, p. 253, United States: University Press of Kansas, 1995
  5. ^ Thomas Jentz, Panzer Truppen, Vol. 2, p. 247, Atglen, Pennsylvania: Schiffer Publishing, 1996
  6. ^ Krisztián Ungváry, Das Deutsche Reich und der Zweite Weltkrieg, Vol. 8, p. 945, München: Deutsche Verlags-Anstalt, 2007

Bacaan tambahan sunting

  • Trevor N. Dupuy; David L. Bongard; Richard C. Anderson Jr. (1994). Hitler's Last Gamble, The Battle of the Bulge, December 1944 – January 1945. Harper Collins. m/s. 504. ISBN 0-06-016627-4.