Uncyclopedia, "ensiklopedia kandungan-bebas yang boleh disunting semua," merupakan parodi satira Wikipedia [1]. Tapak ini dilancarkan pada Januari 2005 oleh Jonathan Huang dan seorang lagi yang tidak dinamakan [2]. Logo Uncyclopedia ialah sebuah kentang berongga bernama Sophia, parodi logo glob Wikipedia [2].

Uncyclopedia
Maklumat umum
URLhttp://uncyclopedia.wikia.com/
http://en.uncyclopedia.co/
JenisSatira/Wiki
Tersedia dalamBerbilang bahasa Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan5 Januari 2005 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikWikia
PengasasJonathan Huang dan Stillwaters/Euniana
Kandungan dan sokongan
KomersialTidak
LesenCreative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Enjin perisianMediaWiki Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa47,538 (19 Jun 2019) Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainInstagram: eincyclopedia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Uncyclopedia ditubuhkan pada Januari 2005, dan dengan pantas berkembang melebihi keupayaan hos web asalnya. Pada 26 Mei 2005, Angela Beesley, naib presiden Wikia, Inc., mengumumkan bahawa Wikia akan menjadi hos Uncyclopedia dan lesen serta nama domain tapak tersebut tidak akan berubah [3]. Huang kemudiannya memindahkan pemilikan domain uncyclopedia.org kepada Wikia, Inc. pada 10 Julai 2006 [4].

Kandungan Uncyclopedia dilesenkan di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.0 [5]. Seperti tapak Wikia lain, pangkalan data rencana lengkap boleh dimuat turun secara percuma [1]. Setakat Mac 2007, Uncyclopedia bahasa Inggeris mengandungi lebih 22,000 rencana, menjadikannya salah satu wiki terbesar di Wikia [6].


Uncyclopedia dalam versi pelbagai bahasa sunting

 
Laman Tolololpedia

Uncyclopedia juga terdapat dalam bahasa lain seperti dibawah

Senarai penuh boleh didapati di http://uncyclopedia.info/.
Nama Bahasa
Ansaikuropedia Jepun
Beidipedia Arab
Bodohpedia Melayu
Inciclopedia Sepanyol
Pekepedia Tagalog
Tolololpedia Indonesia
Uncyclopedia Inggeris
Uncyclopedia Jerman
Uncyclopedia Inggeris

Parodi lain sunting

Projek Uncyclomedia Objek parodi
UnBooks Wikibooks
UnNews Wikinews
Undictionary Wiktionary
Un-Bestiary, juga UnSpecies Wikispecies
Uncycloversity Wikiversity
Unquotable Wikiquote
UnScripts, juga UnSource Wikisource
UnMeta-Wiki Wikimedia Meta-Wiki
UnCommons, dahulu Uncyclomedia Commons Wikimedia Commons
The Uncyclopedia Store The Wikipedia Store
UnTunes iTunes
HowTo wikiHow
Why?, juga UnAnswers wikiAnswers

Rujukan sunting

  1. ^ "Wikisomething? Somethingpedia?". Infomaniac. 2005-12-09. Dicapai pada 2007-02-14. |first= missing |last= (bantuan)
  2. ^ a b Sankar, Anand (2006-11-06). "Surely, you must be joking!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-25. Dicapai pada 2007-02-11.
  3. ^ Beesley, Angela (2005-05-26). "Uncyclopedia joins Wikia". Wikia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-16. Dicapai pada 2006-07-18.
  4. ^ Beesley, Angela (2006-07-10). "Wikia %26 Uncyclopedia". Uncyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-20. Dicapai pada 2006-08-20.
  5. ^ "Uncyclopedia" (Wiki). Wikia. Dicapai pada 2007-02-11.
  6. ^ "Wikia Statistics". Dicapai pada 2006-07-22.

Pautan luar sunting