Koloni New South Wales

Koloni British yang kemudian menjadi satu negeri di Australia

Koloni New South Wales merupakan koloni Empayar British dari 1788 hingga 1901, apabila ia menjadi Negeri dalam persekutuan Komanwel Australia pada 1 Januari 1901. Pada tahap yang paling besar, tanah jajahan New South Wales merangkumi banyak negeri-negeri Australia masa kini seperti New South Wales, Queensland, Victoria, Tasmania, Australia Selatan, dan New Zealand. Kerajaan "bertanggungjawab" sendiri yang pertama New South Wales telah ditubuhkan pada 6 Jun 1856 dengan Sir Stuart Alexander Donaldson dilantik oleh Gabenor Sir William Denison sebagai Setiausaha Tanah jajahan pertama yang pada masa itu dikira sebagai Premier.[1]

Koloni New South Wales
Jajahan Mahkota British
1788–1901
Flag of New South Wales
Flag (1876-1900)
History
Kerajaan
 • JenisTanah jajahan ditadbir sendiri
Monarki 
• 1788–1820
George III pertama
• 1855–1900
Victoria terakhir
Gabenor 
• 1788–1792
Arthur Phillip pertama
• 1899–1900
William Lygon, 7th Earl Beauchamp terakhir
Badan perundanganParlimen New South Wales
Sejarah 
• Ditubuhkan
1788
• Kemerdekaan Van Diemen's Land
3 Disember 1825
• Kemerdekaan Koloni Australia Selatan
28 Disember 1836
• Kemerdekaan Koloni New Zealand
1 Julai 1841
• Kemerdekaan Koloni Queensland
6 Jun 1859
• Kemerdekaan Koloni Victoria
1 Julai 1851
1901
Diganti oleh
Australia
New South Wales

Sejarah

sunting

Pada 18 Januari 1788, First Fleet yang diketuai oleh Kapten Arthur Phillip mengasaskan penempatan British yang pertama dalam sejarah Australia sebagai jajahan keseksaan. Setelah belayar pada 13 Mei 1787, Kapten Arthur Phillip menyandang jawatan gabenor penempatan sebaik sahaja tiba, sehingga 1792.

Pemisahan Van Diemen's Land

sunting

Mejar-Jeneral Ralph Darling telah dilantik sebagai Gabenor New South Wales pada tahun 1825, dan pada tahun yang sama beliau melawat Pekan Hobart, dan pada 3 Disember mengisytiharkan penubuhan koloni bebas, di mana dia sebenarnya sudahpun menjadi Gabenor selama tiga hari.

Pemisahan Australia Selatan

sunting

Pada tahun 1834, Parlimen British meluluskan Akta Australia Selatan 1834, yang membolehkan wilayah Australia Selatan ditubuhkan.

Pemisahan New Zealand

sunting

Pada 16 November 1840, kerajaan British mengeluarkan Piagam untuk Mendirikan Koloni New Zealand. Piagam tersebut menyatakan bahawa Koloni New Zealand akan ditubuhkan sebagai sebuah tanah jajahan Mahkota berasingan dari New South Wales pada 1 Julai 1841.[2]

Pemisahan Victoria

sunting

Pada 1 Julai 1851, writ dikeluarkan bagi pemilihan Majlis Perundangan Victoria pertama, dan kemerdekaan mutlak Victoria daripada New South Wales telah diwartakan mengisytiharkan Koloni Victoria yang baru.

Pemisahan Queensland

sunting

Perjumpaan awam telah diadakan pada tahun 1851 untuk mempertimbangkan pemisahan Queensland daripada New South Wales. Pada 6 Jun 1859, Ratu Victoria menandatangani Surat Paten untuk membentuk Koloni Queensland yang berasingan. Brisbane dinamakan sebagai ibu kota. Pada 10 Disember 1859, pengisytiharan dibacakan oleh penulis British George Bowen, bahawa Queensland secara rasmi dipisahkan dari negeri New South Wales.[3] Hasilnya, Bowen menjadi Gabenor Queensland yang pertama. Pada 22 Mei 1860 pilihan raya Queensland yang pertama telah diadakan dan Robert Herbert, Setiausaha Sulit Bowen, telah dilantik sebagai Premier Queensland yang pertama. Queensland juga menjadi tanah jajahan Australia yang pertama menubuhkan Parlimen sendiri berbanding menghabiskan masa sebagai Jajahan Mahkota.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Government Gazette June 1856
  2. ^ Moon, Paul (2010). New Zealand Birth Certificates – 50 of New Zealand's Founding Documents. AUT Media. ISBN 9780958299718.
  3. ^ "Q150 Timeline". Queensland Treasury. Dicapai pada 28 October 2011.