Kota Kecil

Kota Kecil (Cina: 小哥打) merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia.Pekan ini merangkumi Taman Aman, Taman Mawai dan beberapa kawasan lain.Mahkamah Sesyen Majistret Kota Tinggi didirikan berdekatan dengan Kota Kecil ini. Banyak pusat untuk menuntut ilmu terdapat di sini seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) New Kota.