Koyote (Jawi: کويوتي; Sebutan bahasa Melayu: [kojoˈte]; Canis latrans) ialah satu spesies Canidae yang dijumpai di seluruh Amerika Utara dan di Tengah, dari Panama di selatan, ke utara melalui Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Koyote kerap dijumpai jauh di utara di Alaska dan semua kecuali bahagian paling utara Kanada.[5] Setakat ini, 19 subspesies telah diakui.[6]

Koyote
Julat zaman: Pleistosen Tengah – Kini (0.74–0.85 Ma)[1]
Koyote gunung (C. l. lestes) di Taman Negara Yosemite, California
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Keluarga: Canidae
Genus: Canis
Spesies:
C. latrans
Nama binomial
Canis latrans
Say, 1823[3]
Julat moden Canis latrans
Sinonim[4]
Senarai
    • Canis andersoni Merriam, 1910
    • Canis caneloensis Skinner, 1942
    • Canis clepticus Eliot, 1903
    • Canis estor Merriam, 1897
    • Canis frustror Woodhouse, 1851
    • Canis goldmani Merriam, 1904
    • Canis hondurensis Goldman, 1936
    • Canis impavidus Allen, 1903
    • Canis irvingtonensis Savage, 1951
    • Canis jamesi Townsend, 1912
    • Canis lestes Merriam, 1897
    • Canis mearnsi Merriam, 1897
    • Canis microdon Merriam, 1897
    • Canis nebrascensis Merriam, 1898
    • Canis ochropus Eschscholtz, 1829
    • Canis orcutti Merriam, 1910
    • Canis pallidus Merriam, 1897
    • Canis peninsulae Merriam, 1897
    • Canis riviveronis Hay, 1917
    • Canis vigilis Merriam, 1897
    • Lyciscus cagottis Hamilton-Smith, 1839

Koyote berevolusi di Amerika Utara semasa zaman Pleistosen 1.8 juta tahun lalu,[7] bersama dengan Canis dirus yang kini pupus.[8] Ia mengisi ceruk ekologi yang sama dengan kasar di Amerika yang diisi di Eurasia dan Afrika oleh kanid bersaiz serupa yang dipanggil jakal, yang antaranya koyote kadang-kadang dikira. Kerabat hidupnya yang terdekat walau bagaimanapun merupakan serigala kelabu, yang menjejaskan populasi koyote dengan kedua-dua pemangsaan dalam perseikatan dan saling pembiakbakaan kadang-kadang; koyote timur (Canis latrans var.) mengandungi peratusan ketara keleluhuran Canis lupus lycaon.[9] Tidak seperti serigala, kawasan koyote telah berkembang pada kebangkitan tamadun manusia, dan koyote dengan sedianya membiak di kawasan metropolitan.[10][11]

Penamaan

sunting

Nama "koyote" dipinjam daripada bahasa Sepanyol Mexico coyote, pada dasarnya diperoleh daripada perkataan bahasa Nahuatl cóyotl (sebutan moden: [ˈkojoːt͡ɬ ]) bererti "penipu licik";[12] ia pertama dicatatkan secara bertulis dalam buku Historia de México karya Francisco Javier Clavijero tahun 1780.[13]

Nama saintifiknya Canis latrans bererti "anjing menyalak" dalam bahasa Latin.[14]

Tabiat

sunting

Tabiat haiwan ini diperhatikan dari segi pemakanan dan pergerakan serta hubungan dengan ekosistem sekeliling mirip jakal emas yang bertaburan di Eurasia.[15]

Pemakanan

sunting

Ia karnivor 90% sumber makanannya terdiri dari pelbagai aneka haiwan termasuk bison, rusa termasuk moose dan elk, arnab, dan kelinci, pelbagai jenis tikus mencit (terutamanya jenis yang bersarang bawah tanah),[16][17][18] unggas ayam merpati bahkan sampai labi-labi, ikan, krustasea dan serangga.

Hubungan dengan manusia

sunting

Tamadun klasik Teotihuacan di Mesoamerika menjadikan koyote suatu lambang kekuasaan dan keperkasaan sehingga disembah dengan kaitan pahlawan tertentu sehingga selewat zaman tamadun Aztek.[19] Masyarakat Aztek sendiri percaya haiwan ini berlambang dengan Huehuecóyotl, dewa tarian, lagu dan keberahian mereka[20] yang dipercayai membawakan bencana peperangan kepada manusia.[21]

Bangsa-bangsa peribumi Dataran Besar dan Barat Daya benua Amerika Utara menganggap koyote sebagai haiwan yang licik serba biasa persekitaran yang diterokai[22] sehingga diceritakan berperwatakan memberontak dan lucu.[23]

Pemerhatian dan pengetahuan pertama haiwan ini dalam kalangan orang Sepanyol yang menjajah pertama kali dicatatkan dalam kitab Plantas y Animales de la Nueva España (1651) ditulis oleh Francisco Hernández.

Rujukan

sunting
  1. ^ Tedford, Wang & Taylor 2009, m/s. 131.
  2. ^ Kays, R. (2018). "Canis latrans". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T3745A163508579. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T3745A163508579.en. Dicapai pada 11 November 2021. Unknown parameter |errata= ignored (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama say1823
  4. ^ "Canis latrans". Fossilworks.org. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  5. ^ "Canis latrans". Animal Diversity Web. Dicapai pada 15 Ogos 2007.
  6. ^ "Coyote". Lioncrusher's Domain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-03. Dicapai pada 15 Ogos 2007.
  7. ^ "PaleoBiology Database: ''Canis latrans''". Paleodb.org. Dicapai pada 14 September 2013.
  8. ^ "Statement by Valerius Geist pertaining to the death of Kenton Carnegie" (PDF). Wolf Crossing. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-26. Dicapai pada 17 September 2008.
  9. ^ Suzuki, David (14 Februari 2013). "Meet the Coywolf". The Nature of Things. CBC-TV. Dicapai pada 26 Mei 2013.
  10. ^ Koler-Matznick, Janice (2002). "The Origin of the Dog Revisited". Anthrozoös. 15 (2): 98–118. doi:10.2752/089279302786992595.
  11. ^ Fedriani J. M., T.K. Fuller dan R. Sauvajot (2001). "Does availability of anthropogenic foods enhance densities of omnivorous mammals? An example with coyotes in southern California" (PDF). Ecography. 24 (3): 325–331. doi:10.1111/j.1600-0587.2001.tb00205.x. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-06-26. Dicapai pada 2012-11-24.
  12. ^ "Coyote". Dictionary.reference.com. Dicapai pada 14 September 2013.
  13. ^ Clavijero, Francisco Javier; Cullen, Charles (1817). The history of Mexico: Collected from Spanish and Mexican historians, from manuscripts and ancient paintings of the Indians : together with the conquest of Mexico by the Spaniards : illustrated by engravings with critical dissertations on the land, the animals, and inhabitants of Mexico. 1. Philadelphia: Thomas Dobson. m/s. 57. OCLC 13601464.
  14. ^ Williams, Lezle. "Coyote (Canis latrans)". Pemuliharaan Hidupan Liar Barat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-18. Dicapai pada 29 November 2009.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  15. ^ Hall, Robert L.; Sharp, Henry S. (1978). Wolf and man: Evolution in Parallel. New York: Academic Press. m/s. 156. ISBN 978-0-12-319250-9. OCLC 3607816.
  16. ^ Minta, S. C., Minta, K. A., & Lott, D. F. (1992). Hunting associations between badgers (Taxidea taxus) and coyotes (Canis latrans). Journal of Mammalogy, 73(4), 814–820.
  17. ^ Bartel, R. A., & Knowlton, F. F. (2005). Functional feeding responses of coyotes, Canis latrans, to fluctuating prey abundance in the Curlew Valley, Utah, 1977–1993. Canadian Journal of Zoology, 83(4), 569–578.
  18. ^ Best, T. L., Hoditschek, B., & Thomas, H. H. (1981). Foods of coyotes (Canis latrans) in Oklahoma. The Southwestern Naturalist, 26(1), 67–69.
  19. ^ Schwartz, M. (1998). A History of Dogs in the Early Americas. Yale University Press. pp. 146–149. ISBN 978-0-300-07519-9.
  20. ^ Miller, M. E.; Taube, K. A. (1993). The Gods and Symbols of Ancient Mexico and the Maya: An Illustrated Dictionary of Mesoamerican Religion. Thames and Hudson. m/s. 92. ISBN 978-0-500-05068-2. OCLC 27667317.
  21. ^ Olivier, G. (2003). Mockeries and Metamorphoses of an Aztec God: Tezcatlipoca, "Lord of the Smoking Mirror". University Press of Colorado. m/s. 32. ISBN 978-0-87081-745-8. OCLC 52334747.
  22. ^ Harris, M. (1979). Cultural Materialism: The Struggle for a Science of Culture. New York: AltaMira Press. m/s. 200–1. ISBN 978-0-7591-0135-7. OCLC 47100657.
  23. ^ Watts, L. S. (2006). Encyclopedia of American Folklore. Infobase Publishing. m/s. 93–94. ISBN 978-1-4381-2979-2. OCLC 465438817.

Bacaan lanjut

sunting
  • "Canis latrans". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 23 Mac 2006.
  • Robert M. Timm, Pusat Penyelidikan dan Pelanjutan Hopland, Universiti California, Hopland, California; Rex O. Baker, Universiti Politeknik Negeri California-Pomona (bersara), Corona, California; Joe R. Bennett, Perkhidmatan Hidupan Liar APHIS USDA, Taft, California; dan Craig C. Coolahan, Perkhidmatan Hidupan Liar APHIS USDA, Sacramento, California, "Coyote Attacks: An Increasing Suburban Problem" (3 Mac 2004). Pusat Penyelidikan dan Pelanjutan Hopland. Paper timm_baker_P047.
  • Bekoff, Marc. 1977. Canis Latrans, Species Account. Persatuan Ahli Mamalogi Amerika Syarikat
  • Moehlman, P., dan H. Hofer. 1997. "Cooperative breeding, reproductive suppression, and body mass in canids", chapter in Cooperative Breeding in Canids, ed. N. G. Solomon dan J. A. French. Akhbar Universiti Cambridge, Cambridge, United Kingdom.
  • Morey, Paul. 2004. "Landscape use and diet of coyotes, Canis latrans, in the Chicago metropolitan area", Masters Thesis, Universiti Negeri Utah.
  • Parker, Gerry. 1995. "Eastern Coyote: Story of Its Success", Nimbus Publishing, Halifax, Nova Scotia, Kanada.
  • Voigt, D. R., dan W. E. Berg. 1999. "Coyote", chapter 28 in Wild Furbearer Management and Conservation in North America, Section IV: Species Biology, Management, and Conservation. Queen's Printer untuk Ontario, Ontario, Kanada.

Pautan luar

sunting

Templat:Buruan Amerika Utara