Canidae ialah keluarga biologi Carnivora yang termasuk anjing bela jinak, serigala, rubah, jakal, koyote, dan banyak lagi mamalia keanjing esktan yang kurang diketahui dan pupus. Ahli keluarga ini dipanggil canid.[2] Keluarga Canidae terbahagi kepada dua suku: Canini (berkaitan dengan serigala) dan Vulpini (berkaitan dengan rubah).

Canid[1]
Julat zaman: 39.75–0 Ma
Hujung Eosen - Kini
Genus-genus canid ekstan utama kiri-ke-kanan, atas-ke-bawah: Canis, Cuon, Lycaon, Cerdocyon, Chrysocyon, Speothos, Vulpes, Nyctereutes, Otocyon dan Urocyon
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Canidae

Genus dan spesies

Lihat teks

Canid mempunyai sejarah evolusi panjang. Pada Eosen, sekitar 50 juta tahun lalu, Carnivora terpisah kepada dua zuriat, Caniformia (keanjingan) dan Feliformia (kekucingan). Menjelang Oligosen, sekitar sepuluh juta tahun kemudian, canid sebenar pertama telah muncul dan keluarga ini telah terpisah menjadi tiga subkeluarga, Hesperocyoninae, Borophaginae, dan Caninae. Hanya yang terakhir daripada ini telah mandiri sehingga kini.

Canid dijumpai di semua benua kecuali Antartika dan berlainan saiz daripada serigala kelabu 2 m (6.6 ka) sehingga rubah fennec sepanjang 24 cm (9.4 in). Bentuk badan canid adalah serupa, biasanya mempunyai muncul panjang, telinga tegak, gigi tersesuai untuk pemecahan tulang dan penghirisan daging, tungkai panjang dan ekor lebat. Ia kebanyakannya merupakan haiwan sosial, hidup bersama-sama dalam unit keluarga atau kelompok kecil dan bertingkah laku dengan bekerjasama. Biasanya, hanya pasangan dominan dalam sesebuah kelompok membiak, dan seperinduk anak dibesarkan secara tahunan di dalam sarang bawah tanah. Canid berkomunikasi dengan isyarat bau dan dengan penyuaraan. Satu canid, anjing bela jinak, satu subspesies serigala kelabu, menjalinkan hubungan dengan manusia, dan kini kekal sebagai haiwan bela jinak yang dibela secara paling meluas.

Canid dan manusia sunting

 
Pemburuan rubah Inggeris tradisional.

Satu canid, anjing bela jinak, satu subspesies serigala kelabu, menjalinkan hubungan dengan manusia lama dahulu. Hubungan ini didokumenkan seawal 26,000 tahun lalu, bilamana tapak kaki seorang kanak-kanak lelaki berumur sekitar lapan hingga sepuluh tahun dijumpai di Gua Chauvet di Perancis selatan, berjalan di samping yang dikenal pasti sebagai anjing besar atau serigala.[3] Fosil anjing tercatat terawal dijumpai berusia sekitar 31,700 tahun di Gua Goyet di Belgium.[4] Sungguhpun lebih awal, serigala dijumpai terfosil di lokasi sama dengan manusia di tapak-tapak yang bertarikh kembali ke 300,000 tahun, menunjukkan betapa awal manusia dan serigala telah berinteraksi dengan satu sama lain.[5] Kajian yang menggunakan kromosom Y dan mtDNA telah menunjukkan bahawa serigala pertama kali dibelajinakkan di kawasan di selatan Sungai Panjang di China.[6] Kenyataan bahawa serigala merupakan haiwan kawanan dengan struktur sosial kerjasama mungkin telah menjadi sebab bahawa hubungan ini berkembang. Manusia memperoleh faedah daripada kesetiaan, kerjasama, kerja berpasukan, kewaspadaan, dan kebolehan penjejakan canid ini sementara serigala mungkin telah memperoleh faedah daripada kegunaan senjata untuk menyerang mangsa lebih besar dan pengongsian makanan. Manusia dan anjing berevolusi bersama-sama.[7] Pertalian antara manusia dengan anjing terlihat dalam pengebumian anjing dengan pemiliknya seawal 11,000 tahun lalu di benua Amerika dan 8,500 tahun lalu di Eropah.[5]

Antara canid, hanya serigala yang diketahui memengsakan manusia.[8] Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua catatan mendapati koyote membunuh manusia,[9] dan dua ekor jakal membunuh kanak-kanak.[10] Manusia telah memerangkap dan memburu sesetengah canid kerana bulunya dan, terutamanya serigala kelabu, untuk sukan.[11] Canid seperti anjing hutan kini terancam di alam liar kerana perburuan, kehilangan habitat, penyusutan spesies mangsa ungulat dan transmisi penyakit daripada anjing bela jinak.[12]

Spesies dan taksonomi sunting

 
Genus Canis: serigala kelabu, koyote, jakal keemasan, dan serigala Habsyah.
 
Genus Lycalopex: culpeo, rubah pampas, chilla dan rubah Darwin.
 
Genus Vulpes: rubah merah, rubah Rüppell, rubah corsac, rubah Benggala, rubah Artik, rubah Blanford, rubah Cape dan rubah fennec.
 
Anjing hutan.
 
Anjing pemburu Afrika.
 
Anjing bertelinga pendek.
 
Serigala bersurai.
 
Anjing semak.
 
Rubah kelabu.
 
Rubah bertelinga kelawar.
 
Anjing rakun.

KELUARGA CANIDAE (Spesies ekstan dan baru pupus)

Subkeluarga Caninae sunting

 
Turun naik spesies dalam Canidae selama 40 juta tahun.

Canidae prasejarah sunting

Pengelasan Hesperocyoninae daripada Wang (1994);[13] Borophaginae daripada Wang, Tedford, Taylor (1999),;[14] dan Caninae daripada Tedford, Wang, Taylor (2009)[15] kecuali ternyata.

Caninae sunting

Borophaginae sunting

(jtl = juta tahun lalu) (juta tahun = wujud)

Hesperocyoninae sunting

(jtl = juta tahun lalu)

    • Genus Cynodesmus (32-29 jtl)
      • Cynodesmus martini (29 jtl)
      • Cynodesmus thooides (32 jtl)
    • ?Genus Caedocyon
      • Caedocyon tedfordi
    • Genus Ectopocynus (32-19 jtl)
      • Ectopocynus antiquus (32 Ma)
      • Ectopocynus intermedius (29 jtl)
      • Ectopocynus siplicidens (19 jtl)
    • Genus Enhydrocyon (29-25 jtl)
      • Enhydrocyon basilatus (25 jtl)
      • Enhydrocyon crassidens (25 jtl)
      • Enhydrocyon pahinsintewkpa (29 jtl)
      • Enhydrocyon stenocephalus (29 jtl)
    • Genus Hesperocyon (39.74-34 jtl)
      • Hesperocyon coloradensis
      • Hesperocyon gregarius (37 jtl)
    • Genus Mesocyon (34-29 jtl)
      • Mesocyon brachyops (29 jtl)
      • Mesocyon coryphaeus (29 jtl)
      • Mesocyn temnodon
    • Genus Osbornodon (32-18 jtl)
      • Osbornodon brachypus
      • Osbornodon fricki (18 jtl)
      • Osbornodon iamonensis (21 jtl)
      • Osbornodon renjiei (33 jtl)
      • Osbornodon scitulus[18]
      • Osbornodon sesnoni (32 jtl)
      • Osbornodon wangi[16]
    • Genus Paraenhydrocyon (30-25 jtl)
    • Genus Philotrox (29 jtl)
      • Philotrox condoni (29 jtl)
    • Genus Prohesperocyon (36 jtl)
      • Prohesperocyon wilsoni (36 jtl)
    • Genus Sunkahetanka (29 jtl)
      • Sunkahetanka geringensis (29 jtl)

Rujukan sunting

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Canid Merriam-Webster.com. Canid definition Merriam-Webster. dicapai pada 27 Mei 2014
  3. ^ Derr, Mark (29 Oktober 2011). "From the Cave to the Kennel". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-22. Dicapai pada 2 Disember 2012.
  4. ^ Shipman, Pat. (2009). "The Woof at the Door" (PDF). American Scientist. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2 Disember 2012.
  5. ^ a b Galibert, F.; Quignon, P.; Hitte, C.; Andre, C. (2011). "Toward understanding dog evolutionary and domestication history" (PDF). Comptes Rendus Biologies. 334 (3): 190–196. doi:10.1016/j.crvi.2010.12.011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2 Disember 2012.
  6. ^ Ding, Z-L.; Oskarsson, M.; Ardalan, A.; Angleby, H.; Dahlgren, L-G.; Tepeli, C.; Kirkness, E.; Savolainen, P.; Zhang, Y-P. (2012). "Origins of domestic dog in Southern East Asia is supported by analysis of Y-chromosome DNA". Heredity. 108: 507–514. doi:10.1038/hdy.2011.114.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Schleidt, Wolfgang M.; Shalter, Michael D. (2003). "Co-evolution of Humans and Canids: An Alternative View of Dog Domestication: Homo Homini Lupus?" (PDF). Evolution and Cognition. 9 (1): 57–72. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-04-11. Dicapai pada 2014-07-10.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Kruuk, H. 2002. Hunter and Hunted: Relationships between Carnivores and People. Cambridge, UK: Akhbar Universiti Cambridge. ISBN 0-521-81410-3.
  9. ^ "Coyote Attacks: An Increasing Suburban Problem" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-02-24. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
  10. ^ "Canis aureus". Animal Diversity Web. Universiti Michigan. Dicapai pada 31 Julai 2007.
  11. ^ "Fox hunting worldwide". BBC News. 16 September 1999. Dicapai pada 16 Jun 2014.
  12. ^ Templat:IUCN2013.2
  13. ^ Wang, Xiaoming (1994). "Phylogenetic systematics of the Hesperocyoninae". Bulletin of the American Museum of Natural History. 221: 1–207. Templat:Hdl.
  14. ^ Wang, Xiaoming (1999). "Phylogenetic systematics of the Borophaginae". Bulletin of the American Museum of Natural History. 243: 1–391. Templat:Hdl.
  15. ^ a b Tedford, Richard; Wang, Xiaoming; Taylor, Beryl E. (2009). "Phylogenetic systematics of the North American fossil Caninae (Carnivora: Canidae)". Bulletin of the American Museum of Natural History. 325: 1–218. doi:10.1206/574.1.
  16. ^ a b Hayes, F.G. (2000). "The Brooksville 2 local fauna (Arikareean, latest Oligocene) Hernando County, Florida". Bulletin of the Florida Museum of Natural History. 43 (1): 1–47.
  17. ^ Wang, Xiaoming; Wideman, Benjamin C.; Nichols, Ralph; Hanneman, Debra L. (2004). "A new species of Aelurodon (Carnivora, Canidae) from the Barstovian of Montana" (PDF). Journal of Vertebrate Paleontology. 24 (2): 445–452. doi:10.1671/2493. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 8 Julai 2007.
  18. ^ Wang, Xiaoming (2003). "New Material of Osbornodon from the Early Hemingfordian of Nebraska and Florida" (PDF). Bulletin of the American Museum of Natural History. 279: 163–176. doi:10.1206/0003-0090(2003)279<0163:C>2.0.CO;2.

Rujukan umum sunting

  • Xiaoming Wang, Richard H. Tedford, Mauricio Antón, Dogs: Their Fossil Relatives and Evolutionary History, New York: Akhbar Universiti Columbia, 2008; ISBN 978-0-231-13528-3

Pautan luar sunting