Lee Poh Ping (simplified Chinese:李宝平; traditional Chinese: 李寶平; 1 April 1942 – 21 November 2016) ialah seorang profesor dan ahli akademik bidang sains politik di Malaysia . Beliau terkenal dengan kerja penyelidikannya di dalam bidang hubungan antarabangsa, sumbangan kepada pembangunan pengajian Jepun di Malaysia, dan memupuk rangkaian ahli akademik di negara ini. [2]

Lee Poh Ping
李宝平
Lee menerima anugerah Order of the Rising Sun pada Julai tahun 2010
Lahir 1 April 1942
Tarikh meninggal dunia 21 November 2016 (berumur 74 tahun)
Warganegara Malaysian
Alma mater University of Malaya (B.A.)

Cornell University (Ph.D.)

Isteri Cheong Suet Mooi (1984–2016)[1]
Scientific career
Bidang Sains Politik
Institusi University of Malaya (Professor)

National University of Malaysia

Penyelia PhD Benedict Anderson
Other academic advisors Wang Gungwu

kehidupan awal sunting

Lee dilahirkan di Ipoh, Perak di mana beliau telah bersekolah di Sekolah Inggeris-Cina. Selepas memperolehi kelulusan sijil Senior Cambridge pada tahun 1958, beliau telah pergi menjalani latihan selama dua tahun di Maktab Perguruan Malaya di Brinsford Lodge, Wolverhampton dan kemudiannya menjadi guru sekembalinya ke Ipoh.

Pendidikan sunting

Pada tahun 1967, Lee telah menerima ijazah BA dalam bidang Sejarah dengan kelas pertama dari Universiti Malaya. Pada tahun 1974, Lee telah menerima ijazah PhD dalam bidang pentadbiran kerajaan dari Universiti Cornell di mana beliau telah diselia oleh Benedict Anderson . [3]

Kerjaya sunting

Lee berkerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dalam Bahagian Pentadbiran Awam. Beliau memperoleh jawatan profesor penuh pada tahun 1992.

Sebagai pakar dalam hubungan antarabangsa, beliau dianggap sebagai seorang pakar rujukan utama mengenai bidang tersebut di Asia Tenggara. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam menjemput ahli akademik antarabangsa yang terkemuka dari negara-negara yang lebih berkembang seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan Australia untuk berinteraksi dengan ahli akademik di institusi tempat beliau bekerja. Pada tahun-tahun akhir beliau bekerja, beliau banyak menumpukan masanya untuk mengkaji hubungan China-Malaysia di Institut Pengajian China di Universiti Malaya. Beliau adalah seorang penganalisis yang teliti dan arif dalam menggunakan maklumat yang secara konsisten untuk meningkatkan kualiti perbincangan dasar di Negara Malaysia dan Asia Tenggara.

Lee merupakan presiden untuk Persatuan Pengajian Jepun Malaysia (MAJAS) dari tahun 1998 sehingga tahun 2014. Beliau juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) pada tahun 2001 dan 2003.

Anugerah sunting

Pada tahun 2010, beliau telah dianugerahkan Order of the Rising Sun dari Maharaja Jepun sebagai pengiktirafan penyelidikan penting beliau mengenai hubungan luar Jepun. Anugerah tersebut telah diberikan ,melalui Duta Besar Jepun ke Malaysia ketika itu, Masahiko Horie. [4] [5]

Kehidupan peribadi sunting

Lee telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 November tahun 2016 selepas terjatuh. [6] Beliau masih berkhidmat dengan Universiti Malaya sebelum beliau meninggal dunia dengan memegang jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan di Institut Pengajian China.

Penerbitan Utama sunting

  • Chinese Society in Nineteenth Century Singapore. Oxford University Press. 1978. ISBN 0195803841.
  • Lee Poh Ping; Lim Chee Peng, penyunting (1979). The role of Japanese direct investment in Malaysia. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 9789814376594.
  • Lee Poh Ping; Tham Siew Yean; T.Yu, George, penyunting (2006). The Emerging East Asian Community: Security and Economic Issues. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 9679427641.
  • Lee Poh Ping; Othman, Norani; Tham Siew Yean, penyunting (2008). Community in ASEAN: Ideas & Practices. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 9789679428667.
  • Lee Poh Ping; Nasrudin, Mohamad, penyunting (2009). Japanese Relations With Asean Since The Fukuda Doctrine. University of Malaya. ISBN 9789675148453.
  • Ngeow, Chow-Bing; Kuik, Cheng-Chwee, penyunting (2018). Rising China, Resilient Japan, Resourceful ASEAN: Selected Writings of Lee Poh Ping on East Asian International Relations. Strategic Information and Research Development Centre. ISBN 9789672165187.
  • Wong, Danny; Cheong, Kee-Cheok; Lee, Kam-Hing, penyunting (2018). The Chinese Overseas in Malaysia in an Era of Change. University of Malaya. ISBN 9789834880125.

Rujukan sunting

  1. ^ Kaur, Simrit (January 1, 2018). "Launch of two publications a fitting tribute to former UM don's many contributions". The Star (Malaysia). Retrieved December 14, 2018.
  2. ^ Hewison, K; Tham, S. Y. (August 2017). "New Perspectives on Malaysia and a Rising China: Essays Honouring Lee Poh Ping". Journal of Contemporary Asia. 47 (5): 679–686. doi:10.1080/00472336.2017.1362829.
  3. ^ "Professor Lee Poh Ping, a quiet and effective advisor for Asialink", Professor Anthony Milner, 28 November 2016, Asialink
  4. ^ "The Japanese Decoration Conferred upon Dr. Lee Poh Ping"
  5. ^ "Japanese award for Malaysian", The Star (Malaysia), Kuala Lumpur, 17 August 2010. Retrieved on 17 August 2010.
  6. ^ "Passing of a Gentle Scholar", The Star (Malaysia), Kuala Lumpur, 24 November 2016. Retrieved on 24 November 2016.

Pautan luar sunting