SAC (Bersara) Datuk Leong Chee Woh (11 November tahun 1929 – 18 Julai tahun 2021) ialah seorang pesara pegawai polis Malaysia.

Datuk
Leong Chee Woh
KPK AMN ABS JBS KMN JMN AMP PPN PGB PMW
Kelahiran(1929-11-11)11 November 1929
Taiping, Perak, Federated Malay States
Meninggal dunia18 Julai 2021(2021-07-18) (umur 91)
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Royal Malaysia Police
Tahun perkhidmatan1950–1984
Pangkat Senior Assistant Commissioner of Police
Unit
PertempuranMalayan Emergency
Communist insurgency in Malaysia (1968–1989)
AnugerahStar of the Commander of Valour
Order of the Territorial Crown
PasanganDatin Liew Kim Har

kehidupan awal sunting

Leong Chee Woh dilahirkan pada 11 November tahun 1929 di Taiping, Perak. Dia dijadikan sebagai seorang anak angkat untuk sebuah keluarga Cina berketurunan Baba-Nyonya. Beliau bersekolah di Sekolah King Edward VII. Namun persekolahannya tergendala seketika akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu .

Selepas pihak Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu, beliau menduduki Peperiksaan Senior Cambridge yang juga dikenali sebagai Overseas Schooling Certificate Examination pada tahun 1949.

Sebelum menyertai pasukan polis, Leong pada mulanya telah bekerja sebagai kerani di Majlis Perbandaran Taiping selepas pendudukan Jepun. Selepas itum beliau berkhidmat sebagai ketua kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama.

Kerjaya polis sunting

Leong telah menyertai Persekutuan Polis Malaya pada 1 Disember tahun 1950 sebagai Inspektor Percubaan dan telah menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Oleh kerana beliau menyertai pasukan polis semasa tempoh Darurat Malaya, beliau secara semula telah mengambil bahagian dalam usaha menentang Komunis. Beliau menyertai Pasukan Medan Polis pada Disember 1951 sehingga tahun 1953.

Atas sebab kecermelangan dalam perkhidmatan beliau, Leong telah dipindahkan ke Cawangan Khas Kuantan pada 1 April tahun 1954. Pada 1 Februari tahun 1956, Leong telah dinaikkan pangkat kepada jawatan Penolong Penguasa Polis dan ditempatkan di Cawangan Khas Perak. Leong telah terlibat dalam beberapa operasi membanteras Parti Komunis Malaya seperti Operasi Halia, Projek Jukebox dan Projek Jujubes.

Pada 1 Mac 1968, Leong telah ditempatkan di Cawangan Khas Sarawak dan berhadapan dengan Pertubuhan Komunis Sarawak. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas untuk Pasukan F, sebuah pasukan petugas penyamaran yang paling elit di Cawangan Khas pada Mac 1971. Beliau memegang pangkat Superintendan Polis ketika itu.

Leong telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis pada akhir tahun 1978 dan telah berkhidmat sebagai timbalan pengarah (Operasi) untuk Cawangan Khas Bukit Aman. Beliau meneruskan perkhidmatan disitu sehinggalah beliau bersara pada 10 November tahun 1984.

Kematian sunting

Pada 18 Julai tahun 2021, Leong telah meninggal dunia kerana penyakit strok di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. [1] [2]

Darjah kebesaran sunting

Kepujian Asing sunting

Bibliografi sunting

Leong, Chee Woh (2015). Scorpio: Against the One-eyed Dragon (dalam bahasa Inggeris). ISBN 978-0-9961501-1-8.

Rujukan sunting