Lilium ialah genus tumbuhan herba berbunga yang tumbuh daripada bebawang dengan bunga yang besar dan menonjol. Genus ini mempunyai 111 spesies.[3] Kebanyakan spesies genus ini tumbuh asli di hemisfera utara, spesies-spesies ini bertaburan di kawasan beriklim sederhana dan terbentang ke kawasan subtropika.

Lilium
Lilium candidum
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Lilium

Spesies jenis
Lilium candidum
Sinonim[1]
  • Lirium Scop., nom. illeg.
  • Martagon Wolf
  • Martagon (Rchb.) Opiz, nom. illeg.
  • Nomocharis Franch.

Taksonomi sunting

Nama genus Lilium diberikan oleh ahli botani berbangsa Sweden, Carl Linnaeus, daripada bahasa Latin. Nama ini berpunca daripada kata bahasa Yunani λείριον leírion.[4][5][6] Kata ini dipinjamkan daripada bahasa Qibti (dialek Fayyumi) hleri, daripada piawai hreri, daripada Demotik hrry, daripada bahasa Mesir hrṛt "bunga".[perlu rujukan]

Botani sunting

Spesies-spesies dalam genus ini tumbuhan saka mencapai tinggi 2–6 kaki (60–180 sentimeter). Pokok-pokok genus tersebut membentuk bebawang bersisik dan tidak bertutup di bawah tanah, bebawang ini membantu pokok terus tumbuh dan berbunga dari satu musim percambahan ke musim percambahan yang berikutnya. Dalam sesetengah spesies yang tumbuh di Amerika Utara, bebawang ini menjadi rimpang yang mana terdapat banyak bebawang kecil. Sesetengah spesies mengeluarkan batang rayap. Kebanyakan bebawang tertanam dalam bawah tanah, tetapi beberapa spesies mengeluarkan bebawang berdekatan permukaan tanah.

Bunga daripada spesies dalam genus ini besar, berbau wangi dan datang dalam pelbagai warna termasuk putih, kuning, jingga, merah jambu, merah dan ungu. Bunga ini muncul dalam tandan atau payung di hujung batang, dengan enam ranggi yang mengembang berbentuk seperti corong. Ranggi-ranggi ini mempunyai tanda bintik dan coret.

Kegunaan sunting

Dalam masakan sunting

Bebawang spesies dalam genus Lilium mengandungi kanji dan boleh dimakan sebagai sayur, tetapi bebawang sesetengah spesies mungkin ada rasa terlalu pahit.[7]

Bahagian-bahagian spesies Lilium yang disenaraikan rasmi sebagai bahan makanan di Taiwan ialah bunga dan bebawang spesies Lilium lancifolium, Lilium brownii var. viridulum, Lilium pumilum dan Lilium candidum.[8]

Bebawang bunga lilium kadang-kadang digunakan dalam masakan Jepun.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Lilium Tourn. ex L., Sp. Pl.: 302 (1753)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  2. ^ lektojenis dinamai oleh N. L. Britton et A. Brown, Ill. Fl. N. U.S. ed. 2. 1: 502 (1913)
  3. ^ "Lilium L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  4. ^ Hyam, R. & Pankhurst, R.J. (1995). Plants and their names : a concise dictionary. Oxford: Oxford University Press. m/s. 186. ISBN 978-0-19-866189-4.
  5. ^ "Classification". Lily Net. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2008. Dicapai pada 22 Jun 2008.
  6. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "λείριον". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  7. ^ Blasdale, Walter Charles (1899). A Description of Some Chinese Vegetable Food Materials and Their Nutritive and Economic Value. Pejabat Pencetakan Pemerintah Amerika Syarikat. m/s. 21. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2020. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  8. ^ "可供食品使用原料彙整一覽表". Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2014. Dicapai pada 25 Januari 2014.
  9. ^ Tsuji, Shizuo (2007). Japanese Cooking: A Simple Art. Kodansha International. m/s. 74. ISBN 978-4-770-03049-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2020. Dicapai pada 16 Januari 2020.