Lim Si Cheng
Datuk Lim Si Cheng ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia (1999-2008)[1] dan mantan Ahli Parlimen Kulai selama tiga penggal (1995-2008) serta mantan ADUN Jementah selama dua penggal (1982-1990).
YB Datuk Lim Si Cheng PJN | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Disember 1999 – 12 Disember 2008 | |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Mohamed Zahir Ismail (1999-2004) Ramli Ngah Talib (2004-2008) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kulai, Johor | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Konstituensi dijenamakan semula daripada Senai |
Digantikan oleh | Ong Ka Ting |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Senai, Johor | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Woon See Chin |
Digantikan oleh | Konstituensi dijenamakan semula kepada Kulai |
Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Menteri | Ling Liong Sik |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Menteri Besar | Muhyiddin Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Jementah | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Wong Peng Sheng |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bandar Segamat | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Tan Peng Khoon |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Maklumat peribadi | |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kerjaya politik
suntingBeliau mula menjadi wakil rakyat selepas memenangi kerusi Dewan Negeri Johor bagi Bandar Segamat pada tahun 1982 dan kekal satu penggal hingga tahun 1986 lalu. Selepas kerusi tersebut dibubarkan, beliau telah bertanding di kerusi Jementah pada tahun 1986 dan berakhir pada tahun 1990 lalu.
Setelah tewas dalam merebut kerusi Bekok, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Ling Liong Sik untuk satu penggal dari tahun 1990 hingga tahun 1995 lalu.
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Senai pada tahun 1995 dan kemudian ianya ditukar nama kepada Kulai dan telah memenanginya hingga tahun 2008 lalu.[2]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Konstituensi | Calon | Undian | % | Lawan | Undian | % | Jumlah mengundi | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | N8 Bekok, P118 Labis | Lim Si Cheng (MCA) | 7,348 | 47.40% | Pang Hok Liong (DAP) | 7,638 | 49.27% | 15,502 | 290 | 70.43% |
Tahun | Konstituensi | Calon | Undian | % | Lawan | Undian | % | Jumlah mengundi | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P138 Senai, Johor | Lim Si Cheng (MCA) | 32,170 | 71.98% | M. Salleh Ahmad (DAP) | 12,522 | 28.02% | 46,428 | 19,648 | 76.50% | ||
1999 | Lim Si Cheng (MCA) | 32,237 | 68.68% | Tan Hang Meng (DAP) | 14,704 | 31.32% | 48,556 | 17,533 | 74.98% | |||
2004 | P163 Kulai, Johor | Lim Si Cheng (MCA) | 32,278 | 69.55% | Ong Kow Meng (DAP) | 14,134 | 30.45% | 48,377 | 18,144 | 77.69% |
Rujukan
sunting- ^ Senarai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
- ^ Biodata Lim Si Cheng
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "election results" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.