Ling Liong Sik
Tun Dr. Ling Liong Sik (lahir 18 September 1943) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan juga bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas Presiden MCA (1986-2003).
Ling Liong Sik | |
---|---|
![]() | |
Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 1986–2003 | |
Perdana Menteri | Mahathir bin Mohamad |
Didahului oleh | Chong Hon Nyan |
Digantikan oleh | Chan Kong Choy |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Labis, Johor | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Didahului oleh | Bahari Haron |
Digantikan oleh | Chua Soi Lek |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Mata Kuching, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Bagan) | |
Dalam jawatan 1974–1986 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Presiden Persatuan Cina Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 3 September 1986 – 23 Mei 2003 | |
Didahului oleh | Tan Koon Swan |
Digantikan oleh | Ong Ka Ting |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Kangsar, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 18 September 1943
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Toh Puan Ong Ee Nah |
Anak-anak | Ling Hee Leong, Ling Hee Kiat |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Pada 4 Februari 1988, Ling Liong Sik telah dilantik sebagai perdana menteri peralihan Malaysia sehingga 16 Februari tahun yang sama.
Pada 27 Oktober 2015, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memfailkan saman terhadap Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dibuat ke atasnya berkaitan kontroversi derma politik RM2.6 bilion (US$700 juta) yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.[1]Pada 22 Mei 2018, Najib menarik balik saman terhadap Ling Liong Sik berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.[2]
Beliau juga merupakan salah seorang ahli politik Cina yang paling berpengaruh di Malaysia kontemporari.
Kehidupan awal Sunting
Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, beliau mendapat pendidikan awal di King Edward VII, Taiping dan Maktab Tentera Diraja. Kemudian beliau menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda doktor perubatan dari Universiti Singapura pada tahun 1966. Kemudian beliau mendapat latihan di Pulau Pinang di mana beliau mula menyertai MCA sebagai ahli biasa.
Keluarga Sunting
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Ong Ee Nah dan dikurniakan 2 orang anak lelaki: Ling Hee Leong dan Ling Hee Kiat.
Politik Sunting
Pada tahun 1974, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Mata Kuching, Pulau Pinang. Kini dikenali sebagai Parlimen Bagan. Pada tahun 1986, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Labis. Beliau mengekalkan kerusi tersebut untuk 4 penggal berturut-turut dalam pilihanraya 1986, 1990, 1995 dan 1999. Pada 3 September 1986, beliau telah dilantik sebagai Presiden MCA. Beliau menjadi Presiden MCA pada usia 43 tahun dan mentadbir parti selama 17 tahun dari tahun 1986 hingga tahun 2003, selepas penyandangnya, Tan Koon Swan berhadapan krisis pan ell yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan.
Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kerajaan Tempatan dan Persekutuan, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pelajaran. Jawatan terakhir sebagai Menteri Pengangkutan.
Antara kejayaan MCA sewaktu beliau menjadi Presiden MCA ialah mempromosi dan memperbesarkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Setapak dan mengutip dana untuk menubuhkan Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar.
Biasiswa Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) turut dilancarkan. Kemudian Projek Pendidikan Langkawi turut dilancarkan bagi mengutip dana pendidikan.[3] Projek ini dilihat menyaingi Projek Tanjung I, II dan III yang dilaksanakan oleh DAP.
Perdana Menteri Malaysia Sunting
Pada 4 Februari 1988, apabila UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional diharamkan, Mahathir bin Mohamad telah menyerahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu, Ling Liong Sik. Dengan itu juga Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri Malaysia buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, yang memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Ling Liong Sik. Akan tetapi, tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Ling Liong Sik.[4]
Kes fitnah Najib Razak Sunting
Minta Najib letak jawatan Sunting
Pada 3 Oktober 2015, Ling Liong Sik menyambut gesaan bekas ketuanya dalam kabinet, Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri Malaysia Najib Razak meletakkan jawatan. Kata Ling Liong Sik itu, Najib harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.[5]
Saya bersetuju dengan Tun M (supaya Najib letak jawatan), sebab dia (Najib) ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia.[5]
Kenyataan Ling Liong Sik itu diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For Allegedly Putting People's Money in His Own Pocket' yang disiarkan The Malay Mail.[6]
Pada 4 Oktober, Setiausaha Agungnya Ong Ka Chuan berkata sebagai negara demokrasi, Ling Liong Sik mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib. Menurutnya walaupun MCA menghormati Ling sebagai bekas pemimpin parti namun kenyataan beliau bukan mewakili parti itu.[7]
Najib mengeluarkan surat peguam Sunting
Pada 5 Oktober, Najib mengarahkan peguam beliau supaya menuntut Ling Liong Sik untuk memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa meminta Najib melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.[8]
Pada 7 Oktober, Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Najib selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau kerana didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Perdana Menteri.[9]
Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.
Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.
Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf.
Najib memfailkan saman Sunting
Pada 27 Oktober, Najib telah memfailkan saman terhadap Ling Liong Sik. Menurut sumber dalaman yang dihubungi Astro Awani, Najib telah memfailkan saman fitnah itu melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Dalam notis saman tersebut, Najib memohon untuk saman umum, ganti rugi teruk dan teladan.[10]
Ling merupakan pemimpin BN pertama yang disaman oleh Najib.
Najib tarik balik saman Sunting
Pada 22 Mei 2018, Najib menarik balik saman terhadap Ling Liong Sik berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Ling Liong Sik selepas kes disebut semula di kamar Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye. Ranjit Singh ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Najib membayar kos sebanyak RM25,000 kepada anak guamnya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman itu.[11]
Kesihatan Sunting
Pada 9 Oktober 2009, Ling Liong Sik terjatuh di kediamannya mengakibatkan tangan kanannya patah. Beliau ditemani isterinya Ena Ling mendapatkan rawatan di Hospital Assunta.[12]
Pendapat peribadi Sunting
Pada 18 Februari 2016, Ling Liong Sik membidas Perdana Menteri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.[13]
Menurut Ling Liong Sik itu, tidak ada yang apa yang salah dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah.
Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia.[13]
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.[13]
Ling turut membidas kenyataan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
Semua orang terkejut.
Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
Awak fikir rakyat bodoh.[13]
Keputusan pilihan raya Sunting
Tahun | Parlimen | Penyandang | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1974 | Mata Kuching, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Parlimen Bagan) |
Ling Liong Sik (MCA) | 13,755 | 53.97% | Ong Yi How (PEKEMAS) | 8,457 | 33.18% | 26,354 | 5,298 | 83.97% | ||
Goh Lim Eam (DAP) | 3,273 | 12.84% | ||||||||||
1978 | Ling Liong Sik (MCA) | 23,564 | 65.27% | Loh Kim Heng (SDP) | 8,365 | 23.17% | N/A | 15,199 | N/A | |||
Abdul Hamid Abdullah (PAS) | 5,298 | 11.56% | ||||||||||
1982 | Ling Liong Sik (MCA) | 26,995 | 62.11% | Goh Sin Khoon (DAP) | 14,839 | 34.14% | 44,646 | 12,156 | 77.46% | |||
Raja Ahamed Narudin @ Raja Mohamed Raja Sulaiman (IND) | 1,626 | 3.74% | ||||||||||
1986 | P118 Labis, Johor | Ling Liong Sik (MCA) | 18,182 | 67.96% | Tan Tien Lim (DAP) | 8,571 | 32.04% | 27,650 | 9,611 | 72.26% | ||
1990 | Ling Liong Sik (MCA) | 17,710 | 58.65% | Ahmad Ton (DAP) | 12,485 | 41.35% | 31,292 | 5,225 | 74.06% | |||
1995 | P128 Labis, Johor | Ling Liong Sik (MCA) | 24,185 | 72.57% | Ahmad Ton (DAP) | 9,140 | 27.43% | 34,693 | 15,045 | 73.17% | ||
1999 | Ling Liong Sik (MCA) | 23,709 | 70.53% | Ahmad Ton (DAP) | 9,908 | 29.47% | 34,775 | 13,801 | 71.44% |
Garis masa sebagai Ahli Parlimen Sunting
Senarai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Anugerah Sunting
Anugerah di Malaysia Sunting
- Malaysia :
- Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) – Tun (2004)[16]
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (1993)
- Perak Darul Ridzuan :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) – Dato' Seri (1989)
- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (2003)
- Selangor :
- Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (1992)[17]
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- ^ Najib sues Ling over defamatory remarks
- ^ Najib withdraws defamation suit against Ling Liong Sik
- ^ Datuk Seri Dr Ling Liong Sik
- ^ For A Few Days In 1988, Malaysia Actually Had A Chinese Prime Minister
- ^ a b Dr Ling juga mahu Najib undur
- ^ MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket
- ^ Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA
- ^ Najib arah peguam tuntut Ling Liong Sik mohon maaf - Portal Berita
- ^ "Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik
- ^ Najib files defamation suit against Dr Ling
- ^ Najib withdraws suit against Ling
- ^ Ling Liong Sik patah tangan kanan kerana terjatuh
- ^ a b c d Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Pilihan raya umum Malaysia". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2004" (PDF).
- ^ "DPMS 1992". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 25 Januari 2021.
Pautan luar Sunting
Penyandang Terdahulu | Presiden MCA 3 September 1986 – 23 Mei 2003 |
Penyandang Kemudian |
Tan Koon Swan |
Ong Ka Ting |