Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Dr Ibrahim Saad (3 Ogos 1946 – 15 November 2024) merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Filipina. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia (11 Januari 1999 –10 Disember 1999). Beliau pernah juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (1990-1995) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mei 1995 sehingga Januari 1999).

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri

Ibrahim Saad

PSM; DGPN (Pulau Pinang); DSAP (Pahang); DMPN (Pulau Pinang); DMSM (Melaka)
Kelahiran
Ibrahim bin Saad

(1946-08-03)3 Ogos 1946
Meninggal dunia15 November 2024(2024-11-15) (umur 78)
Hospital Pakar, KPJ Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianKomplikasi pernafasan
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik

Kerjaya

sunting

Beliau pernah menjadi pensyarah USM. Selepas bersara dai politik , beliau dilantik sebagai Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur mulai 2002 hingga 2005 dan Pengerusi Institut British Malaysia mulai 2001 hingga 2002.

Politik

sunting

Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Kementerian Belia dan Sukan. Beliau menang kerusi parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 mengalahkan Salleh Man - PAS dengan majoriti 12,651 undi.

Selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau dilantik menjadi Ketua Umno bahagian Permatang Pauh. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang. Beliau antara sahabat Anwar Ibrahim yang masih kekal dalam UMNO, tidak menyertai PKR.

Ibrahim Saad tewas dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Keadilan/ PKR ) .Wan Azizah menang 23820 undi dengan majoriti 9,077 undi. Ibrahim hanya mendapat 14743 undi. Ia berikutan timbulnya isu pembelian tanah yang tidak telus di mana beliau menpergunakan pejabat daerah dan tanah untuk menjadi orang tengah pembelian tanah dari penduduk setempat dengan harga murah secara paksa yang kemudian dijual kepada kerajaan persekutuan dengan harga lebih kurang 500% dari harga dibeli dari penduduk setempat untuk projek pembangunan Bandar Perda di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Selepas itu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menggugurkan Ibrahim daripada jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan 'hilang' dari politik. Ramai yang mempersoalkan pencalonan Ibrahim Saad di Permatang Pauh kerana kawasan itu kubu Anwar.[1]


Beliau terpilih menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO dari 1990 hingga 2000. Beliau aktif berkempen untuk Barisan Nasional / UMNO semasa Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009 dan Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.

Beliau dilantik menjadi setiausaha agung Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO .(Pakku). Pertubuhan ini memperjuangkan nasib wakil rakyat UMNO dan menyuarakan nasib orang Melayu selepas tsunami politik 2008.

Aktif sukan dan NGO

sunting

Ibrahim menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mulai 2005 hingga 2007 sewaktu Kongres Tahunan ke-42 FAM . Kemudian Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (2007-2009). Ibrahim jiga menjadi Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL).[2] Beliau juga pernah mewakili perlis fa pada tahun 80-an dan membuat 31 gol dan 51 kemunculannya.

Beliau juga pengerusi Yayasan Bumiputera Pulau Pinang tetapi berundur pada 1998.

Duta Besar ke Filipina

sunting

Pada 2 Jun 2010, beliau (64) terima watikah pelantikan sebagai Duta Besar ke Filipina daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.[3]

  1. Perubahan pendidikan di Malaysia : satu cabaran; Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
  2. Isu pendidikan di Malaysia / disusun oleh Ibrahim Saad ; - : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
  3. Dari Pedagogi ke Politik / Prof madya Dr. Ibrahim Saad;Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 1982.
  4. Social engineering - the role of the schools in Malaysia ; Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,Universiti kebangsaan Malaysia, 1980
  5. Pendidikan dan politik di Malaysia ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.
  6. Competing identities in a plural society : the case of peninsular Malaysia.

Keluarga

sunting

Pada 17 Disember 2008, anak sulungnya Zaiful Ayu Ibrahim (37) menceraikan Azlinda Suaymi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.[4]

Rujukan

sunting