Luqman Hakim Shamsudin

pemain bola sepak Malaysia

Luqman Hakim bin Shamsudin (Lahir 5 Mac 2002; di Kota Bharu) merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau kini dipinjamkan ke Njardvík FC, pasukan divisyen 2 Iceland.

Luqman Hakim Shamsudin
Maklumat peribadi
Nama penuh Luqman Hakim Bin Shamsudin[1]
Tarikh lahir (2002-03-05) 5 Mac 2002 (umur 21)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan, Malaysia[2]
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Njardvík FC/Njarðvík FC
Nombor 30
Kerjaya remaja
2014–2015 NFDP
2015–2019 Akademi Mokhtar Dahari
2019-2020 Selangor FC II
2020- KV Kortrijk B21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2020– KV Kortrijk 3 (0)
2023- Njardvík FC 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Malaysia B-16 6 (7)
2019– Malaysia B-19 10 (9)
2019– Malaysia B-23 11 (3)
2021– Malaysia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Oktober 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Mei 2021

Kerjaya Awal Sunting

Lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 5 Mac 2002, Luqman Hakim pertama kali ditemui oleh NFDP sebelum memulakan kerjayanya di Akademi Mokhtar Dahari.

Kerjaya Kelab Sunting

KV Kortrijk Sunting

Pada 20 September 2019, ia telah mengesahkan bahawa, Luqman telah menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan pasukan Divisyen Pertama Belgium K.V. Kortrijk, sebuah kelab Belgium yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia Vincent Tan.[3]Pemindahan itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Luqman yang membantu Malaysia mencapai perlawanan akhir Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019, akan menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan pasukan barunya pada 18 Mac 2020.

Dalam pada itu, beliau akan kekal di Malaysia sebelum berlatih dengan kelab Inggeris Cardiff City, satu lagi kelab yang dimiliki oleh Tan, selama tiga bulan pada bulan Januari 2020.[4]

Gol antarabangsa Sunting

B19 Sunting

Luqman Hakim – gol dari Malaysia B19
# Tarikh Venue Tentangan Jaringan Keputusan Kejohanan
1. 9 Ogos 2019 Ho Chi Minh, Vietnam   Singapura 1–0 3–1 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019
2. 13 Ogos 2019 Ho Chi Minh, Vietnam   Australia 2–0 3–0 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019
3. 17 Ogos 2019 Thủ Dầu Một, Vietnam   Indonesia 1–0 4–3 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2019
3. 2 November 2019 Phnom Penh, Kemboja   Kemboja 1–0 5–4 Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020
3. 6 November 2019 Phnom Penh, Kemboja   Brunei 4–0 11–0 Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020

B16 Sunting

Luqman Hakim – gol dari Malaysia B16
# Tarikh Venue Tentangan Jaringan Keputusan Kejohanan
1. 20 September 2017 Bekasi, Indonesia   Singapura 2–0 6–1 Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018
2. 20 September 2018 Kuala Lumpur, Malaysia   Tajikistan 4–0 6–2 Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018
3. 23 September 2018 Kuala Lumpur, Malaysia   Thailand 1–0 2–4 Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018

Kepujian Sunting

Antarabangsa Sunting

Malaysia B-19

Rujukan Sunting

  1. ^ "Kenali Pemain Malaysia di AFC U16". Football Association of Malaysia. Dicapai pada 20 September 2019.
  2. ^ "Biodata Luqman Shamsudin". Iluminasi.com. Dicapai pada 20 September 2019.
  3. ^ "Luqman Hakim sign up with Belgium club KV Kortrijk". The Star. Dicapai pada 24 September 2019.
  4. ^ "Luqman set big move to Europe". NST. Dicapai pada 24 September 2019.