Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur

(Dilencongkan dari MBSKL)

Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist atau Methodist Boys’ School (MBS) ialah sebuah sekolah menengah di dalam bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan telah diasaskan pada bulan Julai 1897. Sekolah ini juga dikenali sebagai Marble School di kalangan masyarakat Jalan Petaling. Setelah lebih daripada satu abad dan dua puluh satu tahun sejak penubuhannya oleh seorang pegawai perubatan British di atas kapal perang HMS Orion, Dr William T Kensett, MBSSKL telah dianugerahkan sekolah kluster oleh Kementerian Pendidikan. MBSSKL ialah satu-satunya sekolah di Kuala Lumpur yang ditubuhkan oleh seorang pegawai tentera British.

Methodist Boys' School
Lokasi
Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat
JenisSekolah menengah kebangsaan
MotoOra et Labora: Pray and Work (Berdoa dan Bekerja Keraslah)
Ditubuhkan1897
PengetuaMr. Wong Chee Kheon
KampusBandar
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist memiliki 644 orang pelajar lelaki menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 644 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah sunting

MBSKL telah diasaskan oleh Rev. Dr. William T. Kensett, seorang tentera laut Royal Navy kapal perang HMS Orion. Pada bulan Julai 1897, beliau mempunyai niat untuk mendirikan sebuah gereja dan sekolah bagi masyarakat Tamil di Kuala Lumpur lalu beliau telah meninggalkan Tentera Laut British. Sebuah kedai telah diperolehi di sudut Batu Road dan Java Street, dan sekolah yang didominasi Tamil telah dinamakan sekolah Anglo-Tamil.

Pada tahun 1904, sekolah ini telah dipindahkan ke premis terkini di Bukit Petaling lalu sekolah Anglo-Tamil telah dinamakan semula sebagai Methodist Boys' School Kuala Lumpur oleh Rev William E Horley, nama yang digunakan hingga ke hari ini.

Pada tahun 1954, Kumpulan 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company telah ditubuhkan di sekolah oleh En. Khoo Oon Soo dan Mr. R.A. Allen. Selepas beberapa tahun yang pertama, 1st KL telah dianjakkan ke Gereja Wesley hanya di pintu sebelah sekolah, manakala sekolah ini menggunakan premis gereja sebagai tempat mesyuarat yang pertama. Kumpulan 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company ialah kumpulan ketiga tertua di Malaysia, dan ia dikenali disebabkan oleh sejarahnya dalam keputusan pertandingan kugiran, kawad kaki dan Talent Time pada peringkat kebangsaan. Company juga menghasilkan satu koleksi President's Men dan Founder's Men, juga dua Queen's Men.

Pada tahun 1958, sekolah ini telah dibahagikan kepada sekolah menengah (MBSSKL) dan sekolah rendah (MBPSKL) mengikut dasar pendidikan negara pada waktu itu.

Lagu sekolah sunting

Majulah MBS,
Penuh azam baru,
Dengan semangat waja,
Kita menjulangkan namamu,
Majulah MBS,
Raih kejayaan,
Harumkan namamu selalu,
Kekalkan keunggulan.

Rumah sukan sunting

Rumah Sukan Nama Warna Moto
Foong Wah En. Foong Yat Wah Merah Unity, Courage and Faith
Doraisamy En. Doraisamy Pillai Ungu Labor Omnia Vincit (Labour conquers all things)
Chow Thye En. Loke Chow Thye Biru Ever Linking
Loke Yew En. Loke Yew Kuning To Serve, To Strive but Not To Yield
Horley Rev. Horley Hijau Ever Onward
Shellabear Rev. Shellabear Kelabu
Goh Tong En. Lim Goh Tong Oren
Mori En. T Mori Perang

Senarai pengetua MBSSKL sunting

  • 1897-1899 Dr. William Thomas Kensett, M.D.
  • 1899-1901 Rev. Samuel Abraham
  • 1901-1907 Rev. William Edward Horley, M.B.E.
  • 1908-1912 Mr. Robert T. McCoy, B.Sc
  • 1913 Rev. B.J.Baughman, M.A.
  • 1913 Rev. Walter Guy Parker, M.A.
  • 1914 Rev. Preston Littlepage Peach, M.A.,M.M.E
  • 1915 Rev. George F. Pykett
  • 1915-1919 Rev. Preston L. Peach, M.A.,M.M.E
  • 1919-1924 Rev. Walter Guy Parker, M.A.
  • 1924-1926 Mr. Thomas William Hinch, O.B.E.
  • 1926-1929 Rev. R.A. Blasdell, B.A. (memangku)
  • 1930-1933 Rev. T.W. Bowmar
  • 1934-1937 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
  • 1938 Rev. W.A. Schurr, M.A., B.D. (memangku)
  • 1939-1941 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
  • 1942-1944 <zaman perang>
  • 1945-1946 Mr. S. Kanagaratnam (memangku)
  • 1947-1948 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
  • 1949-1952 Mr. Hugh F. Clancy, B.A.
  • 1950-1951 Mr. T.K. Cheong (memangku)
  • 1952-1955 Dr. Ho Seng Ong, Ed.D, M.A., P.R.G.S
  • 1955-1968 Mr. T. Mori, R.C.D.
  • 1969-1978 Mr. Tan Hee Heng, R.C.D.
  • 1979-1985 Mr. Yong Chee Seng
  • 1986-1995 Mr. Loh Kung Sing
  • 1995-1996 Mrs. Hew Jih Ying
  • 1997-2004 Mr. Loo Wan Yong
  • 2004-2005 Ms. Moey Yoke Lai
  • 2005-2017 Mr. Wong Chee Kheon
  • 2017-2020 Mr. Ravi Chandran
  • 2020- kini Mr. Toh Kok Min

Alumni terkenal sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting