Maahad Darul Quran, Rusila

sekolah agama persendirian di Terengganu, Malaysia

Maahad Darul Quran ialah sebuah sekolah agama di Terengganu. Ia terletak di Kampung Rusila, Marang.[1] Ia ditubuhkan pada 1985[2] oleh sekumpulan graduan kelahiran Terengganu lepasan Timur Tengah. Ia diuruskan oleh sebuah Lembaga Pengarah[3], yang diselia oleh Parti Islam Se-Malaysia.[4]

Maahad Darul Quran
Bangunan Maahad Darul Quran bersambung dengan Masjid Kampung Rusila
Lokasi
Kampung Rusila
21080, Marang, Terengganu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahsekolah agama
Ditubuhkan1985
PengasasAbdul Hadi Awang
PengetuaIsmail Osman
Map

Penubuhan sunting

Maahad Darul Quran diasaskan pada 1985 oleh sekumpulan ulama muda lepasan Timur Tengah yang berasal dari Terengganu. Mereka ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar dan Ustaz Husain Awang.[5] Bangunan kelas dan pejabat pentadbiran sekolah ini berada dalam sebuah bangunan empat tingkat yang bersambung dengan Masjid Kampung Rusila.[4]

Pendidikan sunting

Maahad ini ialah sebuah sekolah menengah berasrama. Para pelajar terdiri daripada remaja Muslim dari usia 13 hingga 19 tahun, dan didik selama 7 tahun sebagai persediaan menjadi seorang ulama. Sukatan pelajarannya cenderung kepada bahasa Arab dan agama Islam, dan menyerap sukatan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. [4]

Tiga tahun pertama dikenali sebagai Idadi (Arab: الإعدادي). Para pelajar mempelajari 18 mata pelajaran, enam daripadanya ialah sukatan pendidikan Malaysia iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains dan Geografi. Empat tahun berikutnya dikenali sebagai Sanawi (Arab: الثانوي). Mata pelajaran meningkat kepada 22, mata pelajaran lebih banyak kepada al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hazuieen, Nurul (2016-03-22). "Visit by Maahad Darul Quran, Terengganu". Al-Madinah International University (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-02.
  2. ^ "Asrama Sekolah Maahad Darul Quran Di Marang Terbakar - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-02-05. Dicapai pada 2024-03-02.
  3. ^ "Pendidikan Fokus Utama Kerajaan". TRDI News. Dicapai pada 2024-03-02.
  4. ^ a b c d Tong, Y. S. (2002-02-27). "PAS madrasah - a different school of thought". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-03-02.
  5. ^ "Ustaz ABC Dalam Kenangan Kolektif Kita Semua, Lapan Tahun Kerinduan! – Media Islam" (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-24. Dicapai pada 2024-03-02.