Majlis Tertinggi Perang (Jepun)
Majlis Tertinggi Perang atau Supreme War Council (軍事参議官会議 , Gunji sangikan kaigi) telah ditubuhkan semasa pembangunan kerajaan berperwakilan dalam pemerintahan Meiji Jepun bagi mengukuhkan lagi kekuasaan negara. Pemimpin pertamanya ialah Yamagata Aritomo (1838–1922), anak kelahiran Chōshū yang telah dipuji dengan penubuhan Tentera Darat Imperial Jepun moden dan merupakan Perdana Menteri Jepun yang pertama. Majlis Tertinggi Perang membangunkan satu sistem mengikut ciri-ciri staf am Jerman dengan seorang ketua turus mempunyai hubungan langsung kepada Maharaja dan boleh mengurus menteri tentera darat dan para pegawai awam secara bebas. Majlis Tertinggi Perang adalah kabinet dalaman de facto Jepun sebelum Perang China-Jepun Kedua.
Mesyuarat Perhubungan
suntingDari November 1937 dan menurut arahan Maharaja Shōwa, Gunji sangikan kaigi telah berkuatkuasa digantikan dengan Markas Besar Imperial-Mesyuarat Perhubungan Kerajaan. Majlis Perhubungan telah digunakan oleh Maharaja untuk membawa ketua-ketua turus tentera darat dan tentera laut kedalam rundingan yang lebih dekat dengan kerajaannya, dan untuk membantu menyepadukan keputusan dan keperluan dua cabang tentera tersebut dalam Markas Besar Imperial dengan sumber-sumber serta polisi keseluruhan kerajaan. Keputusan terakhir Mesyuarat Perhubungan secara rasmi didedahkan dan diluluskan pada Persidangan Imperial yang mana Maharaja sendiri menjadi pengerusi di Istana Maharaja Tokyo Kyūden.
Ahli majlis mesyuarat seperti berikut:
- Maharaja Jepun
- Perdana Menteri: Fumimaro Konoe, Hiranuma Kiichirō, Nobuyuki Abe, Mitsumasa Yonai
- Menteri Luar Negeri
- Menteri Tentera Darat
- Menteri Tentera Laut
- Ketua Staf Am Tentera Darat
- Ketua Staf Am Tentera Laut
Pada malam sebelum Serangan Pearl Harbor, ahli majlis mesyuarat ialah:
- Maharaja Shōwa
- Perdana Menteri: Jeneral Hideki Tojo
- Menteri Luar Negeri: Shigenori Tōgō
- Menteri Tentera Darat: Jeneral Hideki Tojo
- Menteri Tentera Laut: Laksamana Shigetaro Shimada
- Ketua Staf Am Tentera Darat: Jeneral Hajime Sugiyama
- Ketua Staf Am Tentera Laut: Laksamana Osami Nagano
Majlis Penasihat Tertinggi Hala Tuju Perang
suntingPada tahun 1944, Perdana Menteri Kuniaki Koiso menubuhkan Majlis Penasihat Tertinggi Hala Tuju Perang (Saikō sensō shidō kaigi), bagi menggantikan Majlis Tertinggi Perang. Pada penghujung peperangan pada 14 Ogos 1945, ia mengandungi ahli berikut:
- Perdana Menteri: Laksamana Kantarō Suzuki
- Menteri Luar Negeri: Shigenori Togo
- Menteri Tentera Darat: Jeneral Korechika Anami
- Menteri Tentera Laut: Laksamana Mitsumasa Yonai
- Ketua Staf Am Tentera Darat: Jeneral Yoshijirō Umezu
- Ketua Staf Am Tentera Laut: Laksamana Soemu Toyoda