Marrakesh

(Dilencongkan dari Marrakech)

Marrakesh atau Marrakech (dari bahasa Perancis, Arab: مراكش, rumi: murrākuš; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵎⵓⵔⴰⴽⵓⵛ, rumi: amurakuš[3]) ialah bandar keempat terbesar dalam negara Maghribi. Ia adalah salah satu daripada empat bandar diraja kerajaan negara tersebut terletak di sebelah barat kaki Pergunungan Atlas 580 kilometer jauh barat daya Tangier, 327 km barat daya ibu kota Rabat, 239 km jauh selatan Casablanca, dan 246 km jauh timur laut Agadir.

Marrakesh
Prefecture-level city

Atas: lebuh persiaran luar Masjid Kutubiyah
Pemandangan Jemaa el-Fnaa
Bendera Marrakesh
Peta Marrakesh
Peta Marrakesh
Marrakesh is located in Bumi
Marrakesh
Marrakesh (Bumi)
Koordinat: 31°37′48″N 8°0′32″W / 31.63000°N 8.00889°W / 31.63000; -8.00889Koordinat: 31°37′48″N 8°0′32″W / 31.63000°N 8.00889°W / 31.63000; -8.00889
Negara Maghribi
KawasanMarrakesh-Safi
PrefekturMarrakesh
Didirikan1070
Diasaskan olehAbu Bakr ibn Umar
Kerajaan
 • Datuk BandarFatima Zahra Mansouri
Aras
466 m (1,529 ft)
Penduduk
 (2014)[1]
 • Jumlah928,850 org
 • Rank4th in Morocco[a]
DemonimMarraksyi
Zon waktuUTC+1 (CET)
  1. ^ The High Commission for Planning defines the city of Marrakesh as comprising the municipality of Méchouar-Kasba and the five arrondissements of Annakhil, Gueliz, Marrakech-Médina, Ménara and Sidi Youssef Ben Ali.[2]
Marrakesh
Nama asliMrrakc
Nama rasmiMedina of Marrakesh
Sebahagian dari
Imperial cities of Morocco Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1985 (sesi ke-9)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kota ini diasaskan dalam kawasan orang Amazigh pada 1070 oleh Amir Abu Bakar ibn Umar sebagai kota pusat kerajaan Murabitun. Pembangunan kota ini diperkukuhkan benteng kubu merah terkenalnya sehingga dijolok "Kota Merah" (المدينة الحمراء, ville ocre) serta berkembang pesat sebagai suatu pusat kebudayaan, keagamaan dan perdagangan untuk rantau Maghreb benua Afrika sehingga beralih kepada Fes. Ia kembali menjadi kota diraja yang dimakmurkan semula semasa zaman kesultanan Saadiyah dari abad ke-16 menjadi tarikan terutamanya sebagai tempat beberapa wali dan sarjana Islam yang terkenal di rantau utara Afrika itu.

Kota moden sinambungan kini masih merupakan pusat ekonomi dan perdagangan berpengaruh di negara tersebut. Ia menempatkan Jemaa el-Fnaa iaitu dataran paling sibuk di Afrika, malah pekarangan kotanya menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.[4]

Penamaan sunting

Maksud sebenar nama kota ini sangat dipertelingkahkan.[5] Satu kemungkinan asal nama tempat ini adalah daripada perkataan bahasa Amazigh ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ amur (n) akush yang bermaksud "Tanah Tuhan".[3] Ahli sejarah Susan Searight bagaimanapun berpendapat nama ini ada duluan dalam catatan manuskrip abad ke-11 di perpustakaan Qarawiyyin kota Fez di mana maknanya diberikan sebagai "negara anak-anak Kush".[6] Nama ini dibaratkan sama ada kepada "Marrakesh" dalam bahasa Inggeris[7][8] atau "Marrakech" dalam bahasa Perancis.[3]

Sejarah sunting

Geografi sunting

Kota ini terletak di lembah sungai Tensift[9] yang melalui kawasan utara pinggir kota itu manakala lembah sungai Ourika terletak 30 km dari selatan kota; lembah Ourika sendirinya menjadi pemandangan tarikan utama di kota ini[10] selain gunung-ganang Atlas terlitup salji sejauh mata memandang pada musim sejuk.[11]

Suhu dan iklim sunting

Marrakesh banyaknya beriklim separa gersang panas (kelas Köppen: BSh) dengan purata suhu berkisar antara 12 °C (54 °F) pada musim sejuk hingga 26–30 °C (79–86 °F) pada musim panas. Corak kerpasan musim sejuk dan musim panas yang agak basah di Marrakesh mencerminkan corak kerpasan yang terdapat di iklim Mediterranean namun curahan hujan setempat kurang sedikit daripada yang biasa ditemui dengan purata disukat 281.3 mm setahun dari 1961 hingga 1990.

Data iklim untuk Marrakesh, Maghribi (Lapangan Terbang Antarabangsa Menara) 1981–2010, lampauan 1900–kini
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 30.1
(86.2)
34.3
(93.7)
37.0
(98.6)
39.6
(103.3)
44.4
(111.9)
46.9
(116.4)
49.6
(121.3)
48.6
(119.5)
44.8
(112.6)
38.7
(101.7)
35.2
(95.4)
30.0
(86.0)
49.6
(121.3)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 18.6
(65.5)
20.5
(68.9)
23.5
(74.3)
25.0
(77.0)
28.3
(82.9)
32.8
(91.0)
37.2
(99.0)
36.6
(97.9)
32.5
(90.5)
27.9
(82.2)
22.9
(73.2)
19.6
(67.3)
27.1
(80.8)
Purata suhu harian, °C (°F) 12.2
(54.0)
14.2
(57.6)
17.0
(62.6)
18.4
(65.1)
21.3
(70.3)
25.1
(77.2)
28.9
(84.0)
28.6
(83.5)
25.6
(78.1)
21.6
(70.9)
16.8
(62.2)
13.5
(56.3)
20.3
(68.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 5.8
(42.4)
8.0
(46.4)
10.4
(50.7)
11.9
(53.4)
14.4
(57.9)
17.5
(63.5)
20.5
(68.9)
20.6
(69.1)
18.7
(65.7)
15.3
(59.5)
10.7
(51.3)
7.3
(45.1)
13.4
(56.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −2.3
(27.9)
−3.0
(26.6)
0.4
(32.7)
2.8
(37.0)
6.8
(44.2)
9.0
(48.2)
10.4
(50.7)
6.0
(42.8)
10.0
(50.0)
1.1
(34.0)
0.0
(32.0)
−1.6
(29.1)
−3.0
(26.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 29.5
(1.16)
29.6
(1.17)
36.6
(1.44)
24.4
(0.96)
10.5
(0.41)
4.0
(0.16)
2.3
(0.09)
2.7
(0.11)
9.7
(0.38)
17.5
(0.69)
28.7
(1.13)
24.6
(0.97)
220.3
(8.67)
Purata bilangan hari kerpasan 7.6 6.8 7.5 7.7 4.8 1.2 0.6 1.2 2.8 5.5 6.6 6.5 58.8
Purata kelembapan relatif (%) 65 66 61 60 58 55 47 47 52 59 62 65 58
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 230.1 216.5 252.8 270.2 303.1 359.7 330.4 315.1 268.8 251.5 228.9 226.6 3,253.7
Peratus mungkin sinaran matahari 71 68 67 65 66 75 77 78 73 72 65 71 71
Sumber 1: World Meteorological Organization,[12] NOAA (precipitation days 1961–1990),[13] Weather Atlas (percent sunshine) [14]
Sumber 2: Deutscher Wetterdienst (record highs for February, April, May, September and November, and humidity),[15] Meteo Climat (record highs and record lows for June, July and August only)[16]
Data iklim Marrakesh
Bulan Jan Feb Mar Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tempoh siang seharian 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 14.0 14.0 13.0 12.0 11.0 11.0 10.0 12.1
Indeks ultraungu purata 3 5 7 8 10 11 11 10 9 6 4 3 7.3
Source: Weather Atlas[14]

Seni bina sunting

Seluruh kota ini dikelilingi tembok pertahanan merah kejinggaan diperbuat daripada campuran tanah liat dan batu kapur memanjang sejarak lebih dua belas kilometer setinggi 19 kaki (5.8 m) membentuk suatu kompleks perbentengan. Tembok ini mempunyai 20 buah gerbang pintu (bab) termasuk Bab Agnaouyang utama serta 200 buah menara pemerhati.[17] Dalam kawasan kota lama juga terdapat sebanyak lapan buah gerbang pintu utama iaitu Bab Doukkala, Bab el-Khemis, Bab ad-Debbagh, Bab Aylan, Bab Aghmat, Bab er-Robb, Bab el-Makhzen dan Bab el-'Arissa dibina zaman Murabitun.[18][19]

Kekayaan bandar bersejarah ini turut dinampakkan dari banyak istana mahligai dan taman kebun bunga yang tersergam indah serata pelusuk kota ini.

Istana dan binaan bersejarah sunting

 
Istana El Badi

Istana yang paling terkenal hari ini ialah Istana El Badi dan Istana Bahia serta Istana Diraja utama salah satu persemayaman rasmi Raja Maghribi.

Kota ini terkenal dengan rumah-rumah agama lama yang dibina mempunyai pekarangan kebun dalaman terbuka bertembok tinggi atau riad yang bertujuan melindungi isi penghuni dan mengawal suhu sekitar bangunan. [20] Banyak riad ini dibina paling tua sejak zaman Saadiah sampailah ke abad ke-19 dan ke-20.[21][19]

Masjid-masjid sunting

 
Masjid Kutubiyah di dataran kota


Kota ini terkenal dengan banyak masjid hebat didirikan selama zaman kota ini. Masjid yang paling terkenal adalah Masjid Kutubiyah terletak di barat daya Jemaa el-Fnaa diasaskan pada tahun 1147 oleh khalifah Abd al-Mu'min dengan menaranya memuncak setinggi 77 meter dianggap sebagai mercu tanda penting kota tersebut.[22][19] Masjid Bin Yusuf adalah masjid tertua dibina pada abad ke-12 menjadi tumpuan warga kota ini bersembahyang Jumaat.[23]

Pasar-pasar sunting

Marrakesh banyak pasar terbuka yang mengkhusus kepada penjualan pelbagai barangan kraftangan dan tukangan budaya termasuk produk kulit haiwan, permaidani, alatan besi, tembikar dan barangan kesenian seperti lampu.[24] Tempat dagangan yang paling besar adalah di Jemaa el-Fnaa.

Rujukan sunting

  1. ^ "Morocco Population Census - Marrakesh (مراكش)". High Commission for Planning. 19 March 2015. m/s. 7. Dicapai pada 12 August 2017.
  2. ^ "Note de présentation des premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2014" (dalam bahasa Perancis). High Commission for Planning. 20 March 2015. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 9 October 2017.
  3. ^ a b c Nanjira 2010.
  4. ^ Harrison 2012, m/s. 144.
  5. ^ Shillington 2005.
  6. ^ Searight 1999.
  7. ^ Bosworth 1989.
  8. ^ Cornell 1998.
  9. ^ Tanouti, Oumaima; Molle, François (2013). "The Reappropriation of Water in Overexploited Basins: The Case of the Tensift Basin (Morocco)". Études rurales. 192 (2): 79–96. doi:10.4000/etudesrurales.9902. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-07. Dicapai pada 2021-01-27.
  10. ^ Rogerson & Lavington 2004, m/s. 49.
  11. ^ Barrows 2004, m/s. 73.
  12. ^ "World Meteorological Organization Climate Normals for 1981–2010". World Meteorological Organization. Dicapai pada 10 November 2021.
  13. ^ "Marrakech (Marrakesh) Climate Normals 1961–1990". Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2020. Dicapai pada 26 Januari 2016.
  14. ^ a b "Marrakesh, Morocco - Monthly weather forecast and Climate data". Weather Atlas. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2019. Dicapai pada 8 February 2019.
  15. ^ "Klimatafel von Marrakech / Marokko" (PDF). Baseline climate means (1961-1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 Mac 2019. Dicapai pada 26 Januari 2016.
  16. ^ "Station Menara" (dalam bahasa Perancis). Météo Climat. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2018. Dicapai pada October 14, 2016.
  17. ^ Christiani 2009, m/s. 43.
  18. ^ Allain, Charles; Deverdun, Gaston (1957). "Les portes anciennes de Marrakech". Hespéris (dalam bahasa Perancis). 44: 85–126. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2021. Dicapai pada 6 September 2020.
  19. ^ a b c Wilbaux 2001.
  20. ^ Davies 2009.
  21. ^ Salmon 2016.
  22. ^ Gregg, Gary S. (15 February 2007). Culture and Identity in a Muslim Society. Oxford University Press. m/s. 62. ISBN 978-0-19-531003-0. Dicapai pada 7 October 2012.
  23. ^ Deverdun 1959, m/s. 98–99.
  24. ^ Sullivan 2006, m/s. 148.
Sumber utama