Marwan Barghusi

ahli politik Palestin

Marwan Barghusi (juga dieja sebagai al-Barghuthi atau al-Barghouthi; Arab: مروان البرغوثي; lahir 6 Jun1959) ialah seorang tokoh politik Palestin yang kini sedang ditahan dan dipenjarakan atau tuduhan membunuh oleh mahkamah Israel.[1] Beliau dikenali sebagai pemimpin dalam Intifadah Pertama dan Kedua. Barghusi pada suatu ketika menyokong proses pendamaian, tetapi kemudian kecewa dengan proses tersebut, dan selepas tiba tahun 2000 beliau menjadi pemimpin dalam Intifadah Kedua dari Tebing Barat.[1][2] Barghusi ialah pemimpin bagi Tanzim, sebuah cabang ketenteraan Fatah.[3]

Marwan Barghusi
مروان البرغوثي
Anggota Majlis Perundangan Palestin[1]
Memegang jawatan
2006
Berkhidmat dengan 65 orang perwakilan senarai parti dari perlbagai parti politik Palestin yang lain
Kumpulan parlimenGerakan Fatah
Dalam jawatan
1996[1] – 2006
Berkhidmat dengan Abdul Jawad Hamayyel, Qaddoura Faris, Abdul Fatah Hamayyel, Jamil Al-Tarifi, Azmi Al-Shuaibi, Ghazi Hanania
Kumpulan parlimenGerakan Fatah
Kawasan pilihan rayaRamallah
Butiran peribadi
LahirMarwan Hasib Ibrahim Barghusi
Arab: مروان حسيب ابراهيم البرغوثي

(1959-06-06) 6 Jun 1959 (umur 64)
Kobar,[1] Tebing Barat, Jordan
KerakyatanPalestin[1]
Parti politikFatah (1974–2005, 2006–kini)[1]
Al-Mustaqbal (2005–2006)
PasanganFadwa Barghusi
Anak-anak4

Pihak berkuasa Israel menggelar Barghusi sebagai pengganas, menuduh beliau mengarahkan banyak serangan, termasuklah pengeboman berani mati, yang mensasarkan orang awam dan tentera.[4] Barghusi pernah ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel pada 2002 di Ramallah.[1] Beliau dibicarakan dan disabitkan tuduhan membunuh, dan dikenakan lima hukuman penjara seumur hidup. Marwan Barghusi enggan mengemukakan pembelaan terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, kekal mengatakan perbicaraan terhadapnya itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.

Barghusi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam Fatah walaupun dalam penjara.[5] Dengan populariti yang menjangkau lebih jauh daripada itu, terdapat beberapa spekulasi sama ada beliau boleh menjadi calon penyatuan dalam usaha untuk menggantikan Mahmud Abbas.[6]

Dalam rundingan pertukaran tawanan Palestin untuk askar Israel yang ditangkap Gilad Shalit, Hamas berkeras untuk memasukkan Barghusi dalam perjanjian pertukaran dengan Israel;[7][8] walau bagaimanapun, Israel tidak mahu akur dengan tuntutan tersebut. Walaupun laporan awal menyatakan bahawa beliau akan dibebaskan pada persetujuan antara Israel dan Hamas pada 11 Oktober 2011, ia kemudiannya idnafikan oleh sumber Israel.[9][10]

Pada November 2023, Barghusi menggesa Pihak Berkuasa Palestin untuk dengan segera menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel dan menyeru kepada Intifadah Ketiga menentang Israel.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h "Profile: Marwan Barghusi". BBC News. 26 November 2009. Retrieved 9 August 2011.
  2. ^ Bahaa, Sherine. "'Israel's enemy number one'" Diarkibkan 26 September 2009 di Wayback Machine. Al-Ahram Weekly 18–24 April 2002. Issue no. 582. Retrieved 9 August 2011.
  3. ^ Anthony H. Cordesman (2006). Arab-Israeli Military Forces in an Era of Asymmetric Wars. Praeger Security International. m/s. 315. ISBN 0-275-99186-5.
  4. ^ Marwan Barghusi incitement. Accessed: 29 August 2010.
  5. ^ "An interview with Marwan Barghusi". IMEU. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2009. Dicapai pada 9 July 2010.
  6. ^ Mort, Jo-Ann (14 August 2009). "Why a Jailed Dissident Is Palestine's Best Hope". Foreign Policy.
  7. ^ Nahmias, Roee (22 July 2008). "Report: Israel refuses to release Ahmad Saadat". Ynetnews. Dicapai pada 9 July 2010.
  8. ^ "Labor minister: Israel must consider freeing Fatah victor Barghusi". Haaretz. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2010. Dicapai pada 9 July 2010.
  9. ^ Benari, Elad (12 October 2011). "Sbarro Female Terrorist Among Those Freed". Arutz Sheva. Dicapai pada 17 April 2017.
  10. ^ Keinon, Herb (11 October 2011). "Marwan Barghusi won't be released in deal, officials say". The Jerusalem Post. Dicapai pada 17 April 2017.
  11. ^ Umberto Bacchi, Marwan Barghusi Calls Third Intifada Against Israel. 11 November 2014, International Business Times.

Bacaan lanjut sunting

Pautan laur sunting