Masjid Agung Semarang
Masjid Agung Semarang atau Masjid Agung Jawa Tengah adalah masjid yang terbesar di kota Semarang, provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Mula dibina pada 2001 dan siap pada 2006 di tanah seluas 10 hektar. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono merasmikannya pada 14 November 2006.
Masjid Agung Jawa Tengah | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Semarang, Jawa Tengah, Indonesia |
Agama | Islam |
Negara | Indonesia |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Ir. H. Ahmad Fanani |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Perpaduan Aritektur Jawa dan Arab |
Pecah tanah pada | 10.000 M2 |
Disiapkan pada | 14 November 2006 |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 6.000 ditambah 10.000 jamaah (Kapasitas serambi masjid) |
Bil. kubah | 1 |
Lebar kubah (luaran) | 20 meter |
Bil. menara masjid | 4 Menara masjid ditambah 1 Menara terpisah |
Tinggi menara masjid | 62 meter (Menara Masjid), 99 meter (Menara Asmaul Husna) |
Tapak masjid ini adalah wakaf milik Masjid Besar Kauman Semarang yang lama terbiar dan bertukar milik kepada PT. Sambirejo dan seterusnya kepada milik PT. Tensindo milik Tjipto Siswoyo. Hasil rundingan, hal milik diperolehi semula.
Pembangunan masjid bermula pada hari Jumaat, 6 September 2002 oleh Menteri Agama Republik Inbdonesia Prof. Dr. H. Said Agil Husen al-Munawar, KH. MA Sahal Mahfudz dan Gabenor Jawa Tengah, H. Mardiyanto. Duta dari Arab Saudi, United Arab Emirat, , Qatar, Kuwait, Mesir, Palestin, dan Abu Dhabi turut hadir.
Ruang sembahyang seluas 7.669 meter persegi telah dibina dengan kos Rp 198.692.340.000.Masjid ini pertama kali digunakan untuk sembahyang Jumaat pada 19 Mac 2004 dengan Khatib Drs. H. M. Chabib Thoha.
Senireka
suntingSenireka Masjid Agung Jawa Tengah ini menurut senireka Jawa, Islam dan Romawi. Arkitek utama ialah Ir. H. Ahmad Fanani dari PT. Atelier Enam Bandung yang menang pertandingan pada tahun 2001.
Unsur Romawi jelas terlihat pada bangunan 25 pilar masjid. Ia menyerupai koloseum Athen di Rom, Itali. Terdapat kaligrafi dari bahasa Arab yang mewakili 25 Nabi dan Rasul dan dua kalimat syahadat.
Menara Al Husna setinggi 99 meter. Tingkat bawah digunakan sebagai Muzium Kebudayaan Islam Semarang.Di menara terdapat 5 buah teropong bagi melihat sekitar kota Semarang dan melihat anak bulan Ramadan. Teropong ini dari jenama Boscha.