Mengkibol adalah satu pekan besar di Kluang, Johor, Malaysia. Sungai Mengkibol adalah sungai utama berdekatan pekan Mengkibol. Bandar Kluang terletak di sebelah timur Mengkibol.

Antara lokasi berhampiran ialah Hutan Simpan Gunung Lambak, Kampung Mengkibol, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol, Taman Muhibbah, Kampung Baharu Yap Tau Sah , Taman Kampung Masjid, Taman Intan dan lain-lain. Tasik Sembrong atau Empangan Sembrong terletak di sebelah barat.

Stesen kereta api Mengkibol menjadi stesen ke Kuala Lumpur atau ke selatan iaitu ke Johor Bahru.

Wakil rakyat sunting

Penduduk di sini ramai dari kaum Cina terutama di Kampung Baharu Yap Tau Sah. Dalam Pilihan raya 1995 dan 1999 Ng Kim Lai (BN) menang. Beliau menewaskan Teo Chue Koon dari DAP.

Pada 2004, Gan Ping Sieu , Naib Presiden MCA menjadi Adun Mengkibol dengan majoriti 9095 undi. Tapi pada 2008 beliau kalah kepada calon DAP. Mengkibol terletak dalam Parlimen Kluang. Satu lagi DUN dalam Parlimen Kluang adalah Dun Mahkota. Ng Lam Hua (DAP) mendapat 13,538 undi . Sementara Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu (BN) mendapat 12,257 undi.