Gan Ping Sieu
Senator Gan Ping Sieu @ Gan Ping Shou (lahir 18 April 1966) di Kluang adalah politik MCA di kawasan DUN Mengkibol, Kluang, Johor. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden MCA dan sebagai Senator di Dewan Rakyat. Beliau juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua MCA Bahagian Kluang.
Gan Ping Sieu | |
---|---|
颜炳寿 | |
Ahli Dewan Undangan Johor State Legislative bagi Mengkibol | |
Dalam jawatan 21 March 2004 – 8 March 2008 | |
Didahului oleh | Ng Kim Lai (MCA–BN) |
Digantikan oleh | Ng Lam Hua (PR–DAP) |
Majoriti | 9,095 (2004) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kluang, Johor, Malaysia. | 18 April 1966
Kerakyatan | Malaysian |
Parti politik | Malaysian Chinese Association (MCA) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Tempat belajar | University of London, Lincoln's Inn, International Islamic University Malaysia, University of Malaya |
Pekerjaan | politik |
Bidang pengkhususan | Lawyer |
Laman web | Official Facebook |
Politik
suntingPada 2004, Gan Ping Sieu menjadi Adun Mengkibol dengan majoriti 9095 undi selepas menang dalam Pilihan raya 2004 dan dilantik sebagai Ahli jawatankuasa Pusat MCA (CC) dan Ketua Biro Pendidikan Politik.
Tapi pada 2008 beliau kalah kepada calon DAP. Mengkibol terletak dalam Parlimen Kluang. Satu lagi DUN dalam Parlimen Kluang adalah Dun Mahkota. Ng Lam Hua (DAP) menang dengan mendapat 13,538 undi dan majoriti 561 undi. Sementara Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu (BN) mendapat 12,257 undi . Dalam Pilihan raya 1995 dan 1999 Ng Kim Lai (BN) menang di Mengkibol. Beliau menewaskan Teo Chue Koon dari DAP.
Pengundi kawasan Mengkibol dari Gunung Lambak, Kampung Mengkibol, Taman Muhibbah, Kampung Baharu Yap Tau Sah , Taman Kampung Masjid, Taman Intan dan lain-lain.
Pada 29 November 2011, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau berharap sasaran satu juta sukarelawan menjelang akhir tahun 2012 akan tercapai.