Muhammad Salleh bin Perang

Dato' Muhammad Salleh Bin Daeng Perang SPMJ (1841 – 2 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau ialah merancang pembangunan negeri Johor dan Dato' Muhammad Salleh Bin Daeng Perang ini juga ialah seorang NEGARAWAN, ahli bahasa, perancang bandar, juru ukur, jeneral, ahli inovasi, pendakwah, sastrawan, juru bahasa, budayawan, negarawan dan seniman muzik (Dato'Muhammad Salleh Bin Daeng Perang Berketurunan Bangsawan Daeng Bugis Raja Bugis Dikerajaan Negeri Luwuk Sulawesi)

Datuk Bentara Luar Johor – Datuk Mohd Salleh Bin Daeng Perang

Sumbangan sunting

Datuk Mohd. Salleh Bin Daeng Perang ialah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan Jawi. Tindakan pertamanya ialah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893). Beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar merangkap Menteri Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.

Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahun 1880-an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan cikgu sekolah, jurutulis (kerani), juru ukur, pesuruhjaya tanah negeri, pesuruhjaya polis Negeri, perancang bandar, Dato’Bentara Luar (Menteri Luar) dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri,ahli Jumaah Diraja dan juga ahli Jumaah Menteri.

Membuka bandar Batu Pahat sunting

Ketika itu, Batu Pahat merupakan sebuah petempatan kecil yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Batu Pahat yang terletak di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat dikenali ketika itu sebagai "Pulau Kundur".

Pada 4 November 1893, Dato’Muhammad Salleh Bin Daeng Perang yang tinggal di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Seminggu kemudian pada 11 November, Sultan Abu Bakar menitahkan beliau untuk membuka Batu Pahat. Namun beliau memulakan usaha bagi membangun bandar itu dan menyediakan kemudahan jalan serta pejabat-pejabat kerajaan, dengan sistem pentadbiran moden.

Pembukaan rasmi Batu Pahat diadakan pada 1 Januari 1894 oleh Dato’Muhammad Salleh Bin Daeng Perang sendiri dan dihadiri oleh Orang-orang Kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Bandar itu mula berkembang maju di bawah Dato’Muhammad Salleh Bin Daeng Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat. Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, dan menggalakkan orang-orang kampung membuka kebun dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama, pelabur-pelabur asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato’Muhammad Salleh Bin Daeng Perang berbahasa Cina merupakan faktor yang menyebabkan beliau disukai oleh orang Cina serta faktor yang membawa kemajuan ekonomi dan harmoni kepada daerah ini. Kejayaan beliau dalam pentadbiran Batu Pahat diakui oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor, dalam rangka lawatan tugas Ungku di Batu Pahat pada 21 Disember 1896 dan Dato’Muhammad Salleh Bin Daeng Perang juga yang membuka bandar johor baharu,muar dan bandar-bandar yang lain didalam kawasan negeri johor

Bersara sunting

Apabila Sultan Abu Bakar mangkat, perubahan pemerintahan telah dirasai apabila Kerajaan British telah mula memperluas pengaruh mereka.

Pada 3 April 1909, Dato' Bentara Luar telah menerima surat daripada Dato' Seri Amar DiRaja menyuruh beliau bersara daripada jawatannya kerana faktor usia umurnya.

Sepanjang hayat Dato' Bentara Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada Raja dan telah membuktikan bahawa beliau mampu memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dengan menggunakan daya usaha sendiri. Dato'Bentara Luar Akhirnya pada 21 Mei, 1912, Dato' Bentara Luar terus bersara dan usia beliau ketika itu ialah 71 tahun. Beliau digantikan oleh Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat. Di bawah Ungku Ahmad, Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat British untuk menjalankan pentadbiran.

Meninggal dunia sunting

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 2 Julai 1915 (jam 6.15 petang) bersamaan dengan 18 Syaaban 1333 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru.

 
Makam Dato' Bentara Luar Johor, Dato' Muhammad Salleh Bin Daeng Perang Dikawasan Kota Raja, Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Rujukan sunting