Mydin Mohamed Ghulam Hussein

Mydin Mohamed Ghulam Hussein (1928–1 Ogos 2016) ialah seorang usahawan, eksekutif dan perintis dalam industri peruncitan Malaysia.[1] Beliau mengasaskan pasar raya Mydin pada 1957 di Kota Bahru, Kelantan[2] yang bermula sebagai sebuah kedai kayu kini berkembang sebagai rangkaian pasar raya tempatan terbesar di Malaysia.[3]

Mydin Mohamed
KelahiranMydin Mohamed bin Ghulam Hussein
1928
Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal dunia1 Ogos 2016 (umur 88)
Kuala Lumpur
PekerjaanUsahawan, eksekutif perniagaan, pengasas Mydin
PasanganRowshan Bhai
Anak7 (termasuk Ameer Ali Mydin)

Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2016, beliau turut menghidap penyakit diabetis, namun tidak serius dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Beliau meninggalkan seorang balu, Rowshan Bhai dan tujuh orang anak termasuk anak keduanya, Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan Mydin.[4] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.[5]

RujukanSunting

  1. ^ Anith Adilah (4 Ogos 2016). Mydin founder ― a charitable tycoon and avid perfumer The Malay Mail. Dicapai pada 26 September 2016.
  2. ^ Pengasas Mydin meninggal dunia pada usia 88 tahun Astro Awani (1 Ogos 2016). Dicapai pada 26 September 2016.
  3. ^ Nik Maheran Nik Muhammad; Filzah Md Isa; Siti Norezam Othman (29 July 2013). "Mydin transformation focus: leadership and organizational change". Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia. Emerald Group Publishing Limited, Academia.edu. doi:10.1108/20450621111180963. ISSN 2045-0621. Dicapai pada 18 April 2016.
  4. ^ Mohd Iskandar Ibrahim (1 Ogos 2016). Pengasas Mydin meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 26 September 2016.
  5. ^ Mydin hypermarket chain founder dies at 88 New Straits Times (1 Ogos 2016). Dicapai pada 26 September 2016.