Narubadin Weerawatnodom

Narubadin Weerawatnodom[2] (Bahasa Thai: นฤบดินทร์ วีรวัฒโนดม, RTGSNaruebodin Wirawatnodom, lahir 12 Julai 1994) ialah seorang pemain bola sepak profesional Thailand yang bermain di bahagian bek kanan bagi kelab Liga T1 Buriram United dan pasukan kebangsaan Thailand.

Narubadin Weerawatnodom
Weerawatnodom bermain bagi Buriram FC pada perlawanan 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Narubadin Weerawatnodom
Tarikh lahir (1994-07-12) 12 Julai 1994 (umur 29)
Tempat lahir Phra Ayutthaya, Thailand
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)[1]
Posisi permainan Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Buriram United F.C.
Nombor 15
Kerjaya remaja
2011 Police United F.C.
2012 BEC Tero Sasana
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2014 BEC Tero Sasana 50 (2)
2015– Buriram United F.C. 196 (5)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Thailand B-19 8 (2)
2012–2016 Thailand B-23 22 (7)
2013–2022 Thailand 37 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 November 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Kerjaya liga sunting

BEC-Tero Sasana sunting

Narubadin memulakan kerjaya liga senior dengan menyertai BEC-Tero Sasana dari bekas kelabnya, Polis Diraja United pada tahun 2012. Bersama dengan Sasana, ia telah tampil dalam 50 perlawanan dan menyokong pertahanan bagi mendapat penjagaan sempurna. Selama bermain di kelab itu, Narubadin telah menjaringkan 2 gol pada kejohanan liga.

Pada pentas akhir Piala Liga Thai 2014, BEC-Tero Sasana bersemuka dengan Buriram United F.C. sebagai pasukan penentang di perlawanan. Narubadin beberapa kali menghalau serangan dan membina serangan Sasana dari barisan pertahanan. Selepas menewaskan Buriram United dengan mata 0-2, Narubadin menjulang Piala Liga Thai beramai-ramai dengan rakan-rakan kelabnya.

Selepas menamatkan perlawanan Liga Perdana Thai 2014-15, Buriram United menginginkan seorang bek tengah yang mampu membina serangan mereka dari barisan pertahan. Kelab itu mula menawarkan kontrak kepada kakitangan Sasana pada masa bermulanya pembukaan pasaran pemain

Buriram United F.C. sunting

Jurulatih Sasana menerima tawaran daripada Buriram F.C. dengan menukarkan pemain pertahanan mereka kepada pemain penyerang Buriram United, Adisak Kraisorn. Pada awal permainannya bersama Buriram United di musim 2015-2016, ia telah berjaya memenangi Liga T1, Piala FA Thailand, Piala Liga Thai, Piala Kor Diraja dan Kejohanan Pasukan Mekong sederum satu musim.

Pada penghujung musim perlawanan 2016-17, Narubadin mampu beberapa kali menghalau pemain penyerang Muangthong United F.C., Adisak Kraisorn selepas ia menjaringkan gol pertamanya ke gawang Buriram United dalam pentas akhir Piala Kor Diraja. Tanda tamatnya perlawanan yaitu bunyi wisel telah berbunyi. Buriram memenangi Piala Kor Diraja mereka empat kali berturutan serta Narubadin menjulang Piala Kor Diraja bergandanya dengan hasil mata 3–1.

Gelar ke-2 Narubadin di musim itu didapat dari memenangi Kejohanan Pasukan Mekong yang kedua kali. Buriram menewaskan Lanexang United dari Laos dengan hasil agregat 2–1. Pada musim-misim selepasnya, Narubadin bersama dengan kelabnya berjaya memenangi Piala Juara-Juara Thailand 2019, Liga T1 2021-22, 2022-23, Piala FA Thailand 2021-22, 2022-23, Piala Liga Thai 2021-22, 2022-23.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada kejohanan bola sepak Asia Tenggara, bersama dengan pasukan B-19 Narubadin memenangi Piala AFF B-19 2011 dan memenuhi kelayakan bermain di Piala AFC B-19 2012. Pada kejohanan itu, Thailand tewas di peringkat 3 kumpulan B. Pada perlawanan Piala Raja Thailand 2013 menentang pasukan pangkal yaitu Finland, dia berjaya menjaringkan gol satu-satunya ke gawang lawan dengan hasil mata 3–1.

Narubadin menjaringkan gol ke gawang Brunei B-23 dan Kepulauan Faroe B-23 dalam demonstrasi menyertai Thailand B-23. Pada perlawanan menentang Kepulauan Faroe, ia menjaringkan gol debaran di minit ke-25 yang disusul dengan jaringan kedua oleh Pakorn Prempak, pemain sayap-serang di minit akhir waktu pertama. Narubadin menyertai Sukan Asia 2014 dan Piala AFF Suzuki 2014. Bulan Mei 2015, dia bermain bagi Thailand dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 (AFC) menentang Vietnam. Thailand memenuhi kelayakan sanpai kepada pusingan ketiga peringkat kumpulan kejohanan.

Pada Sukan Asia Tenggara 2015 dan Piala AFF Suzuki 2020 Narubadin berjaya memenangi pingat emas.

Perangkaan kelab sunting

Sehingga 20 Jun 2016[3]
Kelab Musim Liga Piala FA Piala Liga AFC Lain-lain Jumlah
Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol Pnmpln. Gol
BEC Tero Sasana 2012 4 0 0 0 1 0 5 0
2013 18 0 2 0 0 0 20 0
2014 32 2 1 0 7 1 40 3
Jumlah 54 2 3 0 8 1 65 3
Buriram United 2015 29 1 5 0 8 0 5 0 2 0 49 1
2016 28 0 3 0 0 0 1 0 32 0
2017 31 0 4 0 2 0 37 0
2018 11 1 2 0 1 0 5 0 19 1
2019 16 0 1 0 0 0 6 0 21 0
Jumlah 115 2 15 0 11 0 17 0 2 0 158 2
Jumlah Ker-jaya Kelab 169 4 18 0 19 1 17 0 2 0 223 5

Jaringan gol sunting

Bawah-23 sunting

# Tarikh Tempat Penentang Mata Hasil

Akhir

Kejohanan
1. Jun 6, 2012 Bangkok, Thailand   Filipina 5–0 9–1 (M) Perlawanan pertujukan
2. 9–0
3. Julai 3, 2012 Vientiane, Laos   Hong Kong 3-0 4-0 Kelayakan Piala AFC B-22 2013
4. Januari 21, 2013 Bangkok, Thailand   Kepulauan Faroe 1-0 2-0 Perlawanan pertunjukan
5. November 22, 2013 Chiang Rai, Thailand   Brunei 2-0 2-0 Demonstrasi
6. August 31, 2014 Phuket, Thailand   Myanmar B-19 3-1 8-1 Perlawanan persediaan
7. September 15, 2014 Incheon, Korea Selatan   Maldives 1-0 2-0 Sukan Asia 2014
8. May 29, 2015 Bishan, Singapura   Laos 1–0 6–0 Sukan Asia Tenggara 2015
9. June 13, 2015 Kallang, Singapura   Indonesia 4–0 5–0 Peringkat separuh akhir perlawanan bola sepak Sukan Asia Tenggara 2015
10. January 19, 2016 Doha, Qatar   Korea Utara 1–1 2–2 Piala AFC B-23 2016

Senior sunting

# Tarikh Tempat Penentang Mata Hasil

Akhir

Kejohanan
1. June 3, 2021 Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu   Indonesia 1–0 2–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 - Perlawanan Kedua

Anugerah dan pencapaian sunting

Kelab sunting

BEC Tero Sasana
Buriram United

Antarabangsa sunting

Thailand B-19
Thailand B-23
Thailand

Individu sunting

  • Barisan Sebelas Terbaik Piala AFF: 2020

Rujukan sunting

  1. ^ "นฤบดินทร์ วีรวัฒโนดม" (dalam bahasa Thai). Buriram United. 31 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2017. Dicapai pada 28 November 2019.
  2. ^ "Narubadin Weerawatnodom in doubt for AFF Suzuki Cup due to injury". Football Channel Asia. 28 November 2019.
  3. ^ "Narubodin Weerawatnodom". Soccerway. Dicapai pada 28 November 2019.

Pautan Luar sunting

Templat:Squad Buriram United F.C.