Naruhito

Maharaja Jepun

Kebawah Duli Yang Maha Mulia[1] Maharaja Naruhito (Jepun: 徳仁, keputeraan 23 Februari 1960) ialah Maharaja Jepun. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Maharaja Emiritus Akihito, pada 30 April 2019, bermulanya Zaman Reiwa.

Naruhito
徳仁
Naruhito pada Jun 2023
Maharaja Jepun
Pemerintahan1 Mei 2019 – kini
Didahului olehAkihito
Pewaris takhtaFumihito
Perdana MenteriShinzo Abe
Yoshihide Suga
Fumio Kishida
KeputeraanNaruhito (Jepun: 徳仁)
(1960-02-23) 23 Februari 1960 (umur 64)
Hospital Agensi Rumah Tangga Maharaja, Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun
PasanganMasako Owada (k. 1993)
AnakandaAiko, Puteri Toshi
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaAkihito
BondaMichiko
AgamaShinto

Menurut susunan pewarisan tradisional Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepas Perang Dunia Kedua.

Keputeraan sunting

Naruhito diputerakan pada 23 Februari 1960 di Hospital Agensi Kerabat Maharaja di Istana Maharaja Tokyo, Tokyo.

Hobi dan minat sunting

Putera Naruhito bermain viola dan berhibur dengan berjoging, berjalan kaki, dan mendaki gunung pada waktu terluang. Beliau gemar menulis beberapa kertas dan buku. The Thames And I: A Memoir Of Two Years At Oxford (ISBN 1-905246-06-4).

Penglibatan dan perkahwinan sunting

Naruhiko berkenalan dengan Masako Owada (lahir 9 Disember 1963), seorang diplomat di bawah Kementerian Luar Negara Jepun di bawah ayahnya Hisashi Owada yang bertugas sebagai hakim dalam Mahkamah Keadilan Antarabangsa, bekas naib menteri luar negara serta bekas duta Jepun ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika Masako berusia 29 tahun, sebelum melamarnya (sebanyak dua kali mengikut laporan berita) tidak lama kemudian. Pihak Istana Maharaja mengumumkan pertunangan mereka pada 19 Januari 1993.

Pada 9 Jun 1993, Naruhiko and Masako Owada berkahwin di Dewan Maharaja Shinto di Tokyo yang dihadiri 2,500 tetamu undangan termasuk semua ketua negara diraja dan kebanyakan ketua negara bukan diraja Eropah serta ditonton 500 juta orang di seluruh dunia.

Perkahwinan Masako kepada Naruhiko menjadikan Masako diberikan gelaran Puteri Mahkota Jepun. Pasangan diraja tersebut bersemayam di Istana Tōgū Estet Akasaka di Minato, Tokyo selepas itu.

Keluarga dan takhta sunting

Puteri Toshi sunting

Putera Mahkota dan Puteri Mahkota mempunyai seorang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Diraja Puteri Toshi, lahir pada 1 Disember 2001.

Kerja dan tanggungjawab diraja sunting

Putera Naruhito bertanggungjawab menjalankan tugas perwakili bagi pihak kerabat diraja Jepun di dalam dan luar negara tersebut. Beliau merupakan ahli kehormat Suruhanjaya Air untuk Abad ke-21 Dunia dan penaung Perkongsian Air Global, sebuah badan yang ditubuhkan bersama Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kementerian Pembangunan Sweden. Beliau juga merupakan naib president kehormat Persatuan Palang Merah Jepun sejak tahun 1994.[2]

Beliau menggangotai Majlis Negara Jepun iaitu majlis tertinggi kerajaan Jepun di bawah pimpinan ayahandanya, Maharaja Akihito. Beliau ditauliahkan dalam Pasukan-Pasukan Pertahanan Diri Darat, Laut dan Udara Jepun serta menaungi Jawatankuasa Olimpik Jepun sehingga tahun 1998, di mana beliau dijadikan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Pada 2012, Naruhito mengambil alih tugas ayahandanya buat sementara waktu ketika baginda menjalani pembedahan pintas jantungnya.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gelaran ditetapkan protokol dalam pernyataan rasmi berbahasa Melayu di negara-negara Nusantara, rujuk sebagai contoh: Maharaja dan Maharani Jepun tandatangani Buku Ucapan Tahniah dari Pelita Brunei (4 Oktober 2017)
  2. ^ "Their Imperial Highnesses the Crown Prince and Crown Princess". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2002. Dicapai pada 2 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Japanese Emperor Akihito's heart surgery 'a success'". BBC News. 18 February 2012.

Pautan luar sunting

Naruhito
Tarikh keputeraan: 23 Februari 1960
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Akihito
Maharaja Jepun
2019–kini
Pemegang jawatan kini
Pewaris raja:
Fumihito, Putera Akishino
Kerabat diraja Jepun
Didahului oleh
Akihito
Putera Mahkota Jepun
1991–2019
Diikuti oleh:
Fumihito, Putera Akishino