Nigel Ng

pelawak Malaysia

Nigel Ng (Bahasa Cina: 黃瑾瑜; pinyin: Huáng Jǐnyú;[1] lahir 15 Mac 1991)[2][3] ialah pelawak berdiri Malaysia yang berpangkalan di UK.[4] Beliau terkenal dengan watak komedi bernama Uncle Roger.

Nigel Ng
黃瑾瑜
Nigel Ng, 2020.
Kelahiran (1991-03-15) 15 Mac 1991 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Northwestern
Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
PekerjaanPelawak
Terkenal keranaUncle Roger
Ketinggian177 cm (5 ka 9 1⁄2 in)
Maklumat YouTube
Saluran
Pelanggan4 juta
Jumlah tontonan257 juta
100,000 pelanggan
1,000,000 pelanggan
Dikemaskini pada 5 Ogos 2021
Laman web rasmiunclerogermerch.com Sunting ini di Wikidata

Kehidupan awal sunting

Ng dilahirkan di Kuala Lumpur oleh ibu bapa Cina Malaysia keturunan Hokkien.[5][6] Beliau belajar kejuruteraan dan falsafah di Universiti Northwestern dan lulus pada 2014.[6] Ng telah bekerja sebagai saintis data dan mempunyai laman di GitHub.[7]

Kerjaya sunting

Ng memulakan kerjaya komedi di Chicago sebagai pelajar. Beliau berpindah ke UK untuk bekerja sebagai saintis data sebelum menjadi pelawak sepenuh masa.[2] Beliau memenangi Amused Moose Laugh-Off 2016 dan naib juara dalam Laughing Horse New Act of the Year 2015. Beliau juga merupakan finalis di Leicester Mercury Comedian of the Year (2016) dan Leicester Square New Comedian of the Year (2015).[8][9]

Beliau telah membuat penampilan TV di Rob Delaney's Stand Up Central, Roast Battle dan Mock the Week.[10]

Beliau menjadi hos siniar komedi Rice to Meet You bersama pelawak Sweden yang berpangkalan di UK, Evelyn Mok.[11]

Pada Julai 2020, Ng menarik perhatian atas video kritikanya mengenai video BBC Food oleh Hersha Patel mengenai cara memasak nasi goreng telur.[12] Dari video tular ini beliau kini terkenal dengan persona komedinya sebagai Uncle Roger, yang bercakap dengan logat Asia yang mengejek dan membanggakan dirinya dengan banyak stereotaip Asia. Selepas video itu menjadi tular, Ng dan Patel muncul di BBC bersama-sama.[1] Ng juga telah berkolaborasi dengan Patel dalam sebuah video bertajuk "Uncle Roger Meet Egg Fried Rice Lady (@Hersha Patel)".[13] Pada September 2020, beliau sekali lagi menyiarkan video kritikan berkaitan dengan memasak nasi goreng yang libatkan Gordon Ramsay, dengan kali ini Ng memuji Gordon untuk teknik memasak yang betul.[14]

Pada akhir Ogos 2020 hingga September 2020, Ng menyebarkan banyak gambar dirinya yang tidak berbaju untuk mempromosikan Rice to Meet You, kerana beliau sangat bangga dengan absnya.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "BBC不懂煮饭?网红吐嘈影片爆红 片中主角一同接受访问". BBC News 中文 (dalam bahasa Cina). 2020-07-29. Dicapai pada 2 Ogos 2020.
  2. ^ a b Sathiabalan, S. Indra (29 Oktober 2019). "Ng's a cracking success". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Ng, Nigel (15 Mac 2011). "@njkian Thank you!!!!!! It's my birthday. I better churn out something impressive". Twitter (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Nigel Ng, comedian tour dates". Chortle (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Lo, Ricky (14 Oktober 2019). "Two Pinoys among 12 Asians in Stand-Up, Asia! Season 4". The Philippine Star (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ a b Ngeow, Ivy (7 Jun 2018). "Interview with Nigel Ng: Malaysian Comedy Sensation – WRITE NGEOW". writengeow.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2020.
  7. ^ "nigeljyng - Overview". GitHub (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 September 2020.
  8. ^ "Nigel Ng". Backyard Comedy Club (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ "Nigel Ng". Off the Kerb (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 2020-09-23.
  10. ^ Nigel Ng di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  11. ^ "Rice To Meet You Podcast". Rice To Meet You Podcast (dalam bahasa Inggeris).[pautan mati kekal]
  12. ^ Chalil, Melanie (24 Julai 2020). "UK-based Malaysian comedian roasts BBC Food host for cooking rice wrongly in fried rice tutorial (VIDEO) | Malay Mail". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ "Uncle Roger Meet Egg Fried Rice Lady (@Hersha Patel)". YouTube (dalam bahasa Inggeris).
  14. ^ Sholihyn, Ilyas (22 September 2020). "Gordon Ramsay responds to glowing seal of approval by Uncle Roger for nasi goreng cooking video". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2020.
  15. ^ "@mrnigelng on Instagram". Instagram (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting