Nutella (/nutɛlə/; sebutan bahasa Itali: [nutˈɛlla]) ialah jenama lepa minyak sawit yang manis, berperisa dengan kacang hazel dan pepejal koko, secara umum dikenali sebagai lepa coklat.[1] Nutella dihasilkan oleh syarikat Itali Ferrero dan mula diperkenalkan pada tahun 1965, walaupun tarikh permulaan pertama pada tahun 1963.[2]

Nutella
JenisLepa
Tempat asalItali
Kawasan/rantauPiedmont
Dicipta olehFerrero
Bahan utamaGula, minyak sawit, kacang hazel, pepejal koko, susu tepung
Bahan yang biasa digunakanMinyak kelapa sawit, gula, Kacang hazel, Pepejal koko, susu, lesitin, Vanilin Sunting ini di Wikidata
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
80 (15 g hidangan) kcal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Lepa Nutella

Sejarah sunting

 
Kafe Nutella

Pietro Ferrero yang memiliki sebuah kedai roti di Alba, Piedmont, sebuah kawasan yang terkenal dengan pengeluaran hazelnut, menjual kumpulan awal 300 kilogram (660 lb) Pasta Gianduja pada tahun 1946. Produk ini pada asalnya dijual sebagai blok padat, tetapi Ferrero mulai menjual versi berkrim pada tahun 1951 sebagai Supercrema.[3]

Pada tahun 1963, anak lelaki Ferrero Michele Ferrero merombak Supercrema dengan niat memasarkannya ke seluruh Eropah. Komposisinya diubah suai, dan ia dinamakan semula sebagai "Nutella". Balang pertama Nutella meninggalkan kilang di Alba pada 20 April 1964. Produk itu merupakan satu kejayaan segera dan terus popular.[4]

Pada tahun 2012, senator Perancis Yves Daudigny mencadangkan kenaikan cukai ke atas minyak kelapa sawit dari € 100 hingga € 400 setiap tan. Pada 20 peratus, minyak kelapa sawit merupakan salah satu bahan utama Nutella, dan cukai itu digelar "cukai Nutella" dalam media.[5]

Pada 14 Mei 2014, Poste italiane mengeluarkan setem peringatan sempena ulang tahun Nutella ke-50.[6][7] Setem berharga 70 sen Euro direka bentuk oleh Istituto Poligrafico e Zecca dello Stato dan menampilkan balang Nutella dalam latar belakang emas.[6] Ferrero mengadakan Hari Nutella pada 17 dan 18 Mei untuk meraikan ulang tahun.[8]

Trivia sunting

Hari Nutella Sedunia diadakan pada 5 Februari.[9]

Kandungan nutrisi Nutella sunting

Lepa Nutella mengandungi bahan-bahan seperti gula, lemak sayuran yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, 13% kacang hazel, 8.7% susu tepung skim, 7.4% serbuk koko kurang lemak, pengemulsi: lesitin yang terhasil daripada soya, perisa vanilla, serta mengandungi pengemulsi sebagai perapi makanan yang dibenarkan dan bahan perasa yang dibenarkan yang diambil daripada sayuran dan sintetik [10]. Nutella tidak sesuai diambil oleh individu yang mempunyai allergi terhadap susu, soya, dan kekacang (terutamanya kacang hazel).

Setiap pengambilan 100 gram lepa Nutella merangkumi pengambilan sebanyak 539 kalori di mana 6.3 gram adalah protein, 30.9 gram adalah lemak, 57.5 gram karbohidrat, 56.3 gram gula, dan 42 miligram sodium. 15 gram lepa Nutella adalah bersamaan dengan pengambilan saiz sesudu teh.

Rujukan sunting

  1. ^ "Nutella hands £4m job to Krow ahead of relaunch". Brand Republic News. August 22, 2007. Dicapai pada March 18, 2011.
  2. ^ Mitzman, Dany (17 May 2014). "Nutella: How the world went nuts for a hazelnut spread". BBC News Magazine. Dicapai pada 18 May 2014.
  3. ^ Carridice, Adriel. "The History of Nutella (3)". NutellaUSA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2015. Dicapai pada 2013-01-28.
  4. ^ Carridice, Adriel. "The History of Nutella (2)". NutellaUSA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2015. Dicapai pada 2013-01-28.
  5. ^ Willsher, Kim (2012-11-12). "France's 'Nutella amendment' causes big fat international row". The Guardian. Dicapai pada 22 November 2012.
  6. ^ a b "Nutella diventa un francobollo" [Nutella becomes a stamp]. Yahoo! Finance (dalam bahasa Itali). 14 May 2014. Dicapai pada 18 May 2014.
  7. ^ Amabile, Flavia (15 May 2014). "I nostri primi 50 anni con la Nutella" [Our first 50 years with Nutella]. La Stampa (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 18 May 2014.
  8. ^ "Nutella ha 50 anni, arriva anche un francobollo" [Nutella is 50 years old, a stamp is introduced]. ansa.it (dalam bahasa Itali). Agenzia ANSA Società Cooperativa. 17 May 2014. Dicapai pada 18 May 2014.
  9. ^ "World Nutella Day - February 5th". nutelladay.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-09. Dicapai pada 2018-11-18.
  10. ^ Times, I. D. N.; Angie, Birgitta. "Hari Nutella, Kenali Komposisinya yang Sempat Mengejutkan Dunia Ini!". IDN Times (dalam bahasa In). Dicapai pada 2023-10-18.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting