Minyak kelapa sawit

(Dilencongkan daripada Minyak sawit)

Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayuran boleh dimakan yang diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayuran yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.

Ketulan minyak sawit berwarna cerah hasil pendidihan.

Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan juga menjadi bahan Bahan Bakar Bio.

Kimia dan pemprosesan

sunting

Minyak sawit dan minyak isirong sawit terdiri daripada asid lemak yang terester dengan gliserol seperti mana-mana lemak biasa yang lain. Kedua-dua minyak tersebut tinggi dengan asid lemak tepu, iaitu masing-masing ada 50% dan 80%. Minyak sawit meminjamkan namanya kepada asid palmitik, iaitu asid lemak tepu 16-karbon yang ditemui dalam minyak sawit; asid oleik monotaktepu juga merupakan satu juzuk minyak sawit manakala minyak isirong sawit pula banyak mengandungi asid laurik. Minyak sawit ialah sumber semula jadi tokotrienol yang terbesar, iaitu salah satu anggota kelompok vitamin E. Minyak sawit juga tinggi dengan vitamin K dan zat magnesium diet.[perlu rujukan]

Napalm meminjam namanya dari asid naftena, asid palmitik dan piroteknik, atau sekadar resipi yang menggunakan nafta dan minyak sawit.

Anggaran kepekatan asid lemak dalam minyak sawit adalah seperti berikut:[1]

Kandungan asid lemak minyak kelapa sawit
Jenis asid lemak %
Palmitik C16
  
44.3%
Stearik C18
  
4.6%
Miristik C14
  
1.0%
Oleik C18
  
38.7%
Linoleik C18
  
10.5%
Lain-lain
  
0.9%
hijau: Tepu; biru: Mono tak tepu; jingga: Poli tak tepu
Kandungan asid lemak minyak isirong sawit
Jenis asid lemak %
Laurik C12
  
48.2%
Miristik C14
  
16.2%
Palmitik C16
  
8.4%
kaprik C10
  
3.4%
Kaprilik C8
  
3.3%
Stearik C18
  
2.5%
Oleik C18
  
15.3%
Linoleik C18
  
2.3%
Lain-lain
  
0.4%
hijau: Tepu; biru: Mono tak tepu; jingga: Poli tak tepu

Asid lemak merupakan asid karboksilik alifatik tepu dan tak tepu dengan rantai karbon dalam lingkungan C3 hinga C28. Salah satu contoh asid lemak ialah asid palmitik, CH3–(CH2)14–COOH.

Proses pemisahan minyak dan lemak melalui hidrolisis, atau dalam keadaan penyabunan asas, menghasilkan asid lemak dengan gliserin (gliserol) sebagai bahan sampingan. Asid lemak yang terpisah ini adalah campuran asid lemak yang berlingkungan C4 hingga C18 bergantung pada jenis lemak atau minyaknya.[2][3].

Hasil minyak sawit dibuat dengan proses pengisaran dan penapisan: mula-mula sekali menggunakan pemeringkatan, diikuti proses penghabluran dan pengasingan untuk memperoleh pecahan pejal (stearin), dan cair (olein). Bendasing boleh ditanggalkan melalui proses pencairan dan penyahgaman, kemudian minyaknya dituras dan dilunturkan. Selepas itu, penapisan luaran menghapuskan bau dan pewarnaan untuk menghasilkan minyak sawit dinyahbau luntur bertapis (bahasa Inggeris: refined bleached deodorized palm oil, RBDPO), dan asid lemak tulen bebas, yang digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan pelbagai produk kebersihan dan penjagaan diri. RBDPO adalah hasil minyak asas yang boleh dijual di pasaran komoditi sedunia, di samping boleh dipecahkan lagi menjadi olein sawit untuk membuat minyak masak dan banyak lagi.[4]

Kelapa sawit juga dijadikan bahan mentah untuk penghasilan biodiesel, sama ada minyak sawit diproses yang dicampur dengan petrodiesel, mahupun diproses melalui pentransesteran untuk menghasilkan sebatian ester metil minyak sawit yang memenuhi penetapan EN 14214 antarabangsa, dengan gliserin sebagai bahan sampingan. Proses yang sebenar berbeza antara negara-negara dan dari segi keperluan pelbagai pasaran eksport. Proses pengeluaran biobahan api masa hadapan juga sedang diuji secara kecil-kecilan.

Pengeluaran antarabangsa

sunting
 
Pengeluaran minyak sawit (2013)

Malaysia

sunting

Pada tahun 2003, Malaysia menghasilkan 14 juta tan minyak sawit dari tanah seluas lebih 38,000 kilometer persegi, menjadikannya pengeksport minyak sawit terbesar di dunia. Kebanyakan hasil taninya disalurkan kepada pasaran kebersihan diri dan kegunaan masakan. Konglomerat Sime Darby merupakan pengendali ladang kelapa sawit terbesar, yang memiliki 524,626 hektar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak[5], di samping mengendali ladang di Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi di Indonesia, dan juga loji pengilangan dan kilang penapisan.

Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan penggunaan biobahan api di negara-negara Asia kekal sederhana. Namun, selaku pengeluar utama minyak sawit, kerajaan Malaysia menggalakkan pengeluaran suapan biobahan api dan pembinaan loji biodiesel yang menggunakan minyak sawit. Malaysia juga bersiap untuk beralih dari penggunaan diesel ke biobahan api dalam negeri menjelang tahun 2008, termasuk merangka undang-undang yang mewajibkan peralihan tersebut. Mulai tahun 2007, segala diesel yang dijual di Malaysia mesti mengandungi 5% minyak sawit. Malaysia bangkit sebagai salah sebuah pengeluar biobahan api teraju setelah 91 loji diluluskan dan sebilangan darinya sudah beroperasi, kesemuanya mengusahakan minyak sawit.[6] Kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan serantau, di samping adanya perancangan untuk mengeksport minyak ke Eropah, sementara China menjadi pengimport utama keluaran biobahan api Malaysia.[7]

Pada 16 Disember 2007, Malaysia membuka loji biodiesel pertamanya di negeri Pahang, yang mempunyai kapasiti tahunan 100,000 tan dan juga mengeluarkan bahan sampingan yang terdiri daripada sulingan asid lemak sawit sebanyak 4,000 tan, dan gliserin bergred farmaseutikal sebanyak 12,000 tan.[8] Neste Oil di Finland merancang untuk menghasilkan biodiesel sebanyak 800,000 tan setahun dari minyak sawit Malaysia di sebuah kilang penapisan di Singapura mulai tahun 2010, yang bakal menjadi loji biobahan api terbesar di dunia,[9] dan 170,000 tan setahun lagi dari loji generasi kedua pertamanya di Finland mulai tahun 2007-8, yang boleh menapis bahan api daripada pelbagai sumber. Neste bersama kerajaan Finland menggunakan bahan api parafin ini untuk menjana beberapa bas awam di kawasan bandaraya Helsinki sebagai ujian.[10][11]

Pengeluar lain

sunting

Colombia

sunting

Sejak dasawarsa 1960an terdapat lebih daripada 18,000 hektar kawasan pertanian di Colombia. Kini Colombia ialah salah satu daripada pengeksport minyak kelapa sawit di Amerika, dengan 35% produknya dijual ke luar negara sebagai bahan api bio. Setakat 2006, Persekutuan Petani Kelapa Sawit Colombia, Fedepalma, menghuraikan dalam maklumatnya bahawa ladang kelapa sawit akan diluaskan sampai kepada beberapa juta hektar. Peluasan ini ialah bahagian daripada projek USAID (United States Agency for International Development) bagi mencarikan kerjaya anggota separa tentera yang telah bersara dan pemerintah Colombia telah berazam pada masa itu bagi menaikkan produksi pengetam ladang mereka sehingga 7 juta hektar pada tahun 2020, projek pentadbiran itu telah termasuk perluasan kelapa sawit.[12]

Malangnya beberapa perkampungan kulit hitam Colombia telah diubah alih sebagai ladang kelapa sawit baharu. Beberapa ladang kelapa sawit bahkan berubah kepada tanaman koka kerana wang yang dihasilkan lebih banyak.[13]

Indonesia

sunting

Para petani di Indonesia juga telah meningkatkan pengeluaran minyak sawit mereka memenuhi permintaan global yang dipacu oleh bahan api bio, dengan cita-cita republiknya melihat sebagai peneraju pengeluaran minyak sawit paling besar di dunia. Data FAO menunjukkan pengeluaran meningkat melebihi 400% antara 1994 - 2004, sehingga melebihi 8.66 juta tan (metrik). Setakat tahun 2007, Indonesia menjadi pengeluar utama minyak sawit, mengatasi Malaysia.[14]

Selain memenuhi pasaran tempatan, mereka juga melihat kepada menghasilkan biodiesel. Terdapat banyak kilang penggilingan dan pemprosesan minyak sawit dibina oleh syarikat tempatan utama seperti PT. Astra Agro Lestari terbuka (kilang pemprosesan minyak sawit 150,000 tpa biodiesel), Kumpulan PT. Bakrie (kilang biodiesel dan ladang-ladang baru), Kumpulan Surya Dumai (kilang pemprosesan minyak sawit biodiesel) dan syarikat global seperti Cargill (kadangkala beroperasi melalui CTP Holdings of Singapore, membina kilang pemprosesan minyak sawit dan penggilingan baru di Malaysia dan Indonesia, memperluaskan kilang pemprosesan minyak sawit Rotterdam mereka untuk menangani 300,000 tpa minyak sawit, mengambilalih ladang-ladang di Sumatra, Kalimantan, Indonesia dan Semenanjung dan Papua New Guinea) dan Robert Kuok's Wilmar International Limited (dengan ladang-ladang dan 25 kilang pemprosesan minyak sawit seluruh Indonesia, untuk membekal feedstock kepada kilang pemprosesan minyak sawit biodiesel baru di Singapore, Riau, Indonesia, dan Rotterdam).[15]

Kenya

Pengeluaran minyak sawit tempatan Kenya merangkumi sekitar sepertiga daripada permintaan tahunannya, dianggarkan sekitar 380,000 tan metrik. Selebihnya adalah diimpot dengan kos anggaran USD140 juta setahun, menjadikan minyak sawit sebagai bahan impot kedua penting selepas petroliam.


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Ang, Catharina Y. W., KeShun Liu, and Yao-Wen Huang, eds. (1999). Asian Foods
  2. ^ Faessler, Kolmetz, (2004). Advanced Fractionation for the Oleo Chemical Industry Oil and Fat Conference
  3. ^ http://www.webexhibits.org/butter/compounds-fatty.html
  4. ^ Refining operations PT. Asianagro Agungjaya corporate website 2007
  5. ^ Plantation business Diarkibkan 2008-12-01 di Wayback Machine Sime Derby corporate website]
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama forbes
  7. ^ World Energy Outlook 2006, OECD/IEA, page 404
  8. ^ "New plant a catalyst for country's biodiesel industry". New Straits Times. 2007-12-16.
  9. ^ Neste To Build US$814 Mln Singapore Biofuel Plant Diarkibkan 2010-07-17 di Wayback Machine Reuters 3 December 2007
  10. ^ Neste Oil eyes further biodiesel investments Reuters 30.11.2007
  11. ^ Neste Oil rakentaa Singaporeen maailman suurimman biodieseltehtaan Yleisradio 30.11.2007 (dalam bahasa Finland)
  12. ^ Fedepalma Annual Communication of Progress Roundtable on Sustainable Palm Oil, 2006
  13. ^ Bacon, David. "Blood on the Palms: Afro-Colombians fight new plantations". See also "Unfulfilled Promises and Persistent Obstacles to the Realization of the Rights of Afro-Colombians," [1] A Report on the Development of Ley 70 of 1993 by the Repoport Center for Human Rights and Justice, Univ. of Texas at Austin, Jul 2007.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-10. Dicapai pada 2009-07-29.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama grain

Pautan luar

sunting